Тёмный

[Ruang Komen👇] Pedang Tersula Brunei (The Sword of the Impaled)  

Calaf
Подписаться 73
Просмотров 377
50% 1

Опубликовано:

 

23 дек 2023

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 28   
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 5 месяцев назад
"Di antara alat² kebesaran diraja yng mengiringi Sultan dlm Istiadat Perpuspaan selain Pedang Tersula ialah Kaskul. Kaskul atau bahasa Melayunya tepak sirih ialah suatu kotak berukuran sedang (dianggarkan besarnya seakan sebuah kotak tisu), dlmnya terkandung beberapa helai daun sirih, sebilah kalakati (kacip), 3 biji buah pinang, satu kandi kecil berisi kapur makan , satu kandi kecil berisi gambir yng juga dipotong dgn kalakati dan satu lagi kandi kecil berisi tembakau. Alat ini dahulunya akan digunakan oleh seorang Sultan ketika mengembara jauh dari Negeri Brunei, apabila baginda rehat di suatu tempat, baginda akan mengunyah sirih pinang dgn para Cheteria² dan Hamba² baginda, utk mengelakkan kaskul daripada terjatuh daripada tangan, sehelai kain sarong (dahulu, sekarang dililit dgn kain jong sarat bewarna kuning) akan dililit pada kaskul manakala atasnya akan dipasang sebatang buluh bersaiz sederhana sebagai "pengancang"(penguat), buluh ini juga akan digunakan sebagai "lasung" utk menutuk tembakau agar ianya boleh digulung ke dlm daun sirih yng telah kering utk dijadikan "pasigupan"." Isi sedikit sebanyak diambil dari Pusat Sejarah Brunei, amba hanya meringkaskannya saja. • Ada alasan kenapa kaskul ini dibawa, salah satu alasannya ialah utk memelihara Sultan dari syaitan² dan mahluk² jahat, kerana mereka ini dipercayai takut akan barang tajam (dlm hal ini kalakati), namun kalakati tidak boleh dibawa dgn tangan kosong kerana dianggap menganggu mahluk² yng melintas kerana alat ini mampu menakutkan mereka, maka oleh itu ia perlu dibawa sekali dlm kaskul bersama alat² utk mengunyah sirih. • Jika cuaca panas terik atau pengembaraan baginda sultan mengambil waktu yng lama, ada kemungkinan yng daun sirih itu sudah kering. Dlm kes ini, baginda sultan justeru akan merendam daun yng kering ini utk antara dua kegunaan:- 1. Utk digulung menjadi pasigupan 2. Utk dijadikan pipit serunai • Alat ini dahulunya diangkat dgn derajat tinggi seperti kitab Alquran iaitu di paras dada kerana dipercayai di dlmnya ada menyimpan "Azimat Sultan", dikatakan benda ini bentuknya seakan bentuk batu tarsilah tapi ada ayat² yng tertentu.
@calaf1307
@calaf1307 5 месяцев назад
Adakah Pedang Tunggal / Tombak Tunggal atupun sama jua alasannya kenapa ia dibawa, iaitu sebagai alat "menyangga" dari sebarang mara (bahaya)?
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 5 месяцев назад
@@calaf1307 lurus, atu pasalnya ianya dibawa berkumpulan oleh 15 orang Awang² (kalau dulu digalar Hamba² Diraja memandangkan bisdia ani dipilih dari kalangan hamba). Namun pemilihan urang² ani bukan jua sekati, mesti dipilih dari kalangan hamba yng berani dan tangkas. Kedua² alat berbilah tajam ani dibawa kalau seandainya ada bahaya yng ingin menimpa sultan (contoh: orang memberontak ingin menyakiti Sultan dgn benda² tajam seperti keris atau sebagainya), maka Awang² akan segera mengeluarkan pedang ini beramai² utk menghalang orang tersebut.
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
The Sword of the Impaled (English): This sword is only used during the Coronation of a Sultan of Brunei. It is held by a Pengiran (a person of royal descent), who will face the Sultan, sitting in front of his throne. The way it is held is by holding the blade with his bare hands, with the tip placed on his heart. The hilt will face the Sultan. This Pengiran will sit on his right foot, his left elbow placed on his left knee (which sits up). As such, the sitting position and the way the sword is held both symbolise the willingness of the Sultan's subjects to give up their life for him. It is also said that this sword can be used by the Sultan in emergency situations. During the 1951 Coronation Ceremony of Sultan Omar Ali Saifuddien III, this sword was held by a Malik (one of the Manteri Hulubalang). The 1918 Coronation however, saw Sultan Muhammad Jamalul Alam II seizing the sword as he sat on the Throne.
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 4 месяца назад
Info : Pedang Tersula ani sudah lama berada dalam Kesultanan Brunei iaitu dari zaman Sultan Bolkiah, pedang ani dahulu akan dipigang uleh seurang Malik setiap kali baginda Sultan berangkat keluar dari kawasan Istana. Malik dahulunya akan dipilih dari kalangan urang² biasa yng tangkas besilat, ataupun sekurang²nya seurang hulubalang yng sudah bekhidmat kira² 7-9 tahun atau setelah perpuspaan. Namun setelah peristiwa ketika zaman Sultan Hasyim Jalilul 'Alam Aqamaddin, pedang tersula ani dikurung dalam kutak kayu, yang dibungkus sama keratas² yng betulis ayat quran, sbb dipercayai "tekutuk", diingaukan jua karang kalau dipigang ada lgi nyawa yng tekorban. Kemudian tekana udah lama nda bepakai, baginda kemudian mencadangkan agar seurang Malik yng akan memigang pedang ani mesti dari kalangan hulubalang diraja yng Lut (Kebal senjata), maksudnya bemula saat atu, hulubalang yng akan memigang pedang ani mesti tah bukan urang sembarangan, mesti urang yng beilmu, tangkas besilat sama Lut.
@jugulawang8696
@jugulawang8696 9 дней назад
Khurafat dan tahyul mahyul
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 дней назад
@@jugulawang8696 cerita ni belum tentu betul tuan.. saya sendiri mendengar cerita ni dari seorang orang tua di kampung saya.. saya x berapa percaya juga, tapi saya tau yg orang² zaman dahulu memang mungkin ada ilmunya yg tersendiri.. Wallahu a'lam
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
Pedang Tersula (Bahasa Melayu): Semasa Istiadat Perpuspaan, Pedang Tersula ini akan dipegang oleh seorang Pengiran yang akan duduk di hadapan Patarana, menghadap Sultan. Bahagian bilah Pedang Tersula akan dipegang dengan kedua tangannya, manakala mata pedang diletakkan pada hatinya. Pengiran ini akan duduk di atas kaki kanannya, dan siku kirinya akan diletakkan di atas lutut kiri yang didirikan. Dikatakan juga pedang ini adalah pedang yang digunakan oleh Sultan di dalam waktu kecemasan. Semasa Istiadat Perpuspaan 1951, Pedang Tersula ini dipegang oleh seorang Malik, iaitu salah seorang daripada Manteri Hulubalang. Walau bagaimanapun, ketika Istiadat Perpuspaan 1918, Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II telah menerima Pedang Tersula ini apabila baginda bersemayam di atas Patarana.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
Pedang ini sudah tidak digunakan sekarang memandangkan tiada hulubalang yang dilantik sebagai jawatan Malik, kerana jawatan Malik dan Janang hanya diadakan ketika Istiadat Perpuspaan Diraja sebagai "Pelindung Sultan", apabila sesuatu yang tidak diinginkan terjadi kepada Sultan, pada Paduka Seri Baginda Sultan akan mengeluarkan Pedang Si-Bongkok, suatu pedang yang berbentuk lengkung dan seakan bengkok, oleh itulah digelar si Bongkok, dan dikatakan bahawa pedang ini telah digunakan untuk membunuh seekor "tuma" iaitu singa jelmaan cukup dengan satu libasan. Pedang ini sekarang disimpan di suatu ruangan khas di Istana Nurul Iman, namun pada Istiadat Perpuspaan, maka pedang itulah yang akan dipegang oleh Pengiran Di-Gadong, lalu beliau akan menghalakan pedang itu kehadapan sambil "Berputar Arah" dan para hadirin akan mengangkat sembah, simbolik kepada bentuk pedang itu yang bengkok, maka begitu jugalah batang tubuh orang dalam majlis itu mengangkat sembah.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
Sebab itulah apabila KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan berangkat ke suatu majlis yang beradat istiadat, maka akan terlihat salah seorang pengiringnya itu ada yang membawa pedang Si-Bongkok itu, manakala bagi Begawan Sultan pula, pengiring akan membawa Pedang Tersula ini keluar namun tidak dikeluarkan dari sarungnya hanya disahan di bahu sahaja.
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
@@HelmiAbdRahmanShah1756 mungkin juga ia tidak digunakan kerana asal-usulnya yang tidak begitu elok. Walaupun zaman sudah berubah, tapi kepercayaan orang-orang dahulu masih dipegang. Sesuatu yang boleh membawa implikasi buruk seboleh-bolehnya tidak digunakan, kerana dikhuatiri membawa padah di hari kemudian. Contoh: Tongkat Ajai dan Kuching Emas Memang dalam Islam, meniru ciptaan Allah itu haram. Namun jika difikirkan, tabiat manusia akan menyimpan ajai (dagu) di tangan apabila memikirkan sesuatu (selalunya masalah). Satu lagi maksud yang tidak baik iaitu dikhuatiri tanggungjawab seseorang Sultan (Mahkota Diraja) mungkin akan menjadi terlalu berat bagi baginda. Begitu juga dengan Kuching Emas, dengan lidah menjulur-julur, seakan-akan memperolok orang (Sultan ataupun rakyat baginda)
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
@@HelmiAbdRahmanShah1756 mungkin bukan Pengiran Di-Gadong, tapi Bendahara. Kelihatan Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Muda Haji Hashim menghalakan pedang ke arah para hadirin. Sebelum beliau pun, Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Muhammad Yasin selalu dikatakan menghunus "Pedang Kerajaan / Sword of the State" (Pedang Si-Bongkok).
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
@@calaf1307 terima kasih tuan perbetulkan saya, sebab kadang saya pun keliru dengan Pengiran Di-Gadong dan Pengiran Bendahara, sebab dua2 menghubus pedang ketika Istiadat Perpuspaan 😅
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
Pedang Tersula mempunyai sejarah yang menyedihkan, sejarah berkait rapat dengan seorang Hulubalang Diraja yang tewas ketika mempertahankan seorang Sultan Brunei iaitu Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin, dan beliau tertusuk suatu pedang yang bilahnya melengkung tepat pada dadanya sehingga ia meninggal. Oleh itu, untuk mengenang jasa beliau yang sanggup mati untuk Sultan, maka diadakanlah jawatan "Malik", di Dalam Bahasa Arab, istilah "Malik" ini ertinya sama dengan ketua / sultan, namun dalam Bahasa Dalam Brunei, perkataan "Malik" diertikan sama seperti "kahar" atau "qahhar" yang bermaksud "gagah perkasa", Malik dulu juga merupakan juga dipanggil sebagai "Ketua Hulubalang", sebagai simbolik, maka setiap perpuspaan, Malik ini akan duduk memegang pedang seakan ia berani mati, oleh itulah Malik tidak mengenakan sebarang pakaian yang menutup dadanya, kerana ia menganggap bahawa seluruh badannya itu sanggup berbakti untuk Sultan.
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
Adakah peristiwa ini berkait rapat tentang hubungan Al-Marhum Sultan dan Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Muhammad Hassan? Setahu saya, baginda dan beliau tidak mempunyai hubungan yang baik.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
@@calaf1307ya, oleh itulah terjadi pertengkaran lalu salah seorang hulubalang yang sedang memegang pedang telah "tersula" iaitu tertikam dan tewas setelah itu.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
3 jawatan2 dan Gelaran dalam Adat Istiadat Diraja Brunei yang telah dimansuhkan serta peranan2 mereka: 1. Janang -Janang ber-tugas selaku Ketua Pateh dan Damong, di-mana beliau akan di-tugaskan untuk me-memerhatikan Pateh dan Damong me-megang se-bilah Changkah. 2. Malik -Malik ialah sese-orang ra'ayat di-bawah naungan Sultan Dan Yang-Dipertuan yang sanggup ber-korban nyawa dan raga demi Sultan itu, mereka inilah juga yang di-gelarkan sebagai Ketua Hulubalang, ketika ke-masukan Hulubalang, beliau akan men-jadi kepala jalan. 3. Gelaran2 bagi Manteri Darat seperti: Orang Kaya Harimau Sultan Orang Kaya Harimau Alam Orang Kaya Harimau Kumbang Orang Kaya Machan Kambing -Gelaran2 ini telah dimansuhkan pada zaman Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah bersempena Mesyuarat Pertama Majlis Adat Istiadat 1986 sejurus setelah Hari Kemerdekaan Brunei Darussalam, ini ialah berkenaan dengan fatwa Mufti pada ketika itu yang berbunyi: "..bagi apa-apa jua gelaran, terasul dan pangkat, adalah lebih baik jika beberapa gelaran-gelaran yang seakan-akan mengolok atau yang bertentangan dengan falsafah Melayu Islam Beraja..", Gelaran yang dimaksudkan oleh fatwa ini ialah seperti "Orang Kaya Harimau Sultan", yang seakan simbolik kepada Kuching Emas yang rupanya seakan seekor harimau, sama juga kepada gelaran "Orang Kaya Harimau Alam", gelaran ini bunyinya sangat bertentangan dengan falsafah Melayu Islam Beraja, berkenaan dengan simboliknya yang mengarah kepada Institusi Diraja (maksud bagi Harimau memandangkan harimau adalah lambang diraja ketika itu) yang menguasai "alam" (dunia), sama juga dengan gelaran2 seperti Orang Kaya Harimau Kumbang dan Orang Kaya Machan Kambing, yang seakan mengolok2 orang yang dikurniakan gelaran itu, ianya juga disebabkan dengan satu peribahasa di kalangan orang Brunei dahulu iaitu "Harimau Kumbang", ini selalunya dimaksudkan dengan seseorang yang sangat panas baran, oleh itulah gelaran2 bagi Manteri Darat ini dimansuhkan. Sumber bagi gelaran "Janang" dan "Malik" : Buku Adat Istiadat Diraja Brunei Pehin Jawatan Dalam Allahyarham Awang Haji Jamil Al-Sufri Sumber bagi gelaran2 "Manteri Darat": Falsafah Melayu Islam Beraja : Kehidupan Orang Brunei
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
Tuan, Pengiran Perdana Cheteria mula dikurniakan pada tahun 1968, sebelum KDYMM berpuspa. Adakah gelaran lain yang dimaksudkan Tuan? Nampaknya tidak ada orang lagi yang layak untuk gelaran Janang dan Malik, memandangkan keilmuan pendekar / batin / kebal tidak lagi dipelajari. Tambahan pula, ilmu-ilmu begini semakin dipandang dengan negatif kerana melibatkan alam ghaib.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
@@calaf1307 eh maaf tuan, sebab yang saya pelajari tentang adat istiadat bahagian terasul, Janang dan Malik ada diterangkan mengenai kewujudannya, namun gelaran Perdana Cheteria Sahibun Nabalah tu saya tak berapa pasti, yang penting ianya sudah dimansuhkan pada zaman Pemerintahan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
Lagipun gelaran2 Manteri Darat ini dikurniakan kepada orang-orang yang tinggal di pendalaman, seperti orang-orang dari kaum Kedayan, Iban, Dusun. Dari aspek lain pula, gelaran-gelaran tersebut seolah-olah menganggap mereka ini kaum yang primitif, dan menyamakan mereka dengan binatang (walaupun niatnya bukan begitu).
Далее
How to win a argument
9:28
Просмотров 428 тыс.
Why I Really Don't Like This Country 🇧🇳
3:19
Best SWORD for modern-day self defence?
47:04
Просмотров 971 тыс.
BRUNEI HISTORY / PAHLAWAN BRUNEI YANG HEBAT
11:56
Просмотров 28 тыс.
SULTAN YANG MENYELAMATKAN BRUNEI DARUSSALAM
16:27
Просмотров 63 тыс.
Brunei Discovery: The tale of Jong Batu
3:09
Просмотров 1,7 тыс.