Тёмный

[Ruang Komen 👇] Naubat Iskandar (Alexander's Nobat)  

Calaf
Подписаться 73
Просмотров 433
50% 1

Опубликовано:

 

24 дек 2023

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 23   
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
Alexander's Nobat, one of the three tunes in Brunei's Naubat repertoire. It is very rarely heard, as it is only played during the Succession of a Sultan, and a Sultan's Coronation (or "The Blossoming" as it is called in the Royal Court of Brunei) The last time it was played was in 1968, for the Coronation Ceremony of the present Sultan. The audio is taken from the 1951 Coronation Ceremony of Omar Ali Saifuddien III. The shouts that you hear are: "Sambah!", which means "Do homage/obeisance [to the Sultan]!". This is one of the only 4 times everyone in Brunei, including the general public are required to do so. Normally only titled individuals are allowed to pay homage when they are in His Majesty's presence. The other two songs are: "The King's Nobat" and "Abraham's Nobat". The King's Nobat is played everyday before the dawn (Fajr), sunset (Maghrib) and evening (Isha') prayers, provided that the Sultan has undergone the Coronation Ceremony and carries the title of "Yang Di-Pertuan" (He who is made Lord). According to ancient tradition, Abraham's Nobat is only to be played during the funeral of a Sultan or the Raja Isteri (Queen Consort), as the pallbearers lower down their caskets/coffins into their resting place. Another past tradition is that with each drumming of this particular tune, 4 Mudims (religious officers) will call out the Adhan (Islamic call to prayer), with the reason being that to drown out the sounds of the Naubat instruments. As per a fatwa by Brunei's first Mufti, these practices during a royal funeral are no longer done. In return, Abraham's Nobat will only be heard in the Brunei Palace on two occasions: 1) when the Sultan / Raja Isteri has passed away; 2) when their bodies are lowered into their final resting places (a signal will be sent from the Royal Cemetery to the Palace).
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 2 месяца назад
Serba sedikit mengenai Naubat Iskandar ketika Istiadat Perpuspaan KDYMM 1968: • Selesai sahaja Puja Puspa yang di-tulis pada sehelai kain sutera ber-warna kuning, Juru dan pegandang² masuk mem-bawa nafiri, sebuah Nakara dengan kedudukan-nya, dan dua buah gandang labek yang di-perbuat sepenuh-nya daripada perak yang di-anggung di atas leher mereka. Se-jurus sahaja Pehin Mufti Kerajaan Negeri Brunei mem-bacha doa selamat, Jurulaki dan pegandang² pun keluar dari dewan Lapau me-nuju Kenderaan Khas Gandang Jaga Jaga
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 2 месяца назад
Dari sini kitani buleh liat, kebawah duli atu diiringi gandang arak arakan menuju ke Lapau, kemudian serantak baginda naik menuju pataratna, bisdia Jurulaki pun naik mmbawa nakara gandang labek sma nafiri ganya, agong dan chanang atu stay dlm kenderaan atu
@calaf1307
@calaf1307 2 месяца назад
@@HasyimHjHakim1943 kadang2 inda jua hamba berapa merati mengenai urutan Puja Puspa sama paluan Naubat Iskandar atu. Adakah durasi 1x titir atu batah? Mun kitani bayangkan (berpandukan sumber bertulis), macam setagal jua ganya bunyi Naubat atu. Sama mun kitani melihat video Perpuspaan Al-Marhum Begawan 1953, paluan Naubat atu serentak dengan pemakaian Mahkota (inda tahu lah kalau ada kana edit, tapi usulnya macam inda). Jadinya sumber visual atu inda konsisten dengan sumber betulis.
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 2 месяца назад
@@calaf1307 mun menurut mulah nini bisamba, katanya kira² 2 rangkap atau serangkap ganya x seingat amba Puja Puspa atu dibacakan, bemula arh katar kedua kan memasuki titir ke-2, mcm Perpuspaan Begawan atu mun kitani liat anu bahagian POK Di-Gadong atu mmbacakan Puja Puspa yg lama (anu yg ayat²nya bemula dgn "Sembah kepada-"), ia bemula arh paluan katar, basar kemungkinan titir kedua mengkali..
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 2 месяца назад
@@calaf1307 ia memang serantak tu kita dgn pemakaian Mahkota ke atas kepala Baginda Sultan, sebagai isyarat selasai saja katar pertama sebagai pembuka titir Naubat, tarus tu pehin² cheteria apa mengeluarkan pedang masing²
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
Naubat Iskandar, iaitu salah satu daripada tiga lagu Naubat Brunei. Ia jarang sekali didengar, kerana ia hanya dimainkan semasa Istiadat Pemasyhuran Pengganti Sultan dan Istiadat Perpuspaan. Kali terakhir dimainkan pada tahun 1968. Audio diambil dari Istiadat Perpuspaan 1951. Kedengaran Allahyarham Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Diraja Haji Awang Muhammad Yusof meneriak: "Sambah!", yang disahut oleh para hadirin. Beliau juga menggalas tanggungjawab ini ketika Istiadat Perpuspaan 1968. Dua lagi lagu Naubat Brunei adalah: lagu Naubat Biasa / Naubat Raja, yang dimainkan setiap hari sebelum waktu Subuh, Maghrib dan Isha'. Ini dengan syarat bahawa Sultan telah menjalani Istiadat Perpuspaan (Pertabalan) dan mengambil gelaran "Yang Di-Pertuan". Terdapat beberapa Sultan Brunei di zaman silam yang tidak berpuspa, seperti Al-Marhum Sultan Husin Kamaluddin (Al-Marhum Di Luba) dan Al-Marhum Sultan Muhammad Kanzul Alam (Pengiran Di-Gadong Ayah), maka Naubat tidak dititir sepanjang pemerintahan baginda berdua. Manakala lagu Naubat Ibrahim hanya dimainkan pada Istiadat Pemakaman Sultan / Raja Isteri seiring dengan penurunan jenazah untuk disemayamkan dalam liang lahad. Pada zaman dahulu, setiap titir akan diiringi dengan azan yang dilaungkan oleh 4 orang Mudim, supaya bunyi Naubat tidak kedengaran. Namun, adat memalu Naubat ketika Istiadat Pemakaman Diraja tidak lagi akan dijalankan, berikutan fatwa dari Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dr. Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz. Sebagai ganti, Naubat Ibrahim ini akan dititir di dalam istana, apabila lindungnya Sultan / Raja Isteri, dan ketika jenazah baginda diturunkan ke dalam liang lahad di Makam Diraja.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
Jurulaki yang memainkan titir Nakara pada Istiadat Perpuspaan 1951 ialah Allahyarham Jurulaki Awang Haji Metusin, sementara yang menitir Nakara pada Perpuspaan 1968 ialah Ketua Jurulaki Awang Haji Mohsin Bin Hj Puteh. Mengenai tempat menggantung Agong dan Chanang, pada Istiadat Menjunjung kurnia Gendang Jaga Jaga 1996 dan 2007, tempat menggantung Agong dan Chanang bewarna putih, mengikut warna Pengiran Bendahara yang mewakilkan pada pihak Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim dan Pengiran Anak Haji Khairul Khalil , namun lama2, dikeranakan cat warna putih itu mudah rosak, maka digantikan dengan gantungan Agong dan Chanang bewarna coklet.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
@Calaf1307, mengikut Journal Malcolm McArthur, Naubat Iskandar juga disebut sebagai "Alexander's Drum", dan mengikut journal beliau mengenai wawancara beliau dengan Jurulaki Awang Haji Metusin menyatakan bahawa Nakara pada Istiadat Perpuspaan 1951 ialah Nakara yang lama digunakan sejak zaman Sultan Jalilul Alam Aqamaddin ketika beliau menerima Nobat Diraja dari Negeri Johor Kamal-ul-maqam, ini bermaksud, Nakara yang digunakan pada Istiadat Perpuspaan itu ialah Nakara Nobat Johor yang lama, yang diperbuat dari kulit "tuma"(singa) yang asli, namun dikeranakan ia tidak relevan lagi di Brunei, maka sahap Nakara yang baru telah digantikan dengan kulit pelanduk (kancil). Naubat Ibrahim pula telah dimansuhkan oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah sendiri dikeranakan oleh Fatwa Mufti Kerajaan Brunei dahulu iaitu Mufti Hj Ismail Omar Abdul Aziz telah memfatwakan bahawa "Titir Naubat Ibrahim ketika Istiadat Pengebumian Diraja adalah bercanggah dengan agama, dan ditiadakan lagi kerana ia serupa dengan cara pengebumian orang bukan Islam". Namun penggunaan Gendang Arak Arakan dalam mengiringi perarakan Kemangkatan masih lagi dikekalkan, dikeranakan untuk memberi tahu rakyat bahawa layuan (jenazah) Sultan menuju ke Kubah Makam Diraja.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
Info menarik mengenai jumlah alat Gendang Jaga Jaga dalam suatu majlis yang bersesuaian: •Jumlah alat Naubat dalam suatu Istiadat Membuka Gendang Jaga Jaga selalu dinyatakan sebagai "sebuah Nakara, 4 buah Gendang Labek, 4 batang Serunai, 3 biji Chanang dan 2 biji Gong" atau "sebuah Nakara, 2 buah Gendang Labek, 4 batang Serunai, 3 biji Chanang dan 2 biji gong", jumlah dan tempat meletakkan alat2 ini tertakluk kepada Perayaan yang memerlukan Gendang Jaga Jaga itu, contohnya seperti bagi- 1. Istiadat Perkahwinan Diraja -Sebuah Nakara, 2 buah Gendang Labek, 2 batang Serunai, 2 biji Agong dan sebiji Chanang, (Agong dan Chanang ditempatkan di sudut sebelah kiri Peningkah Bawah) 2. Istiadat Perpuspaan Diraja -Sebuah Nakara bersaiz lebih besar daripada Nakara yang lazimnya digunakan (Nakara akan bertambah sebanyak 2 Nakara untuk Istiadat Menghadap Gendang Jaga Jaga Ke-Hadapan Majlis), 4 Buah Gendang Labek ditempatkan seakan bentuk lengkungan, 4 batang Nafiri [serunai besar] (dua pemain nafiri berdiri di belakang penggual Gendang Labek dan dua orang lagi duduk di belakang penggual gendang labek), 3 biji Chanang dan 4 biji Gong (Yang diletakkan bukan di Peningkah Bawah namun tepat di Peningkah Atas belakang para pegandang2) 3. Istiadat Pemasyhuran Duli Pengiran Muda Mahkota -Sebuah Nakara bertarak (berukiran) emas dan bertingkat 5, 2 buah Gendang Labek berukuran lebih besar 1 inci daripada Gendang Labek pada lazimnya, 2 batang nafiri (serunai besar) , 2 biji Agong dan sebiji Chanang (Letaknya sama seperti Istiadat Membuka Gendang Jaga Jaga sempena Perpuspaan Diraja iaitu di belakang para pegandang) 4. Istiadat Berkhatan bagi Putera Diraja / Istiadat Berkhatan dan Bertindik bagi Puteri Diraja -Sebuah Nakara, 2 buah Gendang Labek yang digual secara berdiri, 2 batang serunai, dua biji Agong dan 2 biji Chanang (Agong dan Chanang ditempatkan di sudut sebelah kiri Peningkah Bawah) 5. Istiadat Mengarak Wazir -Sebuah Nakara (Dibungkus kain yang bersesuaian mengikut warna wazir ; Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar -Kain bewarna putih dan bergaris kuning Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara (Pemangku Perdana Wazir) -Kain bewarna putih Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal -Kain bewarna hijau Pengiran Temenggong Sahibul Bahar -Kain bewarna biru Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah -Kain bewarna hitam 4 buah Gendang Labek, 4 batang serunai, 2 biji Agong yang menghadap ke depan (seperti chanang) dan sebiji chanang (Agong dan Chanang ditempatkan di belakang para pegandang di Peningkah Atas)
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
Mengenai 4 pemain Nafiri tersebut semasa Majlis Membuka Gendang Jaga-Jaga ketika Istiadat Perpuspaan Diraja, bagaimanakah urutan peniup? Adakah 2 pemain meniup Nafiri dalam satu masa? Untuk Pengiran Temenggong, kain berwarna merah Tuan.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
@@calaf1307 susunan tiupan serunai begini tuan: [3 biji Chanang] [4 Biji Agong] Peniup 1 Peniup 2 Peniup 3 Peniup 4 [G. Labek] [G.Labek] G. [Nakara] [G. La La Bek] bek] Titir Gendang Perang: (21 kali titir) (Titir 1 - 11) - Peniup nafiri 1 (Titir 12 - 21) - Peniup nafiri 3 Titir Gendang Alih-Alihan Tengah -Peniup nafiri 1 Titir Gendang Alih-Alihan Hujung -Peniup nafiri 2 Titir Gendang Perang penutup (20x titir (10 kali titir dengan Nakara dan 10 kali tanpa Nakara) (Titir 1-10) dengan Nakara- Peniup nafiri 2 (Titir 11-20) Tanpa Nakara- Peniup nafiri 4
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
@@calaf1307pada Istiadat Membuka Gendang Jaga Jaga sempena Perpuspaan Diraja 1968 ini pernah diceritakan dalam satu journal milik Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negeri Brunei pada ketika itu iaitu Arthur Robin Adair, yang dianggap beliau sebagai "bunyi yang paling digeruni beliau pernah dengar", :- "..As soon as the Head of the guardsmen drum (Ketua Jurulaki) pay homage (mengangkat sembah) to the Chief Manteri, he began to beat the silver goblet drum (Nakara), upon which were followed by the thunderous beatings of four (4) cylindrical drums (Gendang Labek), which were serenaded by the roaring rythms from the blowing of the nafiris, accompanied with the humming sounds of the gongs and chanangs, the city at the time were resonated with the continuous shot of royal cannons, it were the loudest ceremonial music since the trumpets played during the coronation of the Siamese King, it still gave me goosebumps today.." Dalam journal Arthur Robin Adair ini, beliau menyifatkan bahawa bunyi Gendang Jaga Jaga ketika itu sangat nyaring, berbanding Gendang Jaga Jaga sekarang, memandangkan ia menggunakan 4 batang nafiri, dimana pada suatu suku masanya 2 nafiri akan ditiup pada satu masa, manakala bagi jumlah mikrofon pada ketika itu, ada satu sumber menyatakan bahawa jumlah mikrofon ialah sebanyak 12 mikrofon, maka speaker perlu diletakkan di peningkah bawah menghala keluar Lapau untuk mengelak ketidak-nyamanan di kalangan hadirin.
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
@@HelmiAbdRahmanShah1756 mesti meremang bulu roma mendengar, sesuai dengan istiadat diraja Brunei yang paling penting. Memang sudah termaktub dalam adat memalu Nobat mana-mana negeri, bahawa bunyi guruh itu perlu ada, kerana ia bertujuan untuk memberikan gambaran mengenai kekuasaan dan kedaulatan institusi diraja. Menariknya, penulisan beliau tentang bunyi Nobat Diraja menunjukkan satu penghargaan tentang adat Melayu ini - jarang kita akan dapat baca dari penulisan orang Barat dari zaman tersebut ataupun yang sebelumnya (kecuali Tuan Haji Mubin Sheppard yang mengambil minat yang sangat mendalam akan perihal Nobat ini) Kerana adjektif-adjektif yang sering dikaitkan adalah "pelik", "aneh", "meraung", "sumbang". Ketika pasukan Nobat Diraja Kedah membuat persembahan di London (1987) pun, ada ulasan menulis: "Bunyinya tebal dan satu dimensi: Nahara dipalu dengan berulang-ulang kali, manakala [Gendang Anak dan Ibu] dipalu dengan kayu dengan cara menyabit. Irama dari Serunai pula berliku-liku. Kedengaran dari masa ke semasa, bunyi Nafiri yang dikatakan suci itu - nadanya naik dan turun seperti panggilan burung merpati. Gong pula, ataupun tawak-tawak, menghasilkan bunyi yang pudar." Dapat rasa bahawa penulis memberi gambaran yang beliau tidak berapa menyukai persembahan tersebut (Lagu Belayar, Perang dan Gendang Anak). Mungkin penulis tidak sedar bahawa muzik Nobat ini bukanlah bertujuan untuk hiburan.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
@@calaf1307 ya, ketika itu pun Nobat Diraja Kedah masih menggunakan irama Nobat lama, jika kita orang Melayu mendengar bunyi Nobat Diraja tidak kira Naubat Brunei, Nobat Diraja Terengganu, Nobat Selangor, Nobat Perak apalagi Nobat Kedah, saya sendiri orang Brunei mendengarkan rekaman lama pun meremang, meremang tu sebab bunyi nafiri, tapi kadang orang luar menyifatkannya sebagai "muzik hiburan", padahal muzik itu disifatkan sebagai "Penguat Daulat" Sultan empunya Nobat, di Brunei, terdapat kepercayaan bahawa jika Naubat Diraja (Terutama lagu Iskandar) didengari oleh rakyat, akan muncul perasaan taat sembah terhadap Sultan, begitu juga dengan orang2 British yang dilantik sebagai wakil dan pembesar negara mereka di Brunei ni, namun mereka hanya akan merasakan gahnya naubat itu jika: 1. Beliau merupakan penasihat Sultan yang setiap hari mendengar Naubat Biasa di Istana itu (residen British pada zaman Sultan Abdul Momin pernah menjadi penasihat baginda) 2. Beliau dikurniakan bintang kebesaran, bintang kebesaran selalunya dipercayai mempunyai "aura"nya yang tersendiri, bermaksud ia bukannya perhiasan semata2, salah satu sumber buku adat Brunei ada menyatakan: "Dalam suatu pingat atau bintang kebesaran, ianya bukan sekedar perhiasan pada persalinan (seragam), namun ianya juga sebagai "penyelamat" atau "pemelihara" seseorang yang datang ke Tanah Brunei supaya ia tidak ditimpa "Daulat" dalam negeri ini." Oleh itulah Bintang Kebesaran selalunya dianugerahkan pada zaman Sultan Omar Ali Saifuddien diiringi dengan paluan Naubat Sultan Berkat (Sekarang Gendang Arak-Arakan), namun sekarang tidak lagi diamalkan pada setiap hari keputeraan baginda Sultan dikeranakan ruangan Balai Singgahsana Indera Buana yang tertutup, lain halnya seperti Balai Singgahsana Istana Darul Hana, tingkap istana itu terbuka, maka bunyi naubat akan kedengaran keluar dari istana daripada hanya kedengaran lebih nyaring dalam Balai Singgahsana.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
Info mengenai persalinan/seragam Jurulaki & Ketua Jurulaki: •Suatu ketika dahulu, pakaian Jurulaki dan Ketua Jurulaki ialah sama, iaitu baju cara Melayu bewarna putih dengan songkok. •Pada ketika Istiadat Bertindik dan Berkhatan Diraja bagi Pengiran Anak Puteri Pengiran Anak Hajah Masna, pakaian Ketua Jurulaki/Jurulaki serta pegandang2 telah ditukar menjadi cara melayu bewarna hitam. •Pada ketika Istiadat Perkahwinan diraja Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah dengan Pengiran Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Jurulaki akan mengenakan cara melayu hitam dan songkok digantikan dengan tanjak bewarna hitam sama dengan reka bentuk tanjak awang2 pembawa sinipit dan taming sekarang, manakala Ketua Jurulaki akan mengenakan cara melayu hitam yang sama cuma bersampin, berarat (bengkung) dan tanjak bewarna seakan ungu kemerah2an. •Pada ketika Istiadat Perpuspaan Diraja bagi KDYMM pada 1968, Jurulaki akan mengenakan seragam hitam serta tanjak dan bengkung bewarna maroon sama dalam video ni, mereka itula Jurulaki sementara Ketua Jurulaki yang menitir Nakara iaitu Ketua Jurulaki Awang Haji Mohsin bin Puteh mengenakan seragam baju cara Melayu begulambir (seragam yang mempunyai kain bergantung pada bahagian cekak/collar) merah dengan tanjak, samping dan bengkung bewarna ungu. Pada ketika itu jugalah, para Panglima2 serta Hulubalang2 mula mengenakan pakaian yang sama, sebelum itu, para hulubalang mengenakan seragam hitam begulambir.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
Pemilihan bagi Jurulaki dan Ketua Jurulaki:- Jurulaki: Diambil dari kalangan pegandang yang meniup serunai selama kira2 7-8 tahun, atau tiupan serunai itu merdu, maka ia akan dijadikan jurulaki. Ketua Jurulaki: Diambil dari kalangan Jurulaki yang telah memasuki umur 60 tahun (menerima pencen tua).
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
Susunan atur cara majlis Istiadat Membuka Gandang Jaga Jaga sempena Perpuspaan Diraja bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah 1968:- -Kehadiran para tetamu khas, para duta2 besar istimewa dan mutlak luar negara, para Manteri2 bertauliah serta orang2 kenamaan. -Kemasukan Pengiran Orang Kaya Di-Gadong -Kemasukan awang2 yang membawa dian, bintang petian dan tikar namat bewarna gadong(hijau). -Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Hashim ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman mengangkat sembah ke-hadapan majlis Pengiran Orang Kaya Di-Gadong selaku wakil Sultan bahawa Istiadat Membuka Gandang Jaga Jaga sempena Perpuspaan Diraja selamat sedia untuk dilaksanakan. -Setelah mengangkat sembah, Pengiran Bendahara Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Hashim lalu mem-beri isyarat kepada Ketua Jurulaki Awang Haji Mohsin bin Puteh serta pe-gandang2 yang lain yang masuk ke dalam majlis mem-bawa lapik 2 buah Nakara, 4 buah Gendang Labek, 4 batang Serunai, 2 biji Agong dan 3 biji Chanang. -Pengiran Orang Kaya Di-Gadong menyabdakan kepada Pengiran Bendahara Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Hashim untuk memulakan Istiadat -Ketua Jurulaki Awang Haji Mohsin bin Puteh ber-jalan di pelaluan sebelah kiri untuk mengusung Nakara lalu ber-jalan mem-balah majlis untuk menyertai para pe-gandang2 yang lain. -Ketua Jurulaki Awang Haji Mohsin bin Puteh mengatar Nakara diikuti gualan gandang labek, tiupan serunai, dan gualan Agong dan chanang, disertai dengan tembakan meriam sehingga 21 das. -Doa Selamat dibacakan oleh Pehin Dato seri Maharaja Dato Seri Setia Awang Haji Ismail Omar bin Abdul Aziz , Mufti Kerajaan Brunei -Setelah majlis Istiadat Mem-buka Gandang Jaga Jaga selesai, Pengiran Orang Kaya Di-Gadong menyabdakan supaya para Pe-gandang2 menuju ke Istana Nurul Iman untuk menyembahkan Gandang Jaga Jaga ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan. (majlis di-tutup) Atur cara Istiadat Menyembahkan Gandang Jaga Jaga Hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah di Istana Nurul Iman -Kemasukan para jemputan2 di Balai Singgahsana Kecil di Balai Indera Kenchana, Istana Nurul Iman. -keberangkatan masuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Sir Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, mewakili KDYMM. -Pengiran Bendahara Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Hashim menyembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Sir Haji Omar Ali Saifuddien bahawa Istiadat Menyembahkan Gandang Jaga Jaga di hadapan Majlis sempena Perpuspaan Diraja bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah selamat sedia dilaksanakan. -Ketua Jurulaki Awang Haji Mohsin bin Puteh meng-usung Nakara dari Lapau memasuki Majlis dengan para pe-gandang2 yang membawa gendang labek, serunai ke dalam majlis. -Pengiran Bendahara Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Hashim menjunjung Anugeraha dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Sir Haji Omar Ali Saifuddien supaya Istiadat Dimulakan. -Jurulaki Awang Haji Morshidi mengangkat sembah untuk membalah majlis untuk mengambil Nakara berkain kuning yang mewakilkan Pengiran Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha yang tersenja di Pataratna Kechil lalu mengusungnya untuk menyertai Pegandang2 yang lain. -Ketua Jurulaki Awang Haji Mohsin mengatar Nakara Sultan diikuti oleh titir Nakara Raja Isteri yang digual oleh Jurulaki Awang Haji Morshidi diikuti gualan gendang labek, tiupan Serunai oleh Jurulaki Awang Haji Duraman dan gualan agong serta chanang. -Doa Selamat Dibacakan oleh Mufti Kerajaan. (Majlis Ditutup)
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 6 месяцев назад
Ada 4 buah Gandang Labek, apabila sampai pada titir Gendang Perang penamat, maka 10x titir dua buah Gandang Labek betul² sebelah kanan dan kiri Nakara akan ikut digual mengikut dgn Nakara, begitu juga dgn dua gandang labek yng labih ujung sebalah kanan sama kiri, maksudnya sini semua digual, namun apabila sampai pada titir ke 11x, iaitu apabila Nakara beranti dititir dgn gandang labek, maka gandang labek yng jauh sedikit di kiri kanan akan masih digual, manakala dua buah gandang labek di kiri kanan yng dakat dgn Nakara akan beranti digual, dlm Istiadat ani, 3 Chanang dan 4 biji agong digual, namun apabila sampai pada titir ke-11, hanya 1 chanang dan 2 biji agong sahaja yng digual..
Далее
Nobat Kedah (2023): Lagu Belayar
3:03
Просмотров 3,5 тыс.
Majlis Tabal Adat DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV
32:23
Istiadat Menjunjung Duli Raja Muda Selangor
7:19
Просмотров 56 тыс.
Nobat Diraja Terengganu (2019): Lagu Palu-Palu Melayu
2:58
"NOBAT" - Ancient Malay War Song (800years)
3:18
Просмотров 26 тыс.
The Nobat Song | Kedah | MALAYSIA
3:19
Просмотров 85 тыс.
Coronation Of A Sultan (1960)
1:03
Просмотров 187 тыс.