SASMEC @IIUM MEGA HEALTH FIESTA 2023 2.0
#IIUM40
#MHF2023
Assalamualaikum w.b.t.
Sempena sambutan ulangtahun Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-40, Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM (SASMEC @IIUM) ingin menjemput semua warga IIUM untuk memeriahkan 'SASMEC @IIUM Mega Health Fiesta', karnival kesihatan mega yang julung kali diadakan di IIUM!
Antara aktiviti menarik yang akan dijalankan sepanjang program ini termasuklah:
🔍 Pelbagai saringan kesihatan PERCUMA seperti pemeriksaan mata, gigi, pendengaran dan kesihatan mental
🚑 Ketahui tips kecergasan dan kesihatan kaum lelaki daripada personaliti terkenal Kevin Zahri dan Dr. Ismail Tambi
🕌 Menyumbang kepada Tabung Al-Ihsan, sebuah tabung amal untuk para pesakit melalui Jualan Amal
📽️ Pertandingan video TikTok berunsurkan kesihatan terbuka kepada semua warga IIUM
🎁 Dan Cabutan Bertuah - peluang anda untuk memenangi lebih 40 hadiah lumayan!
Layari laman kami untuk maklumat lanjut: megahealthfiesta.sasmec.edu.my
Temui kami di IIUM Cultural Centre, IIUM Gombak pada hari Isnin, 30 Oktober 2023 jam 9 pagi sehingga 5 petang. Jumpa anda di sana!
#SASMECIIUM
#HelpingHandsWithLovingHearts
19 окт 2023