Battery paling ketara on standby mode dimana Pace 2 memang menang besar. Tapi bila on Satelite, lebih kurang. Dari segi function and features, Garmin lagi banyak - cuma soalannya, adakah features itu berguna untuk mereka.
Ye betul. Ada yang sudah lama pakai pun tak habis guna semua fungsi yang ada 😅. Tapi, bagus untuk yang betul guna fungsi yang ada. Akan rasa enjoy dengan ekosistem Garmin
utk yang pakai jam tangan kt kanan mcm saya mcm susah la plak coros ni, sebab mesti rasa kekok skit nk pusing button tu guna tangan kiri, sebab sy bkn kidal. Pening la nk pilih..haha
bang nak tanya soalan newbie, garmin punya music function tu boleh connect dengan wireless earbuds tak? 1 lagi dengan music function masa run dah tak perlu bawa handphone kalau nak layan music sambil run?
Untuk model dalam video ni Forerunner 245 non music. Kalau music edition boleh masuk lagu dan pair dengan bluetooth earphone, boleh lari tanpa bawa telefon utk dengar lagu
Sy dh pakai FR245, dah rosak..rasa bnyk features detail dia sy x explore...berminat nk beralih ke coros & jinak trail running..mana OK bang..coros apex 42mm OK dah? (tgn kecik) tq
ok saja, cuma features tak sama macam garmin. contoh;virtual run, daily suggested workout, spo2, garmin iqstore dan music control tiada pada coros apex.
For heart rate comparison, where you wear the watches during activity? Please do comparison by switching position too. If same hand 2 watches, try switch place and check difference. If 2 watches on different hand, please switch and retest. Is the difference still same?
Boleh juga sebab dia ada fungsi navigation dan trackback. Cuma jam ni tiada altimeter jadi tiada elevation data elevation plot, elevation gain/loss semasa hiking. Untuk harga yang setara, garmin intinct boleh. Tapi instinct tiada training status, training load dan vo2max seperti fr245
Pace 2 tak berapa sesuai kalau nak guna fungsi navigation dan trackback. Pace 2 tiada juga fungsi load gpx file. Tiada pilihan aktiviti trail running dan hike juga
Salam bang, saya nak tanya pendapat abg, saya focus kpd running sahaja, mana patut saya beli sama ada gaming 245 dgn coros apex sebab harga kedua jam ni lebih kurang sama, dan bacaan gps dan HR yg mana lebih tepat antara kedua model ni.. tq.
Wasalam. Hr dan gps ni subjektif, selama saya test dua brand ni gps dan hr kedua2nya baik. Garmin 245: kelebihan dia pada features, ekosistem garmin yang matang, fungsi2 tambahan seperti music control , virtual run(zwift) dan macam2 lagi. Ada Spo2 sensor. Coros Apex : Jam dengan altimeter/barometer/compass paling murah dipasaran. Ada juga fungsi navigasi @ breadcrumb trail untuk hiking dan trail running. Cuma kekurangannya fungsi tambahan selain running tu kurang tak seperti Garmin.
Cuba run dekat gps+glonass dahulu. Kalau gps line cantik je boleh je continue. Kalau tak cantik , next run tukar gps+galileo. Bandingkan, tengok mana yg konsisten. Satelit ni subjektif, kadang2 dia offline gps kita pun jadi tak cantik
Maksud offline dekat sini status satelit macam galileo, glonass tu. Benda ni kita tak tahu. Satelit punya sistem. Tapi biasanya offset ni sebab bangunan tinggi atau blocking.