Тёмный

Rendang Ayam Cili Api Hijau, lain macam sodap 

Che Nom
Подписаться 2,2 млн
Просмотров 90 тыс.
50% 1

Sempena Hari Raya Aidiladha, atau raya Haji kali ni Che Nom nak sediakan resepi rendang yang cukup sedap ,iaitu Rendang Ayam Cili Api versi tumis. Siapa yang suka makan pedas boleh cuba rendang ni. Rasa pedas tu datang dari cili api fresh yang kita guna, lain ye ia punya sedap tu kalau guna cili fresh.
Ayam yg Che Nom guna ni lambat lagi nak pencen, jadi masak pon tak lama sangat. Mudah aja nak masak, janji bahan-bahan yang kita guna tu semuanya fresh dan rempah kena sangai.
Bila bergabung dengan lemak santan dan rempah sangai homemamde, cukup terbaik. Kalau makan dengan lemang ke, nasik impit ke memang kena sangat. Nak makan dengan nasi lemak pon sodap.
//Bahasa Melayu
-----------------------------
Bahan-bahan rendang:
1 ekor ayam
8-10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 ketul kunyit hidup
3 batang serai (hiris nipis)
2 batang serai (ketuk)
1 helai daun kunyit
20-30 tangkai cili padi hijau
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
ATAU 1 kotak kecil santan
1 asam keping
Garam secukup rasa
1 sb kerisik
Sedikit gula melaka
Bahan-bahan sangai:
1 sb biji ketumbar
1/2 sb jintan putih
1/2 sb jintan manis
//English
-----------------------------
Rendang ingredients:
1 whole chicken
8-10 shallots
4 cloves garlic
2 inches ginger
1 inch galangal
1 piece turmeric
3 sticks lemongrass (thinly sliced)
2 sticks lemongrass (tap)
1 turmeric leaf
20-30 stalks green bird's eye chilli
2 cups thick coconut milk (from 1 coconut)
OR 1 small box coconut milk
1 dried tamarind slice
Salt to taste
1 tbsp toasted coconut paste
A little bit palm sugar
Toasted spices ingredients:
1 tbsp coriander seeds
1/2 sb cumin seeds
1/2 sb fennel seeds
Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: bit.ly/CheNomFacebook
Jenama Kuali : chenom.my/kuali-yang-selalu-c...
Jenama Pisau: chenom.my/pisau-yang-che-nom-...
Model Blender: chenom.my/blender-yang-che-no...
#resepichenom

Развлечения

Опубликовано:

 

14 июн 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 130   
@zaityermilarosle7699
@zaityermilarosle7699 Месяц назад
Baru buat masa RAYA AIDIL ADHA... saye memang suka buat rendang hijau ni.. Rendang N9
@cikguongkitchen
@cikguongkitchen 20 дней назад
Bestnya rendang, perkena dgn lemang & ketupat, yum...yum... 😋
@kaknorangah2689
@kaknorangah2689 Месяц назад
Samalah rendang kita dgn cik nom hari nih...sy pun baru siap buat rendang ayam cili padi hijau..resepi mertua sy org n9😊😊
@CheNom
@CheNom Месяц назад
Sedap tu resepi mertua. Selamat Hari Raya sis.
@AhmadOthman-zz7sk
@AhmadOthman-zz7sk Месяц назад
​@@CheNomrendang versi negeri mana
@aideeazhir7963
@aideeazhir7963 Месяц назад
@@AhmadOthman-zz7sk Entah lah dr mana asal usul tapi arwah mak saya dari n9 pun masak rendang ayam cara gini. Resipi dr nenek sy. Versi n9 la kot gitu. Tapi kalau ikut resipi original, kerisik pun buat sendiri uhuuui, santan mesti santan fresh. Tu kot yg membezakan versi kampung dgn bandar.
@kaknorangah2689
@kaknorangah2689 Месяц назад
@@CheNom wahhh happynya cik nom reply hihi..Selamat Hari Raya juga cik nom😁😍
@muhammadarsyam581
@muhammadarsyam581 Месяц назад
Tengok resepi che nom ni dah lama memang berguna .halal kan ilmu ni yaa che nom .sy dah takbagi wife masuk dapur sb jadi seronok memasak sambil tengok video che nom
@LP1.Channel
@LP1.Channel 22 дня назад
Rendang ayam cili api hijau, kelihatanya cukup memikat dan menyelerakan wah nikmat sekali ne.. 👌👍
@hamsiahm7844
@hamsiahm7844 29 дней назад
Trima.kasih shre respi.memng suka respi2 che Nom ni terbaik..
@hongchannel88
@hongchannel88 22 дня назад
Sedapnya rendang, best makan dgn lemang. TK Che Nom.
@HaycalPlay
@HaycalPlay Месяц назад
Sedap
@mohdzuki4944
@mohdzuki4944 Месяц назад
Mmg sedap Che Nom🎉🎉🎉 kena dgn selesa den ❤
@diyaanuar
@diyaanuar Месяц назад
Alhamdulillah ❤❤❤ terima kaseh che nom… mmg terlintas nak buat, sekali che nom up video ❤❤❤❤
@zueadam5723
@zueadam5723 22 дня назад
Alhamdullilah. Lama saya nak resipi ni akhirnya dapat juga dari che nom
@DapurMamaDikaDika
@DapurMamaDikaDika Месяц назад
Rendang ayam cili aoi hijau sedapnya terbaik.terimakasih resepnya bunda.pedas empuk gurih sedap bnget
@ayahsadam9817
@ayahsadam9817 Месяц назад
Waalaikum salam resep rendang ayam cili hijau waah sedaap mantap lanjutkan 👍
@noorazizahnasarudin9250
@noorazizahnasarudin9250 Месяц назад
Waalaikumsalam Che Nom. Terima kasih berkongsi resepi yang sedap ini
@norlelasani9252
@norlelasani9252 Месяц назад
Sy kalau masak suka resepi che nom...semua jd.. Alhamdulillah...moga murah rezeki che nom & diberi kesihatan yg baik atas infak resepi tanpa gagal che nom
@hanamohamedaruf9286
@hanamohamedaruf9286 Месяц назад
MasyaAllah..sedap ni
@zurhann83
@zurhann83 Месяц назад
MasyaAllah... Teringinnya nak maoan rendang..
@rosmayani-wm6vl
@rosmayani-wm6vl Месяц назад
Terima kasih che nom. Banyak resepi che nom saya guna. Dan semua resepi che nom saya buat menjadi ❤ Minta halal ye segala ilmu yang che nom kongsi❤ Semoga dapat ganjaran dunia akhirat daripada Allah buat che nom sekeluarga ❤
@redmismartphone521
@redmismartphone521 Месяц назад
Alhamdulilah acik baru masak rendang daging menjadi suami dan anak2 suka.. terima kasih che nom ..nk cuba rendang ciliapi pula..halalkn ye che nom..
@ahmadjasmine1
@ahmadjasmine1 Месяц назад
Makan dengan nasi panas panas terangkat.❤😋👍👍👍terima kasih cik nom kongsi resipi.
@lotusby8317
@lotusby8317 Месяц назад
Terima kasih Che Nom.. dah siap rendang resepi Che Nom. Sedappp
@noritanordin1969
@noritanordin1969 28 дней назад
Terimakasih Che Nom. Kak dah cuba masak. Mudah dan sedap ❤
@nurofficial.27
@nurofficial.27 Месяц назад
Selamat hari raya aidil adha che nom...che nom halal kan semua resepi ni ya saya banyak guna resepi Dari che nom sampai dah guna untuk meniaga kecik2 dah...terima kasih ya...
@ArumugamMARIMUTHU-nx4xx
@ArumugamMARIMUTHU-nx4xx Месяц назад
Yummy rendang Ayam super 👍👍🇸🇬.
@jamaliahdol858
@jamaliahdol858 Месяц назад
Sedapnya. Nak cuba buat la
@justririmy
@justririmy 21 день назад
Rendang ayam cili api ..makasih che nom❤
@RosilaMdelah
@RosilaMdelah Месяц назад
Tq cik nom..baru buat rendang resepi cik nom pagi tadi❤❤❤
@Doctor-Kitten-KITCHEN
@Doctor-Kitten-KITCHEN Месяц назад
Lezaatt sekali masakan rendang ayamnya👍👍 Sehat dan sukses selalu Che Nom🙏💖
@rani05280
@rani05280 Месяц назад
Allhumdulillah your recipe always always the best 👍👌👍👌
@noreenahmad5790
@noreenahmad5790 Месяц назад
Sedap mmg suka rendang çili api hijau
@nooraine8307
@nooraine8307 Месяц назад
Sdp rendang cili pd hijau,Sis rya puasa haritu dh bt,raya kli ni x bt nnt nk cuba resepi Che Nom pula,Slmt hariraya AidilAdha bt Che Nom sekeluarga
@karc8495
@karc8495 Месяц назад
Tq Che nom.. Da lama nk resepi ni
@sitirohinahpalil406
@sitirohinahpalil406 Месяц назад
Best ni masak dengan kuali lagend..
@nabilahuda2261
@nabilahuda2261 Месяц назад
nampak sedap ❤❤❤❤
@TIPSMASAKANSEHAT
@TIPSMASAKANSEHAT Месяц назад
Terlihat sangat enak rendang ayamnya.. Mantap dan enak
@haslindasamat487
@haslindasamat487 Месяц назад
cik Nom cili tu 7/9 jgn buang tangkai.utk mengelakkn sakit perut bg yg kalah dgn cili.
@vasanthysuppiah4221
@vasanthysuppiah4221 Месяц назад
Soo super dan so sedapnya randang tq madam.❤❤❤❤
@KAMARUNSAIPUDDINBINMOHAMED
@KAMARUNSAIPUDDINBINMOHAMED Месяц назад
Sedapnya Che nom makan dengan ketupat...auto perut rasa lapo
@salmaempeni9085
@salmaempeni9085 Месяц назад
Terima kasih Che Nom❤
@richain...3236
@richain...3236 Месяц назад
Sedapppp ni ❤❤❤
@DapurBiru
@DapurBiru Месяц назад
Terbaik sedap rendang ayam che nom ❤
@leeswantoh6878
@leeswantoh6878 Месяц назад
Wow, the rendang looks sooooo great n yummmy, thanks Che Nom for sharing ❤Selamat Hari Raya Aidiladha to che nom n family❤❤❤
@wawayusof2556
@wawayusof2556 Месяц назад
Sedap Nyaaa Che Nom 😋😋😋
@seekimheng8929
@seekimheng8929 Месяц назад
Sedaaaaap🤤😋👍👌❤️
@sitiaisah351
@sitiaisah351 Месяц назад
sedap nye che nom 😊
@heropurbaNaza
@heropurbaNaza Месяц назад
Tq cik Nom 👍
@anakPenghulu90
@anakPenghulu90 Месяц назад
Mantap
@sisfarahchannel9900
@sisfarahchannel9900 Месяц назад
Kt baru lps buat dendeng resepi @che nom... Mmg terbaik Selamat Hari Raya
@CheNom
@CheNom Месяц назад
Selamat Hari Raya 😊
@SriDanisha
@SriDanisha Месяц назад
Terbaik
@sapiahabdulgaffar1908
@sapiahabdulgaffar1908 Месяц назад
Selamat hari raya cik nom❤
@ericlai3221
@ericlai3221 Месяц назад
Selamat Hari Raya Aidiladha Chenom dan semua
@CheNom
@CheNom Месяц назад
Terima kasih Eric 😊
@rafidahmansor3996
@rafidahmansor3996 Месяц назад
Salam aidiladha jgk
@rierie8748
@rierie8748 Месяц назад
Salam Che Num Slmt hari Raya haji maaf Zahir & Batin Mohon share ya... tksh
@deelaazman5699
@deelaazman5699 29 дней назад
Che Nom buatlah kek cheese 😭 teringin nak makan buatan sendiri tapi asyik tak jadi guna resepi lain. Pleaseeeeee 🙏🏻🙏🏻🙏🏻
@aimankhairulddin1245
@aimankhairulddin1245 Месяц назад
Thank you che nom!!!
@aad8513
@aad8513 Месяц назад
Nampak sedap ni, tq puan kongsi resepi👍👏🏻
@CheNom
@CheNom Месяц назад
Sama2 😊
@Ilyaqulyakin22
@Ilyaqulyakin22 Месяц назад
Wah mkn dgn ketupat palas goreng garing2 vs lemang dbkar hangit2 sikit wow mabelez weh,slmt ari raya qurban🇲🇾🇲🇾🐂🐂🐐🐐🇲🇾🇲🇾
@CheNom
@CheNom Месяц назад
Selamat Hari Raya AidilAdha sis 😊
@lyanazack2713
@lyanazack2713 Месяц назад
Che nom, saya puasa tau. Tergoda dah ni. Lepas maghrib kang saya masakk
@CheNom
@CheNom Месяц назад
Jom masak..hihi. Selamat berpuasa.
@MawikanKenes
@MawikanKenes Месяц назад
Hi Che Nom.. Selamat Idul Adha.. di tunggu resep serba daging kambing nya ya.. 😊
@cadenceyew6122
@cadenceyew6122 Месяц назад
Yummy
@fareeziqmal4577
@fareeziqmal4577 Месяц назад
Blh try resepi rendang ni... kalau resepi utk kuah kacang ada x?
@only-dreams-about-u
@only-dreams-about-u Месяц назад
Che nom cuba try buat resepi cookies guna tepung red roses..lama cari resepi tp xjmp yg sedap😔
@dddahlia
@dddahlia Месяц назад
Selalu buat macam ni lah cume xpkai rempah aje
@linaabdkadir1151
@linaabdkadir1151 Месяц назад
Tak podeh tak ngam Che Nom,🙄🙄😂😂💃💃😆😆😋😋
@CheNom
@CheNom Месяц назад
😂 betul
@nurainimohdhussaini7449
@nurainimohdhussaini7449 Месяц назад
Sedapnya che nom ! Selamat hari raya che nom❤❤
@CheNom
@CheNom Месяц назад
Selamat Hari Raya Nuraini! 😊
@bjfeerus
@bjfeerus Месяц назад
💖💟💖 Alhamdulillah 💟💖💟 . . . ....
@previntharaja686
@previntharaja686 Месяц назад
Salam Aidiadha che nom & fmly
@Dapur_wifey
@Dapur_wifey Месяц назад
Chenom boleh tak buat video Mee Jawa Sarawak
@shashakhalid95
@shashakhalid95 Месяц назад
nak try buat la hari ni hehe
@CheNom
@CheNom Месяц назад
jom jom. hehe
@martiniabdullah9860
@martiniabdullah9860 Месяц назад
Assalamuailiakum che nom terima kasih sekali lagi ada menu ri nk masak😂 happy saya dn salamat hari raya haji kepada che nom dn family best ya menu😋🤣
@CheNom
@CheNom Месяц назад
Waalaikumsalam. Selamat Hari Raya haji 😊
@Fiadha90
@Fiadha90 Месяц назад
Resepi arwah mak☺️
@suhanaabdulrahman5527
@suhanaabdulrahman5527 Месяц назад
memang plan nak masak rendang cili Padi..makna dengan pulut kuning...
@CheNom
@CheNom Месяц назад
Sedapnya makan dengan pulut kuning
@tihanny_shino2660
@tihanny_shino2660 Месяц назад
saya lagi suka rendang style nogori ni 😋❤️ .. tp che nom lambat update la.. rendang dah tengah masak dah 😂
@CheNom
@CheNom Месяц назад
😂 Raya ke-2 boleh masak lagi
@sitisolehakarim
@sitisolehakarim Месяц назад
Salam che nom. Kalau nak makan dua org semua bahan perlu bahagi kepada berapa?
@afifshaz2975
@afifshaz2975 Месяц назад
Resepi arwah opah sy.. rindu air tngan opah 🤲🏼
@CheNom
@CheNom Месяц назад
Al-Fatihah 🤲
@afifshaz2975
@afifshaz2975 Месяц назад
@@CheNom trma kasih che nom
@nurmunirah5995
@nurmunirah5995 Месяц назад
sedapnyaa 😍 che nom nanti buat rendang maman pula ye 😁
@CheNom
@CheNom Месяц назад
InsyaAllah 😊
@anuruziabdulrahman6538
@anuruziabdulrahman6538 Месяц назад
Suami org n9, biasa buat jenis lebur, tapi kali ni nk try resepi chenom pulak😅❤
@CheNom
@CheNom Месяц назад
Hihi, guna ayam pencen ke sis?
@anuruziabdulrahman6538
@anuruziabdulrahman6538 Месяц назад
Sama ​@@CheNomayam x sempat pencen, miri with ❤
@karyalily8750
@karyalily8750 Месяц назад
❤❤❤
@ramlahdollah9685
@ramlahdollah9685 Месяц назад
Rendang sy masih atas dapur. Tapi sy buat daging
@alwaysbemine_YT
@alwaysbemine_YT Месяц назад
Mcm biasa air tangan Che Nom memukau! Saya tak msk apa Che Nom, badan kurang sihat 😉
@CheNom
@CheNom Месяц назад
Semoga sihat kembali sis. Terima kasih komen
@alwaysbemine_YT
@alwaysbemine_YT Месяц назад
@@CheNom ...Terimakasih Che Nom atas doa itu 😁 Selamat Hari Raya Idul Adha buat semua...❤️
@muhammadizzat7053
@muhammadizzat7053 Месяц назад
😋
@muhammadadamluqman4273
@muhammadadamluqman4273 26 дней назад
Nasib baik pisau tak kene jari che nom masa potong lengkuas
@sharifahmaimunah6298
@sharifahmaimunah6298 Месяц назад
Salam Aidul Adha che nom n family🤝
@CheNom
@CheNom Месяц назад
Salam AidulAdha Sharifah 😊
@afishahmusa1627
@afishahmusa1627 Месяц назад
Macam mana nak bagi rendang tak cpt basi? Ada secret bahan ke?
@MawarPutih888
@MawarPutih888 Месяц назад
First time dengar orang kata kesian blender😂
@CheNom
@CheNom Месяц назад
😆
@aminahabdrahim6406
@aminahabdrahim6406 Месяц назад
Dah mengidam lama nk buat rendang cili padi hijau ni..tp nk nmpk lg fresh warna hijau tu..jd x nk letak kunyit hidup..
@damonmhtan9490
@damonmhtan9490 Месяц назад
Oh no, belum cuba masak chicken dah keluar one more new dish 😅😅😅 will need to catch up lah 😅😅😅
@CheNom
@CheNom Месяц назад
😂👍
@wawayusof2556
@wawayusof2556 Месяц назад
First ❤❤❤
@HashimahMdNasir
@HashimahMdNasir Месяц назад
😂😂😂Buat lawak pulak cik nom ni ya?
@CheNom
@CheNom Месяц назад
😆😆
@HashimahMdNasir
@HashimahMdNasir Месяц назад
@@CheNom,Selamat Hari Raya Aidil Adha.🙏
@nuramalinaazmi5678
@nuramalinaazmi5678 Месяц назад
che nom, kalau taknak pedas sangat boleh ke guna cili hijau besar?
@CheNom
@CheNom Месяц назад
ye boleh sis..adjust ikut level pedas kita. Tapi kalau tak pedas langsung takut muak pulak.
@imahibrahim-c1x
@imahibrahim-c1x 24 дня назад
assalammualaikum che nom. 2 cawan santan pekat bersamaan 1 kotak 200gm tu ke? saya slalu pakai santan kotak. kalau kelapa parut, bersamaan 1 biji ke?
@CheNom
@CheNom 24 дня назад
waalaikumsalam. Sis boleh guna ja sekotak kecil santan tu. Cukup untuk merendang sekor ayam
@wannafocusonjk
@wannafocusonjk 9 дней назад
first time masak ni. kenape saya letak santan dia tk kering pekat mcm tu ye? rendang saya jadi lemak berkuah pulak. ke perlu masak lagi lama ye?
@CheNom
@CheNom 9 дней назад
Masak lama sikit smpai kuah pekat
@sucylim6288
@sucylim6288 Месяц назад
Che Nom, santan yg dimasukkan perlu sentiasa dikacau atau dibiarkan mendidih begitu saja?
@CheNom
@CheNom Месяц назад
Kacau sekali sekala untuk elak hangit.
@sucylim6288
@sucylim6288 Месяц назад
Terima kasih Che Nom
@bayaummusulaim142
@bayaummusulaim142 21 день назад
Jintan putih itu apa che nom
@CheNom
@CheNom 19 дней назад
in Englis, cumin..
@zolk369
@zolk369 Месяц назад
che nom.. tak payah letak daun limau ?
@CheNom
@CheNom Месяц назад
boleh je kalau nak letak.
@zolk369
@zolk369 Месяц назад
@@CheNom thxs for the reply ..
Далее
Rendang Daging Hari Raya, Suami bagi 5 Bintang
10:07
Просмотров 2,8 млн
Beautiful sport😍
00:20
Просмотров 167 тыс.
НРАВИТСЯ ЭТОТ ФОРМАТ??
00:37
Просмотров 707 тыс.
Strong cat !! 😱😱
00:19
Просмотров 1,4 млн
🔥 Barrel Smoked Mackerel Fish: A Rustic Delicacy
25:32
Rendang Ayam Dendang Perantau.
14:09
Просмотров 862 тыс.
Gulai Daging Kawah Ala Kenduri Kahwin
8:14
Просмотров 75 тыс.
Lempeng lembut sangat, cicah Sambal Bilis
8:12
Просмотров 369 тыс.
Daging Goreng Kunyit, rahsia daging lembut 15 minit!
8:02
Udang Kam Heong, uii sedap menjilat jari.
7:19
Просмотров 93 тыс.
ИСПАЧКАЛ
0:30
Просмотров 2,8 млн
Да блин 😀
0:19
Просмотров 1,5 млн