Тёмный

Soto yang sangat sedap dengan nasi impit yang lembut 

Azlita Masam Manis
Подписаться 80 тыс.
Просмотров 373 тыс.
50% 1

Semalam sempat sediakan soto untuk juadah berbuka puasa. Soto adalah makanan kesukaan ita dan keluarga juga. Kalau bulan puasa dan hari raya tak sediakan soto rasanya macam tak lengkap je..
Memasak soto ni tak lah susah sangat tapi penyediaan bahan-bahannya yang mengambil masa yang agak lama.
Kali ni ita masak mengunakan rempah asli. Biasa ita guna rempah soto.. tapi tidak untuk kali ni , sebab mana tau ada yang nak buat tak ada rempah soto tak jadi pula nak buatkan..
Rasanya soto ini makanan yang popular di selatan tanah air je.. sebab bila ita ke pantai timur orang di sana tak pandai makan soto ni..
Kalau di Johor soto juga di jadikan juadah untuk sarapan pagi.
Soto bukan sahaja boleh di makan dengan nasi impit, malahan enak dan sedap di makan bersama mi hoon dan mee kuning. Kalau tanya ita semua ita suka.. asal namanya soto
Nasi impit kali ini ita buat sendiri. Selalu beli je yang NONA atau Adabi. Tapi ada kala tak berapa sedap tu yang ita buat sendiri je nasi impitnya..
Ok jom ikut kak ita masuk dapur dan kita memasak soto
SOTO
Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
2 batang serai
1 inc lengkuas
Bahan Tumis dan Rempah
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
* dua bahan di atas di sangai tanpa minyak
2 sudu besar serbuk lada sulah atau lada putih
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
4 biji pelaga
Bahan lain
1 ekor ayam ~ potong 4
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 kiub ayam
* cara memasak rujuk video ya
BEGEDIL DAGING
2 biji kentang
250 gm daging cincang
2 biji telur
1/2 cawan bawang goreng
daun sup dan daun bawang ~ di cincang halus
2 sudu teh lada sulah
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk meggoreng.
* cara masak rujuk video ya
Resepi nasi himpin ni sukatan bergantung pada jenis beras ya sebab ada beras yang kena banyak air ada yang kurang air, jadi semuanya bergantung pada beras
NASI IMPIT
3 cawan beras
6 cawan air
sedikit garam
* cara masak rujuk video ya
SAMBAL KICAP
15 tangkai cili padi
6 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar kicap masin
secubit garam
3 sudu besar gula melaka yang di hiris
2 biji limau kasturi
* cara buat rujuk video
#stayathome
#salamramadhan
#juadahberbuka

Опубликовано:

 

27 апр 2020

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 220   
@apah1336
@apah1336 2 года назад
Kenapa baru jumpe sekarang.. kak mintak halal ye resepi nye ye.. semoga asbab resepi ni akak dan sekeluarga dilindungi dan disekeliling orang yg baik²..
@RosmawatiRose
@RosmawatiRose 4 года назад
Penyediaan yg mudah simple senang dikuti dengan video menarik..rasa nasi himpit lembut kuahnya yg padu dan cili rindu bg mnyedapkan lagi aroma soto.
@arshikin
@arshikin 4 года назад
Terima kasih Azlita untuk resepi homemade diy soto. Saya cuba dan jadi. Saya dah tak beli lagi rempah ready made soto. Senang je rupanya buat soto...Terima kasih atas resepi yang ikhlas tak tipu, bila cuba ia jadi. Terima kasih Azlita!
@iis_iis
@iis_iis 4 года назад
Enak masakannya dan cara persembahan yang cukup sempurna mudah diikuti dengan langkah demi langkah pembuatan sesuatu resepinya. Terimakasih untuk perkongsian resepi yang lengkap ini. Pasti dicuba setiap resepinya.😋😋👍👍👍
@tiaramorsidi149
@tiaramorsidi149 Год назад
I’ve made this today (7th Ramadan 1444) alhamdulillah rasanya sedap. Thanks for sharing ❤
@androidid647
@androidid647 Год назад
Syukur Alhamdulillah Tkasih ya Bunda resepi nya ... Semoga sangat bermanfaat 🤲🙏
@zaharahzaharah2498
@zaharahzaharah2498 2 года назад
Tkasih share resepi soto
@suararakyat2468
@suararakyat2468 4 года назад
Aduiii..sedapnye soto. Soto johor memang terbaek
@mohamadnor3671
@mohamadnor3671 Месяц назад
Orang kita pumya kelebehan tak lupa basmalah dlm hati....mmg sedap ...
@kasiahmahmood6468
@kasiahmahmood6468 4 года назад
Dapai hirup kuah soto panas2 terutama waktu hujan ni sedapnya
@MyNazlee
@MyNazlee 4 года назад
Masya Allah Kak Ita, saya dah cuba resipi puan ni, sedapnya, seluruh keluarga saya suka. Tkasih atas tunjuk ajar puan, semoga Allah limpahkan rahmatNya ke atas puan
@asiahismail7870
@asiahismail7870 2 года назад
B uh kueh bangkit
@ruslinmasrum9342
@ruslinmasrum9342 2 года назад
Sedap sangat alhmdulillah
@Oni_is_not_oni
@Oni_is_not_oni 2 года назад
@@ruslinmasrum9342 LP LP
@dapurmakuteh1421
@dapurmakuteh1421 4 года назад
Sedapnya...memg terbaik resepi soto dan nasi impitnya..
@aziahaziz2496
@aziahaziz2496 4 года назад
To long ber resepinyan
@syaraf4naa
@syaraf4naa 4 года назад
Alhamdulillah kak ita, lepas tgk video kak ita bab masak n deco buat saya semangat nk mula masak n kemas rmh . saya ni tak selalu masak n kemas rmh🤭. Rajin sgt terima kasih kak ita cara kak ita masak so simple mcm senang aje...love u kak🥰
@PhilTravel
@PhilTravel 4 года назад
sedapnya. salah satu mkn kegemaran saya juga
@fatihahadnan803
@fatihahadnan803 Год назад
😍😍😍😍.. Alhamdulillah Sy dah try,n setiap Kali buat soto,Sy mmg akn guna resipi ni.. Mmg sedap.. Trima kasih puan ita ... Jazakallah hukhairan..
@neffostplink4666
@neffostplink4666 4 года назад
Tgok tau tu nsi impitnya lmbut.npak sdap and myelerakan...
@nurreffa
@nurreffa 4 года назад
Editing skill ✓ Very satisfying to watch
@sewyangbock2939
@sewyangbock2939 4 года назад
Pn. Mengajar cara vy detail n memang tiada hidden steps. N best sekali semua masakan diy. Tq
@jssm4422
@jssm4422 4 года назад
Very nice. I prefer like this and not having to listen to the bantering of so called chefs. Thank u for ur videos. Very soothing and calm to watch
@elisyasandra5543
@elisyasandra5543 3 года назад
Macam tgk drama pendek dgn hasil yg menarik 👏👏 terima kasih resepinya
@mekrose367
@mekrose367 4 года назад
sedap soto nie....ank2 kecik pun suka
@sitisapiah2219
@sitisapiah2219 4 года назад
Terbaik..begitu cermat utk menghasilkan juadah yg memang enak..Sy suka cara pembikinan yg puan lakukan..Tq share ilmu
@sweetcandy6137
@sweetcandy6137 4 года назад
Alhamdulillah saya da cuba buat soto ayam nasi impit dan begedil ikut resepi Puan buat buka puasa.... Menjadi keluarga suka sgt. 😊👍
@lestaribudi3431
@lestaribudi3431 4 года назад
mampir dan subscribe channel youtubeaq juga ya kak
@maznahabdullah7212
@maznahabdullah7212 4 года назад
Tks.atas resepi nya.nampak sedap & menyelerakan.
@herrys6752
@herrys6752 2 месяца назад
soto malaysia dan soto indnesia lain sikit, tapi dua dua sedap. I like both
@abdwahabbintaibtaib6586
@abdwahabbintaibtaib6586 4 года назад
Masak memasak dan cara menyediakan nya adalah seni kreatif yang memahami nya Terima kasih....
@maryyusof6758
@maryyusof6758 2 года назад
Blog masakan Azlita terbaik...lain dari yg lain...teruskan dlm mghasilkan video2 yg fresh dan menarik👍👍👍👍👍
@AzlitaAzizMasamManis
@AzlitaAzizMasamManis 2 года назад
Alhamdulillah terima kasih 😍🙏❤️
@whodalala
@whodalala 3 года назад
Puas hati tengok 😍 great job puan
@bahasamelayuperkasadna2873
@bahasamelayuperkasadna2873 4 года назад
Penerangan yg sangat jelas👍🏻❤️
@ummulkhairi875
@ummulkhairi875 4 года назад
Sy dah Cuba resepi ni.. mmg sedap
@zainahmat9134
@zainahmat9134 4 года назад
Nampak sangat sedap dan menyelerakan
@rokiahhcm1905
@rokiahhcm1905 3 года назад
Terbaik u. Betoi2 resepi penuh. Inilah soto yg ibu2 kita masak. Bukan sortcut2. Tq
@otmann1962
@otmann1962 4 года назад
Love watching you cook 👩‍🍳
@herrys6752
@herrys6752 2 месяца назад
terima kasih resep nya, dulu, sy biasa makan soto, dkt KLCC, ada bangunan office lama, kat ground fl. hadap jln ampang, ramai orang makan kat situ, sy suka video nya kak terima kasih
@tigaberadikgeelicious
@tigaberadikgeelicious 4 года назад
Kak Ita, tq for the recipe, senang nya kak ita buat nasi impit..
@norihaahmad5300
@norihaahmad5300 4 года назад
Rasa teruja sangat2... Penyediaan yg terbaik...kemas teratur....suka sangat tengok video kak eta...❤❤
@lestaribudi3431
@lestaribudi3431 4 года назад
mampir dan subscribe channel youtube aq juga ya kak
@DapurBiru
@DapurBiru 4 года назад
Sedapnyaaa
@mayakhayla
@mayakhayla 4 года назад
Suke tgk akk buat keje..kemas dan teliti sgt..
@anneanandan8131
@anneanandan8131 4 года назад
Thank you aka.saya suka sgt dng resepi aka.simple dan senang aje cara nak buat.❤❤💪💪👍🙏
@badin6594
@badin6594 4 года назад
Selera Johor... Terbaik
@dapuribueryna8991
@dapuribueryna8991 4 года назад
😍 love dengan resepi kak ita..
@dapuribueryna8991
@dapuribueryna8991 4 года назад
Tiap kali nak cari idea nak masak, mesti jengok blog kak ita ni, lagi senang tgok Chanel kak ita.. Je..
@CTSal
@CTSal Год назад
Video nye sgt natural...nice presentation..satu persatu tunjuk cara memasak soto. Thank u Azlita for sharing the recipe.😊😙
@mingkalli1716
@mingkalli1716 4 года назад
OMG, from start to finish, this was the way my mother prepared, Soto. I have yet to see that perkedel is made of fried potato sliced, the way my mother made them.
@lee9633
@lee9633 4 года назад
Nmpak sedap...😋
@shikinsaerah
@shikinsaerah 4 года назад
Yeay. Buat nasi impit sendiri. Boleh tiru utk raya nt. Tqvm kak ita 😍😍😍
@ahbee37able
@ahbee37able 2 года назад
A good recipe for us to follow whenever we want to cook soto. I will treasure this recipe. Thank you.
@hamidahwahab50
@hamidahwahab50 4 года назад
Persembahan yg sungguh menarik, kemas dgn hasil yg menyelerakan.. Tahniah👍
@zabarinaahamad5075
@zabarinaahamad5075 4 года назад
Hi K Ita, So sorry as I just discovered your complete recipe ... Appreciate this recipe... Keep Up the Good work !! Love your postings.
@nadnad2043
@nadnad2043 4 года назад
Td bukak pose dgn soto,terbaik resepi kak ita👍👍👍
@ellaismail83
@ellaismail83 4 года назад
Aduh kak sedapnya 😋
@hussainmohd7350
@hussainmohd7350 Год назад
Cik Azlita betul,betul jujor dan iklas cara tunjok kan masakan
@farisraisrais5290
@farisraisrais5290 4 года назад
Renyahnya buat Soto ni hmmm beli je la senang ngap terus
@nurrashidah3516
@nurrashidah3516 3 месяца назад
😅saja pun!!!.
@munirahsakinah2629
@munirahsakinah2629 4 года назад
Assalamualaikum kak..tq for sharing the resepi..nampak sedapp nyaa..nk cuba buat la..mak n bapak saya suka nii..hehe..
@MamaNurizzmil
@MamaNurizzmil 4 года назад
Thank you Kak Ita... Dari blog hingga ke youtube saya follow akak😍😍.. Macam2 resipi akak saya dah cuba..🥰🥰
@salimahsuri404
@salimahsuri404 4 года назад
Sedaap soto tu,especially when you cook bahan2 all from raw,tu jdi bumbu soto nyer.And nasi himpit bila dh siap,memotong nyer ngan benang,long time saya tk nmpk org bt cmtu.Puan cara anda memasak dtg kn inspirational utk wanita2 lain membuat nyer,just like you.I like it alot.Btw,Salam Ramadan to you n family too.Thank you,for sharing de recipes.😊🤗🌹
@nurfarahzura6570
@nurfarahzura6570 4 года назад
Maknsy buat nasi impit balut dgn daun pisang. Harap raya nanti dapat balik rumah. 🤭
@dimple4938
@dimple4938 2 года назад
🎀💝Salam Pn Azlita ... Aunty just subscribed video ... terbaik resipi soto serta selamat berkarya ...
@hidayahrahmat8280
@hidayahrahmat8280 4 года назад
Hari ni buat yeayy😊😍
@zubaidahshariff2949
@zubaidahshariff2949 4 года назад
Hayal btul tengok cara awk buat kerja teratur kusus💕
@poziahothman4335
@poziahothman4335 4 года назад
Thanks for sharing with me 😋 😋😋 😋
@susisuryawati7749
@susisuryawati7749 4 года назад
Waduh enak banget bunda,tapi tak pakai suun ke,yg prnting mantap la,trima ksih resep nasi inpit nya
@mariamomar5600
@mariamomar5600 4 года назад
sedap nya izin kan saya menbuat recepi ini. terima kasih.
@tahajudku7945
@tahajudku7945 4 года назад
Susahnya mak aii ... tapi tentu hasilnya berbaloi dgn usahanya .
@seleraexoticademanc4187
@seleraexoticademanc4187 4 года назад
Terbaik dari @ AzlitaAziz. Soto & nasi Impit berpisah tiada. Tak lengkap tanpa salah satunya. Penggemar tegar masakan Soto & nasi Impit ni #SeleraExoticadeManc
@nurrashidah3516
@nurrashidah3516 2 года назад
Salam.terima kaseh dapat resepi dari puan.keluarga saya amat suka. Muga puan maju jaya.di limpahi rezki dariAllah. Alhamdulillah.
@AzlitaAzizMasamManis
@AzlitaAzizMasamManis 2 года назад
Aminn... Alhamdulillah 🤲🏻
@neffostplink4666
@neffostplink4666 4 года назад
Tq share you resipi...
@noneyyyyy721
@noneyyyyy721 Год назад
Camporan rempah soto ado kak sygg❤❤❤😂
@katakamusinggris1872
@katakamusinggris1872 4 года назад
Mantap.....Maknyus, Pasti enak.👍👍 Wes lengkap semoga bermanfaat dan sukses selalu, Amin.....
@ariefhazmi3948
@ariefhazmi3948 4 года назад
Wow..sedap ni
@hajarlisa7136
@hajarlisa7136 3 года назад
Saya follow blog KakIta klu nk masak, especially resepi kek sarang lebah dan kek buah yg dh jadi tradisi stp kli nk raya.. Baru je tahu kakIta ada RU-vid kemaren.. Lambat nya saya. Apa2 pon suka sgt dgn hasil KakIta 😘😘😘 terima kasih kak for sharing #sayatakpernahnakkomendalamyoutubesiapa2ya
@TeaoPanas
@TeaoPanas 4 года назад
Sedapnyaa dear😋
@anakbujangmakabah
@anakbujangmakabah 4 года назад
👍👍👍👍👍terbaik puan
@kairoonisarahim9309
@kairoonisarahim9309 3 года назад
Wow so good,Suka lah video awak tenang smpi habis Saya tngk 🌹👌
@tengkumohdshahril3354
@tengkumohdshahril3354 2 года назад
One of my feveret youtube channel👍🏾love terok from all aspects
@CorneytoChannel
@CorneytoChannel 4 года назад
Sedap ni kak...teringat mak angkat masakkan soto ni dulu...pergghhh...teringin pulak rasanya...terima kasih dgn perkongsian ni...singgah...
@KhairulkharExplorer
@KhairulkharExplorer 3 года назад
Video sempoi puan. Tahniah.
@MyNazlee
@MyNazlee 4 года назад
I love your videos puan. It's so soothing and calming. Thank you for not putting on loud music on your videos
@norehanlong8956
@norehanlong8956 Год назад
Masak ambil masa, makan sekali kejap je abis.
@ikmalreza2009
@ikmalreza2009 Год назад
@@norehanlong8956 p0ppppppppp0pppo pop ppp0pp pop pippippppppppo99l
@dapurnyumai1223
@dapurnyumai1223 4 года назад
Salam & selamat berpuasa Sis, memang terbaik la resepi soto & nasi impit.
@maznahbasir3517
@maznahbasir3517 2 года назад
Terima kaseh resepi ...menarik & sempurna walau x de sound ...muga aslita terus maju dgn lain2 resepi ..salam bahagia utk mu
@AzlitaAzizMasamManis
@AzlitaAzizMasamManis 2 года назад
Terima kasih byk2 🙏❤️
@khairulkidut5920
@khairulkidut5920 2 года назад
Terbaik sis😘
@ummumuneeb5222
@ummumuneeb5222 2 года назад
Good job..i love it
@zabarinaahamad5075
@zabarinaahamad5075 4 года назад
Hi! I really liked your presentation as it was great to know n see how it is done step by step But it could be more better if you could state the name of the herbs used for not many is familiar or know... Tq.
@Razalipuchong
@Razalipuchong 4 года назад
macam sedap
@hafizuddinhassanbasri7435
@hafizuddinhassanbasri7435 4 года назад
Terbaik resipi soto ni..tahniah👍👍👍👍💜🧡.terima kasih sudah share Jom singgah ke dapur kami
@dapurberlin5451
@dapurberlin5451 4 года назад
Terima kasih Puan share resepi dapat la kami di perantaun ni masak sedap².. 😍
@lestaribudi3431
@lestaribudi3431 4 года назад
mamoir dan subcribe channel youtube aq juga ya kak
@najihahmatnot2158
@najihahmatnot2158 4 года назад
very delicios.
@adibahsulaiman6842
@adibahsulaiman6842 4 года назад
Kan dah kata...saya rasa ada bersama di dapur tu..💚💚💚
@saadiahharun6748
@saadiahharun6748 4 года назад
T kasih npk sedap
@muhammadshabil4071
@muhammadshabil4071 4 года назад
Terbaik kak..👍👍.tapikan jika akak tambah suhun goreng,tambah best tu.
@aad8513
@aad8513 4 года назад
Nice presentation with yummy food... very creative... for sure ur nasi himpit ver soft n easy for the kuah soto diffuse into it, blended with the ingredient... speecless when eating it.. just phenomenon... thanks n congrate kak ita🤗👍
@mohdsamsul204
@mohdsamsul204 2 года назад
Salam kak ita... mntak buat video msak rendang tok... lama x mkn rendng tok
@sitiradziah4396
@sitiradziah4396 3 года назад
terimakasih
@nadnad2043
@nadnad2043 4 года назад
Terbaik lah akk!!!! First time tgk potong ns himpit guna benang😃
@BersihMalaysiaku
@BersihMalaysiaku 3 года назад
Mak saya pun potong nasi himpit pakai benang. Tenang je tgk video ni.
@SunduWotikDiarySundu111
@SunduWotikDiarySundu111 3 года назад
Mantap
@zalihazainuddin9581
@zalihazainuddin9581 4 года назад
Very good sharing azlita
@fadilahidris898
@fadilahidris898 4 года назад
Terima kasih kak 😊
@TheSweetbird22
@TheSweetbird22 4 года назад
kak Azlita... boleh share resipi lontong kering... tq
@nikhnikm4602
@nikhnikm4602 4 года назад
Salam Ramadhan kak Ita. Dari zaman blog masam manis saya follow. Kat youtube ni lagi puas menontonnye. Video kak Ita buat saya nak bangun buat kerja dapur elok2. Akak potong bawang pun nampak therapeutic 😂😂
@aziahaziz2496
@aziahaziz2496 4 года назад
9
@MyNazlee
@MyNazlee 4 года назад
Kan? Therapeutic is the word to describe Kak ita's videos
@zainiabdullah621
@zainiabdullah621 2 года назад
Belilah pisau yg high carbon steel sikit Che'Kak. Rempah Soto dan Rempah Sup tidak ada bezanya dalam segi bahan Jangan lupa Chicken Cube Knorr atau Maggy. Kalau bikin Begedil jangan lupa juga letak serbuk Nutmeg sesudu teh.
@suree4581
@suree4581 Год назад
Cara dia lain dari yg lain.
@fatimahaini4274
@fatimahaini4274 4 года назад
Terima kaseh Nak.semua awak ajar teliti saya faham.your soto bagus.❤
Далее
Resipi Nasi Minyak
14:56
Просмотров 197 тыс.
🎙СТРИМ на 4 МИЛЛИОНА🍋
3:12:45
Просмотров 1,3 млн
Угадай МОБА 1 🥵 | WICSUR #shorts
01:00
Просмотров 1,3 млн
Soto ayam mudah sedap
15:03
Просмотров 49 тыс.
Asam Pedas dan set untuk hidangan makan tengahari
14:05
NASI AMBENG WARISAN JAWA
4:56
Просмотров 19 тыс.
Lontong sedapnya menu sarapan pagi
9:30
Просмотров 159 тыс.
Bihun Soto Ayam dimusim hujan.
8:55
Просмотров 237 тыс.
Mee Badung Muar Asli memang sedap!
14:00
Просмотров 161 тыс.
KUAH SOTO  DAHLIA'S KITCHEN
5:46
Просмотров 200 тыс.
🎙СТРИМ на 4 МИЛЛИОНА🍋
3:12:45
Просмотров 1,3 млн