Assalamualaikum encik, soalan saya berbaloikah jika sy kumpul duit sekitar 70k dan bina rumah di atas tanah sy sendiri di kg ? Sy pernah juga pergi bank sekitar 6 bank saya pergi untuk buat loan tetapi mereka reject alsannya kerana komitmen sy yg tggi padehal setelah sy buat kira kira tolak belanjawan saya setiap bulan akan ada banyak lagi lebihan. Bolehkah sy kumpul duit untuk buat rumah dalam tempoh 3 tahun sy kumpul duit.
Contoh yang Dr. bagi tu juga merujuk kepada flipper. Flipper ni bagus juga sebab mereka cari rumah2/tanah terbiar dan bina rumah baru. Mereka baiki suasana setempat secara tak langsung.
Assalamualaikum Dr, sy nk tnya dan minta pendapat. Mak mertua sy suruh sy bina rumah atas tanah milik dia tanpa tukar nama pd geran (sy tak beli pun tanah tu) jus tumpang bina rumah n duduk je situ. Persoalan sy mcm mana sy nk buat loan rumah atau personal loan utk bina rumah tuu. Atau Dr ada sedikit nasihat kpd sy. Sy tk pandai sgt bab2 ni. T.kasihh
Assalamualaikum Dr. Saya Ridhwan.. Sya baru sahaja beli rumah guna housing loan. Tetapi selepas dengar penjelasan personal loan DR, adalah berbaloi atau boleh x, saya nak beli rumah kedua (subsale), guna personal loan, selepas itu saya convert ke Housing Loan
Pertama tengok video dr. Adam zubir 😁 Sye ade beli tanah berhampiran dengan pantai & bina rumah tetapi sye buat utk homestay utk rolling semula modal yg sye dah keluarkn Persoalaannya adakah tindakan sye ni betul ataupun salah dr adam? 🤔
Bank nak ke approve housing loan (untuk re-Finance rumah yang telah siap) kalau sudah ada record dalam bank buat personal loan rm200,000 untuk buat rumah ?. .Gaji nak berapa K lulus semua ni . . 😅
Dr. Adam. thank you for your sharing. Masih berkaitan dengan Soalan Hafiz, saya nak buat personal loan untuk bayar balance loan rumah. Let say RM250000, untuk 10 tahun. memang akan jadi lebih mahal bayaran bulanannya. contohnya sekarang saya bayar RM2500. Tapi nanti kalau saya ambil personal loan untuk settlekan baki loan rumah, saya perlu bayar personal loan untuk 10 tahun tu sebanyak RM3000. Tapi matlamat saya adalah saya nak rumah tu habis bayar agar saya boleh buat urusan hibah. Jika rumah tu masih ada loan, tak dapat dihibahkan. Soalan saya, adakah masih berbaloi tindakan saya buat personal loan untuk bayar baki loan rumah sedia ada.
Cadangan yang dia bagi bagus, Tapi zaman sekarang ni kalau boleh jangan terlalu banyak loan dgn bank sebabnya faedah bank x mcm dlu, ikut suka ja nak naik nak trun, kalau trun okey la masalahnya naik lagi banyak dari trun so bank akan terus kaya kita akan terus miskin, Cadangan saya kepada yang dah ada tanah buat personal loan duit y dapat dari personal loan bina rumah dah siap smuanya, jangan Re - Finance rumah dkt bank sebabnya masa ke depan kita tak tahu, andai kita jatuh sakit re finance loan tetep kena bayar x bayar rmh kena tarik, so nk elak dari smua tu berlaku buat personal loan bayar personal loan xyah nak gatai tangan buat refinance memang nampak mcm untung tapi sebenarnya kita double rugi, Personal loan 100k habis bayar 10 tahun 110k 120k Re finance rumah 200k habis bayar 25tahun 300k silap2 lebih..
salam tuan, saya juga ada tanah dan berhasrat nak buat personal loan koperasi untuk buat rumah. mungkin anggaran dalam 100K saja kot nak pinjam tu. agak2 berbaloi tak?
Dr,hakikatnya,ramai yg buat personal loan utk buat rumah ni,mainly mreka beli lot lidi..byk yg guna geran kongsi n xvalid..xboleh buat housing loan kat bank..memg bahaya tektik ni..
salam dr.adam..teknik ni sy rasa untuk yang gaji tinggi,,6000 lebih jgk untuk 7 tahun klau pinjam 400k personal loan..kne make sure dpt byr bulan2 sepanjang pembinaan hingga dpt buat refinence n tutp personal loan tu...on paper boleh jadi semua ni..realiti mungkin nant boleh jadi lebih teruk...x cite lg klau OPR naik..mungkin ad effect dekat bulanan personal loan...ni pandangan sy lh,,klau salah mintk betulkn dr.adam.terima kasih untuk video ni..
Assalamualaikum Dr Adam penjelasan yang baik. Cuma sy nak tanya adakah ada kriteria yang owner dh buat rumah, boleh terus refinance dgn bank? Apa syarat² bank perlukan ? Contohnya rumah perlu mengikut spec majlis ka, gran individu ka atau lain² yang perlu di patuhi? Mohon penjelasan dari Dr Adam 😊😊
Assalamualaikum Dr,nak tnya di zaman kini kalau kte nk tambah komitmen utk sambung belajar adakah disarankan? Atau hold dahulu? Tqia ya dr,salam aidiladha
takyah sibuk² beli rumah dulu.. org kaya mcm Khairul Aming, Elon Musk pon tak beli rumah.. sewa ajer.. sebab buat loan ada RIBA.. tggu umur 55 tahun kluar duit KWSP, beli cash.. bebas Riba 🤷🏻
Assalamualaikum DR.ianya tak menggu DSR kita ke... Sebb dah ada loan pinjaman untuk tanah Loan peribadi untuk bina rumah.. Lepas tu nak Aply refinanc pula..
refinance tu utk replace loan tanah dan rumah ...kau 2-2 loan nie pakai personal loan, convert to housing loan akan rendahkan komitmen bulanan n DSR akan rendah. cashflow bertambah
Pinjam 200k. Lepas setahun nk langsaikan pun bayar 200k gak ke? Takda bunga ke? Ataupun pinjam minggu ni 200k, minggu depan nk bayar balik 200k? Tak faham la dr.
Buat personal loan utk bli rumah? - personal loan dri bank / private lender - private lender jgn - beli guna loan rumah - guna loan kereta utk bli kereta - loan rmh interest rate rendah Blh jaga cashflow
Assamualaikum dr . Maaf bertanya . Saya ada tanah atas tanah nama ada nama ada adik beradik sekali tapi saya nak bini rumah dari personal loan and boleh ke apply untuk loan rumah yang macam dr cakap tu ?
mlm dr.mcmna kalau nak buat ruma di tapak tanah sendiri tp xda duit cukup.boleh tak buat "home financing" atau kna pakai personal loan?dan buat home financing ni nak kena apply dkt mana.
Saya nak beli tanah pakcik saya.. tapi saya perlu bayarkan geran utk rumah tersebut dahulu sebab statusnya baru dibayar tol sahaja. Adakah bernas untuk saya bayar geran tersebut dengan menggunakan personal loan?
Salam doc, klau geran ats nma ibu dan adik beradik nya (ada pagar/kawasan masing2) dan ibu benarkan sy tuk buat rumah atas kawasan nya, sy tak boleh apply home loan sbb geran nama ramai, boleh atau tidak utk apply personal loan convert home financing ni?
Tanah pertanian?kalau nk bina rumah atas tanah sendiri cari yg pakej bina rumah bantuan oleh kerajaan negeri..tak mahal biasanya..paling tinggi Rm 400 sebulan lebih kalau 4 bilik..dulu la sye pernah baca..tapi negeri perak.Kalau nama geran tu sendiri punya lagi senang tapi dia tgk taraf hidup..biasanya orang yg daif miskin boleh mohon.
Assalamualaikum Dr. Adam, sye nak Tanya ape maksud robert kiyosaki, how do I get rich, I borrow money and I buy assets with it, the poor person borrows and buys liabilities like purses cars houses and they get poor and poor and poor, apekah maksud tersirat nye yea.. Maaf kalau soalan sye ni agak mengarut..
Dr klu kes mcm tu sya xbt loan utk tanah tp loan rumah 280k lpas tu ambik personal loan utk bt rmah dan lpas siap sya refinance ke bank dan apply kali k2 loan rmah boleh?
Asslamualaikum. Nak tanya doktor berbaloi ke markup loan housing loan untuk diinvest seperti TH dll. Contoh kita dapat markup loan sehingga 50k daripada harga rumah tersebut. So lebihan cash tu kita simpan di dalam Tabung haji 8-10 tahun untuk pergi haji.. Sebab sy ada niat sebelum ni nk buat personal loan untuk pergi haji
salam tuan nk tnya, saya ada emas dan saya dh buat gadaian di Coop bank dan Coop bank bagi 75% dari nilai emas tersebut serta duit tu saya dh guna untuk keperluan saya. soalan saya mcm ne saya byr hutang emas saya dgn cepat sbb bayaran upah akn semakin bertambah. TQ
Untuk pendapat saya kalau pakai personal loan semata2 untuk beli rumah cash macam tak berbaloi sebabnya interest rate yg dikenakan pada personal loan jauh lebih tinggi berbanding mortgage (loan rumah) walaupun tenure lebih lama berbanding dengan personal loan.
Boleh tak kalau kita taknak hutang bank banyak , like hutang rumah lain , hutang kereta lain , so nak loan yg bayar untuk kereta dan rumah sekali , so monthly installments tu untuk loan yg untuk rumah and kereta , bukan loan kereta bayar lain , loan rumah bayar lain
assalamualaikum dr. saya nak tanya - gaji bersih saya RM2400, baru je lepas loan utk beli rumah rm200k bulanan rm1000+ . berbaloi ke?? tgh runsing takut nanti makan diri sendiri
Nice sharing..Dr sy nak tnya, mcm mne cara utk pastikan golongan muda dpt capai financial freedom di usia tua nnti,apa langkah yg perlu dibuat? Terutama golongan yg baru start bekerja (fresh graduate)..Mohon pejelasan drp dr😊
Dr. Adam, saya ingin bertanya. Dahulu saya sudah buat personal loan asb 50k untuk 25 tahun. tapi skrg Alhamdulillah ada rezeki lebih untuk bayar habiskan. taknak ada komitmen bulanan. berbaloi atau tidak jika saya bayar habiskan? terima kasih dr.Adam
soalan sama yg saya nk tnya. saya pun sudah buat personal loan buat rumah ditanah sendiri. bru tahu tentang refinance ni. sebelum anggap byr sedia ada tp boleh selesai dgn cepat. mana lebih berbaloi. mohon yg berpengalaman kongsi bersama.
@@Aqilharis13 sya pulak baru terfikir nak buat personal loan. Maklum kje driver lori gaji basic takda agak payah nak buat loan bank.. tanah dah ada siap tambak .. tinggal naik rumah je.. yg sya tahu loan beli rumah biasa bank buat.. loan nak buat ruma atas tanah sendiri bank ada buat ke.. bab ni saya agak lemah sikit😅
saya ada sekeping tanah atas nama sendiri seluas 10ksqft. memang hajat nak buat rumah. boleh gunakan teknik ni kan. PL RM200k, siap rumah then buat refinance. dapat duit dari refinance bayar balik PL. betul tak
apa yg saya faham dari video ini, personal loan utk modal beli tanah dan bina rumah.... rumah dh siap bina semua, kita baru refinance property kita termasuklah tanah, valuer datang nilai property kita berapa...dapat duit refinance, home financing tu, kita bayar lumpsum hutang personal loan kita tu... so rate interest rendah, bulanan rendah, tempoh loan pjg... cash flow kita pon selamat... betulkan klau sya salah...
Assalamualaikum Dr. Sy nk bertanya, wajarkah untuk kita gunakan kemudahan kwsp iaitu pengeluaran pembayaran ansuran bulanan rumah dan dalam masa yang sama kita buat pembayaran ansuran rumah seperti biasa dengan tujuan untuk singkatkan tempoh pembayaran. Mohon penjelasan Dr. Terima kasih Dr.
Baik keluar kwsp bayar kepada principle loan. Sbb tuan still bayar bulanan rumah tu kan? Keluar kwsp minta jgan bayar bulanan, minta bayar utk principle.
Salam doktor. Saya nak tnya. Bolehkah kita kurangkan bayaran bulanan personal loan dengan kita bayar cash sekaligus. Contoh pinjaman 50k selama 9 tahun.. bulanan kena bayar dlm 500. Kita ada cash 20k. Kita bayar utk kurangkan bulanan 500 kepada 300 mcm tu. Terima kasih.
kalau loan tanak 200k + loan personal 200k = 400k.. pastinya bukan 400k sebab ianya mesti ada interest.. kalau tuan kate refinance rumah tu dpt 450k pasti ke akan dpt 50k cash lebihan?.. sy makin confius ni dr.. mohon penjelasan lagi.. 😁😁
450 tu anggaran..bergantung kepada evaluator yg bank hantar.. bila wat refinance, bayaran kepada bank hanyalah baki pokok/principal yang kita pinjam.. contoh kalu pinjaman personal loan 400k..selepas 2 thn baki pokok xsampai 400k dah sebab bulanan yang dibayar kepada bank adalah bunga+pokok..cuma awal2 tu bayaran bunga lg tinggi dari pokok.
Assalamualaikum Dr. Saya nak tanya, adakah maksudnya kita beli tanah dan bina rumah menggunakan personal loan terlebih dahulu. Kemudian, kita jual tanah dan rumah tersebut kepada bank untuk tutup personal loan yang awal tadi?
Apa yg sya tau,personal loan adalah rate interest adalah tinggi sbb tu x digalakkn mbuat psnal loan melainkn emergency.loan rumah adalah rate interest rendah tempoh pinjaman panjang untuk menjaga cash flow kita supaya tak terbeban dengan personal loan utk beli tanah n bina rumah. Buat refinance adalah cara yg terbaik untk tutup hutang n kita berhutang utk loan rumah ada pulangan rm50k sekiranya kita dalam kesempitan utk mengurus kewangan. Apa yg saya faham shaja. Kalau silap sya minta maaf.
@@redhunterstudio refine harga rumah ikut value harga hartanah tu, bank akn ikut harga rumah dan hutang balik. Lebih duut refine tu akan bagi kat owner n guna sebaik mungkin langsaikn personal loan. Kalau salah maaf ya.