Тёмный

PUNCA DAN PENYELESAIAN KABINET PUTIH MENJADI KEKUNINGAN 

Uncle Andrew
Подписаться 17 тыс.
Просмотров 2,2 тыс.
50% 1

KABINET DAPUR PUTIH BERTUKAR KEKUNINGAN : APA PENYEBAB DAN PENYELESAIAN DI SEBALIK PERUBAHAN WARNA?
Kabinet putih anda lama kelamaan jadi kekuningan? Ish, susah betul nak jaga warna putih ni! Warna putih cantik, tapi senang betul nampak kotor. Bila sebut je warna putih mesti ini benda pertama yang kita fikir. Betul tak?
Kabinet putih ni memang nampak cantik, tapi nak jaganya bukan senang. Kalau anda perasan, kebanyakan kabinet putih, lama kelamaan akan menjadi kekuningan. Perasan tak? Kenapa jadi macam tu?
Kabinet dapur putih yang mula bertukar menjadi kekuningan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antara punca kabinet putih lama-lama jadi kekuningan adalah terdedah pada cahaya matahari. Kabinet dapur yang terdedah kepada cahaya matahari secara terus, terutamanya sinar ultraviolet (UV), boleh menyebabkan penguraian bahan dan perubahan warna. Sebab itu, lama kelamaan warnanya akan pudar dan bertukar menjadi kekuningan. Sinaran UV pada cahaya matahari berbahaya bukan sahaja kepada kulit kita, tetapi juga kepada dapur putih kita!
Seterusnya penggunaan tempat memasak. Ya, penggunaan tempat memasak pun boleh buat kabinet putih kita jadi kekuningan. Tapi macam mana? Serpihan makanan yang telah dimasak, seperti tompok gris akan mengering pada permukaan kabinet dan menjadikannya kuning. Peningkatan pengumpulan debu, kotoran dapur, dan tumpahan makanan boleh menyebabkan lapisan permukaan putih menjadi kotor atau kusam.
Walaupun kabinet dapur putih direka untuk tahan lama, bahan yang digunakan mungkin boleh mengalami penuaan seiring masa. Paparan kepada cahaya matahari, perubahan suhu, dan lembapan boleh menyebabkan bahan melapuk dan mengalami perubahan warna.
Macam mana nak jaga kabinet putih daripada kekuningan?
Pertama, lindungi kabinet daripada cahaya matahari
Pendedahan kepada cahaya matahari yang kuat dan berpanjangan boleh menyebabkan penuaan dan kuning pada bahan kabinet. Pertimbangkan untuk memasang langsir atau bidai untuk melindungi kabinet anda daripada terkena cahaya matahari secara langsung.
Kedua, pastikan dapur sentiasa bersih
Bersihkan dapur sejurus selepas selesai memasak di dapur. Jangan biarkan ruang dapur anda kotor dan berair pada setiap masa. Lap tumpahan dengan segera untuk mengelakkan ia meresap pada kabinet anda. Gunakan kain lembap yang sudah dilembapkan dengan air suam dan lap pada bahagian yang terkena kotoran melalui cara gerakan bulatan. Air atau kotoran yang ditinggalkan boleh menyebabkan bahan menyerap dan merosakkan kabinet.
Sebagai contoh, jika kopi tertumpah, pastikan anda terus cuci atau lap cepat-cepat sebelum warna coklat melekat pada kabinet.
Ketiga, jangan tunggu siap masak baru nak bersihkan kotoran
Kalau tadi Uncle Andrew cakap lepas masak baru bersihkan, tapi kali ini, Uncle Andrew galakkan sambil memasak sambil mencuci percikan minyak atau sisa masakkan yang tertumpah. Jangan bagi peluang untuk kotoran melekat pada kabinet putih anda. Sebab apa? Kalau dibiarkan terlalu lama, kesan kotoran tadi akan jadi dengil dan sukar untuk ditanggalkan. Paling teruk, kesan kotoran tadi boleh terus melekat pada kabinet anda yang cantik.
Keempat, gunakan eksos fan atau cooker hood semasa memasak.
Sekiranya anda memasang cooker hood atau eksos fan, pastikan anda sentiasa memasangnya semasa memasak supaya segala asap dan minyak dapat disedut.
Kelima, gunakan magic sponge untuk hilangkan kotoran degil
Magic sponge mampu membantu anda untuk hilangkan kotoran degil. Caranya, ambil magic sponge dan sental kuat-kuat pada bahagian kabinet yang kotor sampai kesan kotoran hilang.
Adakah semua kabinet putih akan berubah kekuningan?
Jika anda fikir semua kabinet putih akan berubah menjadi kekuningan anda membuat andaian yang salah. Tak semua kabinet putih akan berubah kekuningan, tetapi kebanyakannya. Mereka yang mengamalkan petua untuk mencegah kabinet menjadi kekuningan, kebanyakannya berjaya mengekalkan kabinet putih mereka dari semasa ke semasa.
Mungkin anda fikir tentang kualiti bahan tertentu yang mungkin dapat kekalkan warna kabinet anda. Tetapi tiada bahan yang boleh kekalkan warna putih. Penjagaan yang teliti baru dapat mencegah pintu dan kabinet putih anda dari menjadi kekuningan. Jika perubahan warna sangat ketara dan tidak boleh dipulihkan, mungkin anda perlu pertimbangkan untuk mengambil tindakan seperti cat semula atau mengganti kabinet.
Sekarang anda sudah tahu punca yang menjadikan kabinet putih anda menjadi kekuningan. Jadi anda sudah ada pilihan untuk menghalang kesan ini pada kabinet kesayangan anda.

Хобби

Опубликовано:

 

12 сен 2023

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 9   
@midorihayashi
@midorihayashi 10 месяцев назад
Terima kasih tips yang bernas
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 10 месяцев назад
Sama sama
@gerekbasikal1
@gerekbasikal1 10 месяцев назад
best laa tips dari uncle
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 10 месяцев назад
Terima kasih 🙏
@filie9279
@filie9279 4 месяца назад
Hi kalau cabinet tv dah jd kuning mcm mana nak hilangkan ya? Ada tips?
@TheApanie
@TheApanie 10 месяцев назад
👍👍👍
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 10 месяцев назад
Tqvm
@cwleon82
@cwleon82 10 месяцев назад
Sokong!
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 10 месяцев назад
👍👍👍
Далее
MATERIAL KABINET DAPUR PALING POPULAR
6:34
Просмотров 86 тыс.
ZON SEGITIGA KERJA DAPUR
5:26
Просмотров 14 тыс.
ADAKAH ANDA MEMILIH SAIZ SINKI YANG BETUL
5:18
Просмотров 33 тыс.
5 TREND TERKINI BACKSPLASH DINDING KABINET DAPUR
5:21
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KONKRIT TOP
4:30
Просмотров 19 тыс.
Trend Terkini Aksesori Kabinet Dapur
4:30
Просмотров 5 тыс.
FINISHING/CAT KAYU:DIY CHALK PAINT
14:41
Просмотров 8 тыс.
QUARTZ 23JUN2021
4:50
Просмотров 36 тыс.
APA PERBEZAAN DAPUR BASAH DAN DAPUR KERING
4:19
Просмотров 8 тыс.
Прогулка под водой #shorts
0:19
Просмотров 9 млн