jarang benar org cina suka lagu2 melayu mcm lagu nie, ada sorang kawan cina saya suka sgt dengan lagu datuk siti nurhaliza sehinggakan semua album datuk siti dia kumpul, tak cukup dengan kaset dia beli cd, pastu dari cd dia convert jadi mp3 pulak...
Burung nuri terbang malam Turun mandi sayang dalam taman Cinta jangan kanda buat mainan Nanti merana badan Kalau sudi kata sudi Biar senang di hati Kasih kanda kasih suci Dengan sepenuh hati Bila suka sama suka Apalagi sayang nak dikata Bila cinta sudah sama cinta Kasih datang bersama Jangan suka main cinta Kalau tidak sayang kasih mesra Memang mudah kanda kata cinta Kalau di bibir saja Kalau sudi kata sudi Biar senang di hati Kasih kanda kasih suci Dengan sepenuh hati Bila suka sama suka Apalagi sayang nak dikata Bila cinta sudah sama cinta Kasih datang bersama
Saya asal daripada indonesia akan tetapi meminati lagu malar segar klasik nasional fm.. Dan mula suka lagu lagu era 60-70an Malaysia bermula 2005.masa tu kali pertama pi merantau dkt batangkali.. Sampai saat ini saya selalu suka dan meminati lagu lagu klasik malaysia apatahlagi lagu allyrhamh datin.. Allyrhm datok ahmad jais pun Xmas tkcuali.. Meh layaannn
Lagu-lagu rap zaman ini bunyinya bagaikan orang sakit mental, tambah lagi kalau rap Melayu....lagu nyanyian veteran sebegini menenangkan jiwa dan masih evergreen walaupun di dalam tahun 2017...
JefFRi zaAIn : Hamba pun baru tau bahawa Omar Suwita juga seorang penyanyi selain pelakon....inilah kadang kadang kekurangan DJ radio kita tidak prihatin keatas kreativiti para komposer lagu serta penyanyi...mereka memainkan sebuah lagu tanpa mengumumkan pencipta dan penyanyi..bukanlah langsung tidak menyebut atau mewarwarkan namun amat jarang dilakukan segelintir DJ radio RTM atau stesyen swasta. #cintailahkaryawankita🇲🇾
Lagu suka sama suka ciptaan Yusof B dan lirik oleh kemat Hassan amat diminati oleh sesiapa yg mendengarnya termasuklah gulongan muda. Irama dan melodi yg membuat pemikiran kita melayang layang dengan lirik yg simple tetapi penoh bermakna. Lagu ini saya sifatkan sebagai lagu evergreen sesuai didengar walaupon seratus tahun akan datang. Itu lah kelebihan lagu klasik hasil tangan orang lama.
Mak main peranan dalam membentuk kesukaan saya pada lagu2 langgam melayu. Dulu2 balik sekolah, makan tgh hr samnil dgr radio klassik mak pasang, dgr sambil2 buat kerja. Allahu.. rindunya dgn mak...
Artis & penghibur yang popular...lagu2 beliau malar segar & diminati ramai hingga ke hari ini...syabas & tahniah. Alfateha khusus untuk Almarhumah DRB.
Manager Kemat Hassan punya tulisan lirik memang cantik dan indah dengan metafora dan kias.Kemat Hassan dah gunakan teknik pantun 2 kerat dalam lirik lagu ni.😁
teringat masa menonton tv hitam putih di Kuala Kangsar, Perak. Rindunya suasana masa itu. Itu le malam yang dinanti untuk menonton filem. Ini lagu kegemaran saya sejak kecil lagi.
Korang perasan tak lagu ni dinyanyikan dalam loghat Johor-Riau. 'Saya' di debut 'saye', 'cinta' disebut 'cinte'......semua huruf 'a' di hujung perkataan jadi 'e'. Aku suke loghat Johor-Riau walaupun aku oghang Aloq Staq... Jangan sukE main cintE kalau tidak dengan kasih mesrE, memang mudah kandE cintE kalau hanyE di bibir sajE...
one of my favorite song....saya lahir sekitar tahun 64,... memang selalu dengar lagu ni... masa saya bercinta-cinta dulu pun lagu ni lagu tema cinta kami....selalu kami nyanyi bersama bila berjumpa...ehwah!!..mcm hidustan plak.... bila dengar lagu ni teringat memori cinta pertama....tapi hanya kenangan.... jodoh kententuan Allah...
teringat kakak aku dan suami nya nak g ngk filem lampung karam dipanggung tok uban sekitar tahun 1965..aku nak ikut tapi ayah aku tak bagi...tp aku berdegil..pap..dapat penampar ayah..terus senyap..kenangan itu tetap segar diingatan
"...cinta jangan kanda buat mainan, nanti merana badan.." Sungguh benar nasihat orang dulu2, diselitkan didalam irama dan lagu.. Satu ketika dulu pernah bercinta segi ...kini merana diri,dililit sepi mengenangkan isteri yg telah tinggalkan pergi..hanya Allah yg menjadi teman tika hati bersendu sunyi.. Nasihat saya pd anak2 muda.. hargailah cinta dan kasih mesra.... dan kepada Allah sajalah cinta yg hakiki..
My all times favourite...missed her so much...terrific voice..gd attitude and she got whatever it takes ....Al-Fatehah Pray your soul will be among the piouses n in gd hand of Allah swt.. Amiin
Memang suka dengan versi asal lagu ni sebab rakamannya tu macam nyanyi terus (live). Dan saya juga amat meminati lagu klasik nyanyian Datin ni juga Dato Ahmad Jais. Walaupun saya dilahirkan tahun 70an dan membesar dgn lagu lagu..pop dan rock tapi lagu klasik tetap dihati.
terasa bercampurbaur suka dan duka dengan lagu ini...suka kerana kelembutan irama dan suara penyanyi..duka kerana tiada lagi yg cenggini cenggini...ayat2 cinta orang dulu2....tersusun indah...tq sir for uploading this....luvvit..
Rasa nak menangis aku bila mendengar lagu suka sama suka gandingan suara Allahyarhamah rafeah buang dan Allahyarham Omar suwita Al Fatihah buat kedua2 arwah semoga ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman Aamiin2 YRA
Tabik spring kpd mrcupan kerana sudi upload lagu sepanjang zaman ni. Teruskan usaha murni tuan dalam usaha menonjolkan khazanah lagu2 Melayu klasik kita. Sungguh nostalgia lagu2 klasik kita ni. Terima kasih sekali lagi mrcupan kerana membawa kembali memori zaman kanak2 dahulu kala.
Ini petikan live dari radio tahun 1969?? . Mak ayah belum lahir lagi waktu ni . Tapi rasa mcm terkenang sesuatu seakan seperti pernah hidup di zaman itu😢
Lagu lagu sebegini menjadikan aku terasa berada di awal 70an..... Kini bila aku memandu di malam hari perasaan membuak terasa sekali kenikmatan malam..
Al Fatihah untuk kedua2 biduan dan biduanita ini. Memang susah untuk melupakan nyanyian duet kedua2 nya. Segar malar dari dulu sampai sekarang! Lagu sekarang? Sekejap sahaja dah bosan mendengar nya!