Sebelum kita mulakan tentang Punca Rantai Motorsikal Boleh Putus, korang tau tak apa fungsi rantai kat motor korang tu? Jangan tahu tunggang je tau! Rantailah yang menghantar kuasa enjin ke roda belakang. Jika tiada rantai, macam mana nak bergerak betul tak? Disebabkan dia underrated, kerosakkan dialah yang paling renyah sekali kalau korang terkena.
Rantai ini boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang tapi dia boleh berisiko untuk haus ataupun lost power mengikut masa. Lama kelamaan, dia akan meningkatkan penggunaan bahan api motor korang; apatah lagi korang bakal dengar bunyi kek kek kek yang menjengkelkan tu. Jika dibiarkan begitu sahaja, rantai mungkin terputus dan itu akan mengakibatkan kerosakan pada motosikal atau kecederaan pada korang tau!
Antara Penyebab kepada kes Rantai Putus ialah
1- rantai tak berkualiti cepat rosak.
2- rantai longgar/rantai kendur (malas tarik rantai kot)
3- rantai terlalu tegang.
4- sprocket dah rosak.
5- tayar tak centre dengan body(bekas eksiden kot, body bengkok)
6- saiz rantai tidak tepat(berat motor, penunggang, muatan)
4 сен 2023