Betul apa ustaz cakap tu. Selawat ni ajaib. Tapi kena istiqomah dan hayati. Dan juga istighfar. Saya rasa banyak ALLAH permudahkan urusan saya. Dan hati rasa lebih tenang. Maha pengasih dan Maha penyayang ALLAH buat saya. ALLAH permudah saya urusan beli kereta. Selama ni saya bekerja hampir 5 tahun rasa sangat sukar nak beli kereta. (masa tuh tak mengamal pon selawat, istighfar ni semua) sebab fikir komitmen gaji xcukup. Dan rasa xlepas untuk beli kereta. Saya amalkan selawat, istighfar dan zikir baru je dalam tahun ni dan cuba istiqamah. Dan hari-hari saya berdoa dan bercakap dengan ALLAH apa hajat saya. Mengadu masalah saya. dan apa saja saya nak buat saya akan minta dengan ALLAH dulu. Saya minta ALLAH berikan saya kereta untuk saya berlindung hujan dan panas bila nak pegi kerja. Dalam masa 1 bulan saja ALLAH dah suh saya amik kunci kereta. ALHAMDULILLAH. Sampaikan salesman kereta tuh pon cakap saya antara customer yang paling senang dan mudah berurusan. semua berjalan dengan lancar. Saya pun lagi la pening nak fikir kenapa jadi mudah macam ni. haha. kunci dia pada ALLAH. Alhamdulillah. Dan ada satu ketika, pernah saya baru nak balik dari kerja hujan lebat sangat. saya naiki motosikal. Saya cuba istiqamah amalkan selawat dan istighfar ni. Saya terus minta dengan ALLAH tolong hentikan sekejap hujan ni saya nak balik ni YaALLAH. Saya nak berehat. saya letih sangat hari ni. Bercakap seperti biasa dan spontan. entah la, tiba-tiba hujan memang betul henti. Padahal langit gelap. memang saya balik xkena hujan. tapi dalam perjalanan memang jalan basah. dan ada jalan yang xkena hujan langsung. Alhamdulillah. Sebenarnya dah dua kes terjadi saya minta memang dua-dua ALLAH hentikan hujan tu. Allah Maha Mendengar. Just yakin saja. Kadang-kadang apa yang terjadi dekat saya selama saya amalkan selawat dan istighfar sambil berdoa ni kan banyak ALLAH permudahkan urusan saya. Sampaikan kadang-kadang mengalir juga airmata ni bila bayang ALLAH tolong dengan beri banyak nikmat dan kemudahan. Samaada kita sedar atau tak sedar saja. Dan banyak lagi kisah yang saya alami. Diluar pemikiran saya. Semuanya datang dari ALLAH S.W.T yang memberi Rahmat. Semoga sahabat-sahabat teruskan istiqamah dalam berbuat kebaikkan. Jangan mengharap pada balasan semata-mata tapi cukuplah ALLAH memberi keredhaan hidup itu yang lebih utama. Semoga kita semua di pertemukan di dalam SYURGA FIRDAUS. aamiin...
@Blackpepper Malaya Masyaallah.. Hebatnya cerita tuan.. Sangat memberi semangat dan keyakinan nak amalkan selawat dan isytighfar. Ceritalah lagi pengalaman tuan. Best nak dengar.
Alhamdulillah tuan...semoga terus istiqomqh dlm mengamalkan istighfar dan selawat...seperti sy ckp diatas...setiap org ada hajat yg berbeza...amalkan selawat dan istighfar...inshaAllah...akan dipermudahkan urusan kita..aterima kasih berkongsi pengalaman...semoga dgn perkongsian ini menjadi asbab kepada sahabat2 kita memperbanyakkan selawat...percayalah...ada kemanisan dlm kita mengamalkannya...bila kita lakukan dgn seikhlas hati...inshaAllah...masing2 akan merasa keajaiban berselawat dan beristighfar...
@@chezolmaGic terima kasih sudi baca perkongsian saya yg tak seberapa ni. buat saja dulu. Jangan fikir apa2. Jgn harap balasan apa2 sebab bantuan tuh dtg kemudian dengan sendiri dengan izin Allah. Kita buat saja. Mudahan Allah redha hidup kita. Itu je. Teruskan berdoa. Talk with Allah. Sentiasa bergantung pada Allah dlm apa2 hal. InshaAllah Allah akan permudahkan. 😊
@@pejuangbangsa2219 yer betul tuh tuan. Terima kasih ya sudi baca perkongsian saya yg tak seberapa ni. Sama2 la kita berdoa semoga Allah sentiasa beri keredhaan hidup kepada kita semua. Nak semua masuk syurga. Aamiin.
Siapa yg sedang menonton video ini.. tuan/puan.. sy mohon doa.. doakan suami sy Farhan bin Musa, menjadi seorang suami yg menjaga solat.. agar istiqomah dalam menjaga solat fardhu nye..sentiasa teguh dlm terus mencari redha dan kasih syg Allah..dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Terima kasih tuan/puan yg sudi doakan suami sy.. Mudah2an Allah membalas segala yg baik2 buat tuan/puan dunia akhirat.. aamin ya Mujib🤲🏼😊
kebesaran selawat n keberkatan selawat....akk alami semasa di madinah...spnjang jln dari hotel menuju mjsd nabawi selawat...bila msk raudah mudah sgt2 dpt solat berkali2 ditmpat paling hampir dng makam rasullah...xda berebut2.... mudah sgt...2 Alllahhuakbar.....kongsi rahsia selawat....masa too mmang xdgr lg ceramah utz tp ilham Allah taala... t.ksh Allah semoga amalan ibadat kita Allah terima...aminnnn ceramah utz wadi xpernah jemu walaupn dgr berulang kali.... nk tau sapa yg suka like sikit tanda setuju....
Alhamdulillah setelah mengamal kn sholawat 1000 × 40 hari ,sunghuh hebat nikmat yg Allah berikan.. Kisah sya tahun lpas lagi bermula dri pandemik cobid 19 masuk ke malaysia.. Allahu 😭😭 saya sakit sbb dspression yg teramt sngt xboleh kje. nk bayar bank keta dn lain nya. Hnya Allah la tahu kesakitan dn kesedihan nya.. sya jenis xshare dngan sesiapa pon ada masalh sya simpn sndiri rapat2.. smpai la tahap gastrik gerd smua dtg kne teruk smpai endoscop pi spital swasta. Setiap smbah sujud kerap menangis mengadu pada yg Esa keskitan jasmani dn rohani.. smpai la ternmpak ceramah ustaz pekara sholawat.. sya amal kn dlam 40 hari 1000 kali sholawat dn Alhamdulillah terasa bnyak perubahan . mendekati hari ke 40 , Subahanallah badan sihat rasa tenang dn damai je hidup ni sungguh hebat nikmat yg Allah beri pda sya .. so jdi pengamalan la smpai skrg.. bila trtinggal 1 malm sholawat sya, sya macam berhutang pulak dah😁.. n then esok sya akan double kn jdi 2000 sholawat sesudah sholat fardhu isya..
Gerd, Gastrik dan Anxiety ni pada mulanya ialah musibah. tapi selepas kita mengaji dan berdamping dgn ilmu ilmu ini, ianya sebenarnya rahmat dari Allah. Cerita saya sama dgn awak. Semoga kita terus istiqomah berselawat dengan perjalanan dunia yg sekejap ini. Allahumma solli Ala Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.
Saya ingin berkongsi sedikit tentang keberkatan berselawat seribu kali dimana pada hari tu ada sekatan jalan raya pada hari tu saya lupa pakai tali pinggang Dipendek kan cerita ketika ketika menyuruh ketepi jalan dalam hati saya masyaallah dalam hati kena saman.masallah polis tu yg beri salam sebelum saya sempat bagi salam lepas tu dia panggil saya jalan tanpa beri saman begitu kisah perkongsian diri saya moga ia boleh di jadikan iktibar tentang kehebatan berselawat Amin....
Dalam ceramah ustaz wadi annuar ini... Salah satu yang menarik bagi saya.. Ustaz Kalau nak sampai satu Hadis itu.. Ustaz akan baca dalam bahasa arab sebelum terjemah.. Dengan nada yang ikhlas, tak cepat, dan tak lambat sangat, betul-betul penyampaian yang hebat dan jelas, ikhlas,. Sehinggalah saya terus terbayang... 😢😭 " bagaimanakah Rasulullah s.a.w sampaikan, dan membaca Ayat AL-Quran dan hadis.. Kepada para sahabat nya.. Sudah pasti begitu indah dan boleh mengalirkan air mata seseorang itu.. Kerana sangat-sangat menyentuh hati 😭😭 Terima kasih ustaz... 😭🙏
Saya bselawat bmula dr 100x sehari... skrang saya dah buat 15k sehari.. Syukur Allah meringankan lidah saya utk bselawat setiap hari.. Semua ni sbb mdengar ceramah Ustaz Wadi.. Subhanallah
Assalamualaikum pencinta majlis ilmu. Mohon doakan saya(Wan Muhammad Hilmi Wan Daud) dan para pemuda2 yang mula mencari langkah untuk menjadi hamba yang soleh senantiasa ISTIQAMAH dan dijagakan hati.
Waalaikummussalam ya Allah semoga Allah permudahkan segala urusan saudara wan Muhammad Helmi dan para pemuda sekelian dalam perjuangannya semoga sentiasa dalam Rahmat lindungan Allah AllahUmmaAamiiin Allahumma SolliAllaa Sayidina Muhammad
Ada banyak masa kita blh berselawat. Cthnya waktu drive kete. Dari rumah ke tempat kerja 30 minit(cthnya), sekali selawat Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa 'ala aali Sayyidina Muhammad Br 6 saat. 100 kali baru 18 minit. 200 kali baru 32 minit. Begitu mudah utk di amalkan. Balik kerja sejam la(area kl), blh selawat 400 kali. Dah jd total 600 kali.... Apapun, mcm ustaz kata td, start ckit2 dan konsistan.... Semoga Allah permudahkan segala urusan.....
Setiap pagi jumaat saya selalu berselawat...tiap kali itu lah awan mendung berarak dan melintasi rumah saya. ..terasa aman dan sejuk Aje bile kita perbanyakkan selawat dan mendendangkan selawat di dlm rumah. Sedangkan 3 jarak dari rumah saya panas terik ..saya terpinga2 apakah yg menjadikan rumah saya dlm keadaan redup. . rupa2nya adalah kerana saya sedang berselawat ke atas junjungan Nabi kita. . Alhamdulillah...bukan nak kata saya bagus. Cuma nak perbaiki diri dan semoga yg membaca memberikan anda juga merasai apa yg saya rasai bile kita mengucapkan selawat ke atas Nabi yg amat kita rindui ..aaminn
InshaAllah...semoga dipermudahkan segala urusan tuan...bermulalah dgn selawat dan istighfar...inshaAllah...amalan kita yg lain akan lebih teratur...yg penting jaga solat
InsyaAllah..doa sendiri lebih afdal di dalam solat setiap hari...Bonus jika ada org yg beriman tlg mendoakan utk kita...InsyaAllah diberi kekuatan utk kita beribadah
Alhamdulillah..sy mengamalkan ilmu yg dikongsi oleh ustaz..1000x istighfar dan 1000x selawat selamat 40 hari...alhamdulillah..hidup terasa tenang...selepas 40 hari..terasa seperti kebiasaan dan alhamdulillah sy teruskan sampai hari ni...terima kasih atas ilmu yg ustaz kongsi semasa ceramah di kl dulu
benar tuan. Alhamdulillah dlm keadaan suasana camni kita tenang2 jer. cuma situasi sy dah 4 tahun . slps amal alhamdulillah. benarlah dunia ni kita tak perlu risau. Allah dah atur rezeki, yg perlu bimbang adalah apa nasib di akhirat kelak.
Betul tu, bila diuji, kita jadi sedar dan berterima kasih kpd Allah kerana memilih utk diuji, ringan sgt melalui setiap ujian apabila kita selalu mengamalkan zikir dan selawat ke atas Rasulullah 😭 Terima Kasih Allah, semakin dalam kasih sayang ini padaNya semakin kuat keimanan kita semakin kita menyerah hal dunia kpd Allah..
@@chezolmaGic Alhamdulillah...apa yg sy katakan tentang ketenangan tu adalah atas pengalaman sy sendiri...sy bekas penjawat awam, diberhentikan kerja semasa peralihan kerajaan...beberapa minggu ja lg nk raya..masa tu stress sgt2...hutang bank, kereta dan family yg perlu disuap makan..anak2 masih kecil..hidup stress..sampai masuk hospital kerana tekanan darah tinggi melambung...ada dlm 1 majlis..ustaz wadi beri petua dan ilmu utk berasa tenang dlm hidup dlm salah 1 ceramah beliau di lembah klang, salah satunya istighfar dan selawat sebanyak 1000 kali selama 40 hari berturut2...lepas solat subuh sy amalkan..kali pertama, sy gagal kerana baru 10 hari sy terlupa..sy try semula..istiqomah utk 40 hari...alhamdulilah..dlm tempoh menuju 40 hari tu pun..sy rasa perubahan..rasa serabut makin kurang, dh kurang nk marah2..dh boleh normal balik, apabila kita dlm tempoh mengamalkan ni..ibadah lain seperti solat jugak mskin teratur...tuan akan rasa nikmat melskukan ibadah pada Allah..inshaAllah akan rasa keseronokan..sy masih tak de pekerjasn tetap sekarang ni..tp Alhamdulillah..semua hutang bulanan boleh diselesaikan..Allah permudahkan semuanya...pernah 1 hari..anak perempuan cakap basikal dia rosak..xboleh nak kayuh dah..sy ckp inshaAllah kalau abah ada rezeki..abah beli baru..anak2 jrg nk faham masalah kita...selepas subuh tu sy seperti biasa akan mula rutin selawat dan istighfar...lepas solat dhuha..sy keluar utk jumpa kwn kt kedai dia untuk tgk kalau2 ada kerja yg boleh dibuat utk dapatkan upah...Allah temukan sy dgn pemilik kedai basikal...panjang ceritanya...tapi basikal dpt...duit upah kerja dpt...Cubalah beramal...inshaAllah tuan/puan akan rasa sendiri...setiap org tak sama apa yg Allah akan beri...kita usaha...kita doa..kita bertawakal...inshaAllah semuanya boleh selesai...kalau tuan/puan berjaya 40 hari...hari2 yg seterusnya secara automatik kita akan mengsmalkanya...kalau xbuat akan rasa xlengkap..cubalah
@@pejuangbangsa2219 betui saya dah amalkan selawat nihh dah hampir 2 tahun..Ya Allah memang banyak sangat keajaibaan..hampir 9 tahun kawin tapi belum di kurniakan zuriat...saya amalkan selawat setiap hari 1000 kali... Alhamdulillah syukur sy disahkan mengandung.. Dengan selawat sepanjang mengandung dan bersalin dimudahkan. Dengan selawat banyak hutang yang langsai. Dengan selawat hati jadi tenang. Dengan selawat anak tak banyak meragam dan mudah diurus. Dengan selawat rezeki tak pernah putus2
Redup paras wajahnya, manis senyumannya..kuat sungguh rasa sayang ini pada UWA, semuanya kerana ceramahnya yg sgt memberi kesan yg sgt mendalam dalam hati ini😭 Semoga Allah menyayangimu UWA melebihi rasa sayang kami pdmu💕💕💕
Memang dah tertulis suratan hidup nya menjadi pembingbing Umat Islam ... khusus nya.. Mesti ibu nya sewaktu mengandung kn telah mengamal kn amalan2 yg kita tidak tahu ..maka lahirlah saorang insan yg d cintai
Pada sesiapa yg ada masalah gangguan sihir, jiwa tak tenang, rezeki sempit, hati sering gelisah Perbanyakkan Selawat 1000x sehari kepada Baginda Rasululluah SAW, innshaAllah segala2 nya dipermudahkan, banyak dah terbukti pada sahabat2 sya pabila amalkan selawat 1000x sehari banyak perubahan didalam hidupnya terutama pintu rezeki terbuka luas, nak lagi bgus istighfar 100x selepas subuh selebihnya 1000x selawat kepada baginda Rasulullah SAW.
doakan saya geng ,kena gangguan teruk sngat smpai ada bisikan .. tk thu sihir or saka atau sbgainya. Hati sya dh tenang sikit amalan matsurat dan manzil mujarab syukur pd Allah. Ni nk terapkan amalan selawat dan istigfar x1000
Ustaz Muhammad Wadi Anuar bin Ayub adalah idola saya. Beliau sgt byk merubah kehidupan saya menuju kepada Allah SWT ..Subhanallah... Saya doakan beliau sentiasa dlm rahmat Allah.
Saja mau pesan.. Bila kta rsa Allah tak makbulkan hajat kta, jgn risau, once kta brniat dn angkat tgn menadah meminta pd Allah, Allah sdh makbulkan doa kta. Cuma bila tu kta tak tahu. And 1 pesanan sy, kalau Allah dah bg asbab kta brslawat, solat tahajud dan hajat, kalau ble istiqamah smpi akhir hayat, sbb sy dah prnh mnta kat Allah, mmg Allah bg. Tp bila dah trbuai dgn nikmat yg d beri, Allah tarik balik. Allah rindu tangisan sy. Jd sy kena mula dri awal utk meminta-minta lg. Please, istiqamah.. Takut Allah tarik kembali. Brslawatlah, brdoalah, memohonla.. Sbb smua yg ada dlm dunia ni hak milik Allah. Sdgkan diri kta sndri hak Allah. Jd, dah kena bgi tu, brsyukurlah.. Teruskan.. Smpi... Akhir.. Hayat.... Alhamdulillah.. Lg satu... Stiap kebahagiaan, stiap kali utk mncapai Sesuatu kebahagiaan akan ada keperitan.
Mmg benar trjadi juga dgn sy, sy pnah amalkn selawat smpai tahap dpt mimpi jumpa nabi, tp bila trbuai dgn mimpi dunia, abis semua nikmat kesedapan ibadah tarik, now kena start dr mula slow2 sedikit tp istiqomah
Dulu sy rajin dgar ceramah ustaz wadi..sebelum start kuliah ustaz akan baca 10 ayat permulaan surah al kahfi..bila selalu dgar..alhamdulillah tak sampai beberapa hari dah blh hafal.. Sampai skrg masih ingat asbab dgar ustaz baca setiap kali permulaan ceramah..alhamdulillah sy dah boleh amalkan.. Sy selalu selawat time buat kerja rumah..takda target berapa2 .. Cuma saya amalkan penghulu istigfar setiap kali habis solat.. Alhamdulillah setiap hajat sy apa yg sy teringin walau sebut dlm hati je Allah sentiasa penuhi dgn tidak disangka2.. Allah selalu permudahkan urusan..alhamdulillah..syukur sgt2..insyaAllah semoga selepas ini doakan sy dpt selawat dan istigfar 1000x pula ya..biiznillah..
Tuan boleh cari kat google atau youtube..taip je penghulu istigfar nanti akan keluar..ada jumpa kumpulan nasyid jadikan lagu jd mudah utk kita menghafal..
Tugas Muhammad sebagai nabi dan rasul kat bumi Allah ini dah lama selesai semenjak kewafatan baginda. Selawat yang bermaksud mengirim salam, doa dan sokongan kepada perjuangan Muhammad dalam menyebarkan mesej2 dari Allah yakni Kitab Quran, yang telah diwahyukan pada baginda selama 23 tahun ketika baginda diutus menjadi Nabi dan juga Rasul Allah, lebih 1400 tahun yang lalu. Baginda kini berada dalam Syurga, selesa bersama dengan semua para nabi dan rasul yang sebelumnya. Tak usah nak bagi salam dan selawat atau sokongan lagi. Mereka tak akan dapat mendengar malah tak akan dapat membalas balikpun salam dan selawat dari sesiapa juga. Sebaliknya kita diseru Allah melalui Quran untuk mengIngat pada Allah yang tidak tidur, malah kekal dan tidak akan mati, setiap waktu tak kira siang atau malam, bukan pada manusia yang dah lama tinggalkan bumi Allah ini. Sedarilah wahai saudara saudari seagama, bala dan musibah yang tak putus2 dari Allah sedang dan akan terus menerus menimpa umat yang mengamalkan penyekutuan terhadap Allah melalui amalan syirik berselawat pada Muhammad yang sudah lama wafat. Demikianlah nasib malang penyekutu2 Allah. Allah yang tidak punya pasangan dalam takhtaNya. Umat sedemikian telah melakukan syirik, menyekutukan Allah dengan manusia yang lemah, yang tidak mampu pun dan tidak dipertanggungjawabpun membimbing sesiapa juga di kalangan umat bani Adam. Semoga ambil peringatan dan dapat kembali ke jalan Allah yang benar, yang lurus, yang tidak menyekutukan Allah dengan siapa2 juga, walau di kalangan para nabi dan rasul Nya. In shaa Allah. Salam.
Bila ustaz cerita bab dua sahabat yg dpt makanan slps berdoa dgn keberkatan Rasulullah S.A.W, teringat pengalaman sendiri di masjid Nabawi taon 2015 dl. Lps shopping, member terus ajak pergi maghrib kat masjid Nabawi. Masing2 lapar sbb tak mkn lg sejak asar, tp sebab nekad nk saf pertama (jemaah Muslimah) wlpn sekali je, sanggup pergi terus masjid Nabi dgn perut lapar tu. Dgn izin Allah, kami dpt duduk saf pertama. Malah jemaah2 Arab kat situ siap ajak bukak puasa sama2. Alhamdulillah dpt la mkn roti, kurma ngan air zam zam sblum solat maghrib tu. Subhanallah.. Betul kata org, bila kat sana hati kena betul2 jaga. Pernah terlintas dlm hati "xde kucing ke kat area sini" time kat masjid Nabi. Sekali Allah bg jumpa smpi 5 ekor >_< >_
Moralnya....bawalah hati yang suci ke MekahMadinah.Saya dah alami....di airport...ada jemaah akan sebilik dengan saya...nampak lembik..(.dalam hati )...ini tentu kena tinggal selalu ni kalau nak ikut saya sebab saya suka cepat dan pantas. (Saya suka sendirian ke masjid....bebas) Astaghfirullah berlaku sebaliknya di sana....dia sangat cergas dan berdikari.Mujur saya dapat cepat tahu kesalahan saya.Istigfar banyak banyak.
Hidup saya mula berubah sejak saya mengamalkan Selawat setiap hari....sungguh luar biasa..ALLAH tenangkn hati saya & leraikan segala masalah saya....Subhanallah sungguh luar biasa YA ALLAH...♥️🤲
Assalamualaikum.ya allah teriima kasih ya allah.beri kesempatan mendengar ceramah ustaz..semoga allah berikan rezeki kepada ustaz segala ada nikmat yang ada dudunia.terima kasih ya ustaz.atas ilmu dikonsi.
Salam..semoga yang membaca komen aku ni diampunkan segala dosa2nya, dosa2 kedua orang tuanya, diberikan kesihatan, diluaskan pintu rezeki dan di redhai oleh Allah SWT.InsyaAllah
akak pun rasa macam tulh akak ingat akak sorang je yg rasa macam tu rupanya memang ada ada orang yg akan rasa macam tu tapi akak tak tau kenapa. bila tengok orang yg taknak solat pastu dalam hati tertanya kenapalh orang susah sangat nak solat padahal senang je bukak paip hulur je tangan.nabi muhammad dulu macam manalh dia ambik air nak solat ..lagi susah dari kita sekarang..terima kasih atas perkongsian
Tugas Muhammad sebagai nabi dan rasul kat bumi Allah ini dah lama selesai semenjak kewafatan baginda. Selawat yang bermaksud mengirim salam, doa dan sokongan kepada perjuangan Muhammad dalam menyebarkan mesej2 dari Allah yakni Kitab Quran, yang telah diwahyukan pada baginda selama 23 tahun ketika baginda diutus menjadi Nabi dan juga Rasul Allah, lebih 1400 tahun yang lalu. Baginda kini berada dalam Syurga, selesa bersama dengan semua para nabi dan rasul yang sebelumnya. Tak usah nak bagi salam dan selawat atau sokongan lagi. Mereka tak akan dapat mendengar malah tak akan dapat membalas balikpun salam dan selawat dari sesiapa juga. Sebaliknya kita diseru Allah melalui Quran untuk mengIngat pada Allah yang tidak tidur, malah kekal dan tidak akan mati, setiap waktu tak kira siang atau malam, bukan pada manusia yang dah lama tinggalkan bumi Allah ini. Sedarilah wahai saudara saudari seagama, bala dan musibah yang tak putus2 dari Allah sedang dan akan terus menerus menimpa umat yang mengamalkan penyekutuan terhadap Allah melalui amalan syirik berselawat pada Muhammad yang sudah lama wafat. Demikianlah nasib malang penyekutu2 Allah. Allah yang tidak punya pasangan dalam takhtaNya. Umat sedemikian telah melakukan syirik, menyekutukan Allah dengan manusia yang lemah, yang tidak mampu pun dan tidak dipertanggungjawabpun membimbing sesiapa juga di kalangan umat bani Adam. Semoga ambil peringatan dan dapat kembali ke jalan Allah yang benar, yang lurus, yang tidak menyekutukan Allah dengan siapa2 juga, walau di kalangan para nabi dan rasul Nya. In shaa Allah. Salam.
Alhamdulillah. Saja nak berkongsi. Saya pernah bekerja sbg penghantar makanan. Pada suatu hari saya teringin sangat nak makan makanan yg sedap2. Alhamdulillah, esok atau lusa tu Allah dengar permintaan saya. Betul2 dapat. Rasa sangat bersyukur dan rasa nak menangis. Walaupun dapat sedikit bersyukur sangat2. Saya ingat satu je, lagi byk kita bersyukur, lagi byk Allah akan bagi. Sebut Alhamdulillah bila dapat benda yg kita nak.
Assalamualaikum ustadz saya lihat aura wajah ustaz macam sedi saya semoga dakwah ustadz yang selalu ustadz sampaikan ,, sukur Alhamdulillah saya dapt ilmu mana yang sya tak tau ,, semoga Allah memberikan ustadz surga bersama ulama yang Allah pili,,
Alhamdulillah..berkat saya mengamalkan selawat Allah permudahkan segala urusan saya dan apa yang saya hajati dimakbulkan teemasuklah urusan jodoh saya dipermudahkan.. Insha Allah lepas raya nanti saya nak bertunang dan akhir tahun nanti kami nak bernikah..terima kasih ya Allah.. 🙂
biar pun dh setahun video ini..air mata tetap tak tertahan nk berlinang..kerana hingga kini tak putus² para ulama,ustaz dan ustazah..mengingatkan kita JGN LUPA BERSELAWAT keatas NABI JUNJUGAN KITA NABI MUHAMMAD SAW..semoga kita bersama rahmatnye dan fadhilatnye
saya baru mula berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan alhamdullilah banyak perkara yg Allah permudahkan dalam urusan harian saya. Semoga ustaz teruskan memberi kuliah kepada kami dan semoga Allah merahmati ustaz Wadi Annuar.
Alhamdulillah amalkan lah selawat, x kisah la sikit atau banyak tp istiqomah. Insha Allah saudara dan saudari akan rasa keajaiban demi keajaiban dlm kehidupan anda..insha Allah mulakan dari sekarang.
Alhamdulillah..betul..selawat jgn pernah bosan.. istiqomah lah berselawat sehingga nafas yg terakhir..pasti dn pasti jiwa akan tenang,rezeki tak pernah putus... insya-Allah
Betul.. bnyk nikmat yg Allah berikan.. tak terhitung banyaknya.. bnyk benda baik yg hadir dlm hidup... Dlm keadaan yg tidak d sangka2... Hanya Allah SWT yg DPT selesaikan melalui selawat dan lain2 zikir memuji Allah SWT
Salam Takziah utk keluarga arwah mangsa pembunuhan kejam oleh kawan baik sendiri. Allah uji mereka dan Allah uji kita juga.. Dari kes ni ada 4 peringatan khas utk kita 1. Jauhi hutang. Buang nafsu yg blh buat kita suka berhutang. Banyak kesan buruk berhutang dalam hidup kita ni 2. Elakkan terima tetamu semasa ketiadaan ayah/suami/abang atau adik lelaki. Walaupun baik sekalimanapun. 3. Jagalah mak ayah kita semampu yg boleh. Mungkin mereka dah tak lama akan tinggalkan kita atau mungkin kita yg pergi dulu... 4. Mohon zikir jgn tinggal setiap saat setiap waktu tak kira sibuk macam manapun. Iman kita adakalanya naik dan turun. Zikir penyelamat dunia akhirat. InshaaAllah.. Sy pesan sebab sayang.. Kerana Allah. ALLHAMDULILLAH ASTAGFIRULLAH ALLAHURABBI ALLAHUAKBAR Allahumma solli ‘ala Saiyyidina Muhammad, wa ‘ala ali Saiyyidina Muhammad Terima kasih ambil waktu utk coretan sy ini. 🌹
baru-baru saya diuji dengan positive covid19. tekak & dada saya rasa sakit. saya amalkan selawat atas nabi setiap masa. saya pernah dengar ustaz ada mengatakan dalam ceramah sebelum ini antara kesembuhan pada penyakit ada pada selawat yang kita amalkan. alhamdulillah asbab selawat atas nabi saya yang bersungguh2 ini, allah memberikan kelegaan pada saya. saya sangat bersyukur
Kita Salawat tanda kita syg kepada Nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W...Semoga kita mendapat syafaat nanti sebagai umat Baginda Rasulullah S.A.W...jgn mengharapkan benda yg ajaib berlaku pada kita,jgn tggu sesuatu yg xdiduga berlaku cuma itu tanda kasih kita kepada Rasulullah S.A.W dan apa yg kita dpt segalanya adalah dengan kehendak Allah S.W.T...
Xtau nak cakap apa dahhh..besaq sungguh nohh.terima kasih ustaz wadi memang terbaik.Allah selamatkan Ustaz, seluruh ahli keluarga sahabat handai ustaz.dan seluruh umat Nabi Muhammad saw Aminnn ya Robb
Selawat Dharrah (atom) اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَـيِّدِنَا مُحَمَدِنِالـنَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنَ عَدَدَ كُلِّ ذَرَّةٍ فِي الْعَالَمِيْنَ Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad yang ummi, ke atas keluarga dan sahabatnya di setiap kerdipan mata (setiap detik) dan hembusan nafas sehingga hari pembalasan, sebanyak dharrah(atom) di alam semesta"
Tuntutan berselawat mmglah amat baik dan beroleh ganjaran besar. Penyampaian yg baik oleh Ust Wadi. Sstgh Ustaz dlm menyampaikan kuliah pun xputus2 selang seli ucapan dgn selawatnya. Kkdg jd confuse dan xblh nk fokus isi kuliah atau ceramah tu. Walhal Ust Wadi jg amat tau kelebihan berselawat. Dia fhm dia sdg berhadapan dgn audience sdg menyampaikan kuliah. Terbaik Ust Wadi.
Ustad tasbih saya pun orang sedekah.. Qur'an saya sampai koyak saya pakai. Tapi syukur alhamdulillah. Saya punya suami sudahh di naikan gaji. Rezeki anak anak saya.walaupun kerjaan sekandar pengawas keselamatan. Allah dah kabur doa saya😩😩
insyaAllah Aamiin. Ok le tu ada jugak isteri mintak doa agar suami bersolat. Sya tak pernah arahkan isteri solat dan isteri pun tak pernah suruh solat Pak mak mertua pun tak pernah suruh Sya solat..... Isteri pun tak pernah jumpa......mak pak mertua lagi lah tak pernah jumpa....tak tau pun siapa diorg. Sebabnya dari 1979 sampai Sept 2024 ni masih bujang. Alhamdulillah duit tak habis nak jaga anak orang. Duit Sya untuk tabung masjid surau sahaja. Yg penting selawat 20K utk 24 jam
Ikhlaskan hati dan niat dalam bermahabbah cinta kepada Rasulullah SAW. Sesungguhnya kelak, kita akan dibangkitkan bersama dengan siapa yang paling kita cintai.. Masya Allah ustaz terima kasih kerana berkongsi ceramah dengan tajuk ni 👍🤲
Sy ada juga buat 1000 selawat.. tapi X konsisten..Ada hari buat..ada tak buat..tapi, sy dapat Rasa keajaiban..Ada rezeki X disangka sy dapat.. cubalah amalkan.. pemberian Allah.. Nabi Muhammad saw Rahmat sekalian Alam..
Alhamdulillah, sy amalkn selawat 1000x slps solat subuh n 500x setiap slps solat yg lain. Hari Jumaat 1000x slps setiap solat. Alhamdulillah Allah mberi ketenangan hati n fikiran. Hati sgt mudh n tsentuh bila dgr cerita ttg Rasullah. Rasa rindu yg mdlm. Moga Allah kurniakn kebaikn n rahmatNya dunia n akhirat kpd kami perindu Rasullah n dikurnia husnul Khotimah. In Syaa Allah
Ustaz... Sy baru buat 10 bln sholawat nie, bershalawat paling sedikit 5 k, selalu baca 15 k sehari, shalawat munjiyat 101 sehari. Alhamdulillah hati tenang. Sy klu x bershalawat mcm ada kurang, sy guna tasbih digital senang nk kira.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, berkati dan rahmati lah Ustaz Wadi Annuar serta keluarga beliau dan semua ummah Nabi Muhammad saw... Terima Kaseh Ustaz kerana berkongsi rahsia selawat bersama kami... 😌🤲🏼💕
Btw sesibuk apa pn urusan hidup kita selain sntiasa amalkn doa slps azan supaya rasulullah s a w diberikan wasilah dan kedudukn yg trtinggi dan trpuji di syurga, jgn sesekali lupa bnyakkn brselawat stiap hari at least 10 kali stiap pagi lps subuh dan jgk ptg lps solat asar Dan lipatgndakn lg dihari jumaat..sbb rasulullah jamin akn bg syafaat pd ummat bginda di mahsyar nnt. Baca selawat minimum 20 kali stiap hari pn kita dh dijnjikn syafaat inikn pulak kalau kita mampu baca beratus kali stiap hari tntu lebih besar dan bnyak fadhilat yg akn kita dpt di dunia hingga akhirat nnt. Tp hakikatnya bukan smua org diberikan kekuatan utk kekal istiqamah sbb msih ramai yg pndang remeh dan suka menangguh nangguhkn amal soleh dan lebih suka sibukkn diri dgn urusan dunia smpai lupa nk siapkn amal bekalan akhirat.. Semoga kita smua diberi taufiq dan hidayah utk kekal istiqamah hingga akhir hayat insyaAllah
kalau nak dengar lebih lagi pasal selawat boleh dengar ustaz habib novel alaydrus… lebih byk perkara yg dahsyat hasil drpd selawat. cuba dengar…lepas dengar rasa mcm tak nak buat apa dah. rasa nak dok selawat he sepanjang hari..
Assalamualaikum ustaz. Sy selalu amal selawat ke atas nabi saw, Sy selalu mencari dan selalu tiap-tiap mlm kisah nabi Muhammad akan jadi ulikan tidur sampai Sy terlelap. 1mlm, minggu pertama Ramadhan Sy dimasukkan ke hospital atas sebab-sebab penyakit slip disc, 3hari 3mlm aktiviti Sy dekat hospital hanya selawat nabi, dgr ceramah mengenai kisah nabi Muhammad saw, PD 1 MLM Sy terlelap yg last dekat bibir Sy Adalah selawat nabi..sbb duk dgr kuliah, pukul 4pg Sy tersedar untuk bersahur akan tetapi mknan blm sampai, Sy lelap balik dan dpt mimpi hadirnya Sy dipandang pasir yg xde apa2, hanya Ade seorg yg berjubah putih didepan Sy, Sy bertanya kamu siapa, beliau menjawab aku Muhammad, semasa hendak menjenguk nk tgk wajah nabi, Sy terus tersedar dari tidur. Sy menangis teruk atas sebab mimpi bertemu Rasulullah, dan xdpt tgk wajah Rasulullah, Sy nk tanya ustaz 1 soalan, adakah mmg kalau mimpi bertemu Rasulullah tidak dpt melihat wajah Rasulullah? Sbb Sy hanya dpt mendengar suara dan tubuh berjubah shj. Terima kasih ustaz
1 jam. Tapi byknya ilmu yg dpt. Terima kasih kesayangan kami Ustaz Wadi Annuar dan tenaga kerja. Alhamdulillah terima kasih ya Allah ajar kan kami ilmu yg bermanfaat. ❤️
zarinah ucapkan semuga kita berjaya bermatian matian sejak semalam menghidupkan semula vidio ni disamping artist artist vidio sepanjang hari ini dan vidio politik
Minta tolong doakan saya.Doakan semoga saya istiqomah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, istiqamah tunaikan ibadah kepada Allah SWT ,semoga saya dipermudah hadapi segala ujian, dugaan, semoga dimurahkan rezeki, semoga kelak pulih dari pelbagai penyakit terutama sakit depressi yang sedang dihadapi, semoga sentiasa hidup saya diberkati diredhai Allah SWT.Amin2 Ya Rabbal Al Amin🤲.
Berselawat dan segala2nya hanya perlukan ganjaran2 dari Tuhan , jika tidak mendapatkan apa2 yang diinginkan semua tidak akan melakukan atau istiqomah . Tiada keikhlasan langsung . ltulah hamba2 Allah yang sebenar2nya . Tidak akan puas dengan syahwat2 zahir dan batin selama2nya .
al Hamdulillah...ni la ucapan yg saya nak dengar dlm iklan tadi berkaitan sedekah. Ramai org promo tentang sedekah tapi sedikit yg kata sedekahlah kerana Allah. Itulah yg sebaiknya
Assalamualaikum ustazz dan Yg Sedang Menonton Dan Mendengar Doamasuk m Majlis Ilmu Ini Semoga Lafaz Hafazan Selawat Kita Sentiasa Diterima Dan Diredoi Allah Semiga Di Terima Amalan Disepsnjang. Hudup Ini
Alhamdulillah...lpas dgar ustaz kesayangan sy pasal selawat ini jadi rindu nk jumpa nabi muhammad smoga kita beroleh syafaat dan dekat sangat n nabi di mahsyar...smoga kita semua dapat bertemu dgn nabi muhammad saw di masukkn kedalam syurga firdaus tanpa azab dan hisab..Aminnn...
Bismillahirrahmanirrahim , Allahumma Salli 'Ala Muhammad Wa 'Ala 'Ali Muhammad , doakan saya ya semua semoga cepat dapat hidayah dari ALLAH SWT ❤ Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
@@miawmiawcaster9452 masa tu sy berada di tengah2 org ramai (mcm tengok konsert dok tengah2) lepas tu semua menghadap satu arah depan saja semua diam ada yg tunduk ada yg mendongak.. dlm hati sy (ishhh mcm tau la keadaan ni, mcm pernah dengar tentang ni...) akhirnya sy mula cari2 org2 yg sy kenal dan sy ternampak org yg Sangat sy kenal. bile kami bertentang dia mula lari dan sy kejar dlm keadaan tu... semangkin jauh dia lari sy x dpt jumpa... selepas terjaga sy cuba ingat2 balik, Allahuakbar... Mahsyar. (masa sy tgk keliling focus sy hanya mencari wajah2 yg sy kenal walau pun nmpk mcm2 bentuk masa tu tp sy x peduli dahh.. janji jumpa/nmpk org yg sy kenal)
Subhanallah Masyaallah Allahhuakbar Alhamdulillah Astagfirullah halazim Allahhumma Sholliala Sayyidina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad 💖🕋 LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH 🕋💖🚴,,🇲🇾 sMoga Driku serta semua hamba Allah direzekikan Kesudahan yang baik dan direzekikn syafaat nabi Muhammad saw Aamiin Allahumma Aamiin 🤗
Sentiasa Selawat kerana Allah dan Malaikatpun berselawat.. Dan bila kite berselawat automatic Allah bagi hati lapang seronok tanpa keluh kesah... Dan dengan itu Allah permudah.. Syukur amat sangat..5.6 7 .10 pagi masuk Raudah 9.05 pg keluar.. Esoknye Selasa 6.6 masuk 7 masuk 8.30 keluar bukan Pengawal halau tetapi nak sarapan dan beri peluang pada orang lain 7.6 7 pagi masuk 8.30 keluar untuk ucap selamat tinggal sebab 10 pagi nak pergi Mekah... Alhamdulillah nikmat Allah...pada hamba yang daif ini...