Assalamualaikum. Motor SYM VF3I minyak hitam x cukup 1L, sebab tu, bila tukar gear 'bergegar.. kita kena tambah sikit lagi 1.1L atau 1.2L baru gear tu kurang bergegar bila nak tukar.
Assalam bang. Nk tanya sy pakai espada hyperclutch. Bila tarik nk masuk gear 1, ada bunyi bersiul. Lepas clutch takda bunyi. Gear seterusnya bilantarik dah xda bunyi siul. Mnlmg normal mcm tu ka pakai hyperclutch?
bos... vf sy tukar hyper tobaki, plate vf tobaki, iron plate lc135/y125z tobaki... tp susah nk free gear... kena tekan kasar dgn kaki... kdg2 kena off enjin dlu bru boleh free gear... stress mcm nak tukau std balik... agak2 ape problm ye? ke kne pakai clutch plate jenis y125z? ke mmg same tebal/bentuk plate dua2 tu?
Betul Tuan. Banyak model dan brand hyperclutch yg dah boleh pasang. Cuma pomen kena pasang betul2 dan check getah damper sebelum pasang. Kalau tak akan jadi jerk.
Wa'alaikum salam.. Kalau nk tukar sebelum 3k tu lebih baik. Sebab lagi lambat kita tukar, lagi kurang kualiti minyak yg tinggal dalam enjin. Jadi risiko lebih tinggi kepada enjin. Sama mcm kita goreng ayam. Minyak baru rasa sedap. Bila dah gorang 10 kali sampai minyak hitam, ayam pun akan rasa hangit dan tak sedap. Ada kala tak boleh makan langsung. Begitu juga dgn enjin motor kita. Harap penjelasan saya memenuhi soalan Tuan.
Wa'alaikum salam.. Kena check pelampung takut stuck. Sebab indicator minyak bergantung pada paras pelampung di bahagian tank. Jangan buka fuel pump. Buka yg satu lagi tu. Itu pelampung.
Assalam boss, sebelum saya start motor battery voltage motor saya 12.4 , tapi bila bawak jadi 15 , orang kata kalau lebih 14.5 bahaya, betul ke? , kalau betul apa akibatnya dan apa perlu saya lakukan? Sama ada perlu FID atau tukar battery?, terima kasih banyak banyak saya sangat hargai
sedikit ilmu yg sy tau, current dari coil magnet akan caj bateri, tapi sebelum tu dia akan lalu rectifier/regulator utk stabilkan arus sebelum cas bateri.. cuba check rectifier/regulator dlu
Ini soalan yg susah. Sebab semua bergantung pada kepandaian pomen juga. Kalau saya punya pandangan, elok pakai enjin std ja. 160kmj lock throttle sampai habis minyak pun xda masalah. Yg penting 160kmj tu perlu bawah dari 9000rpm. Kalau main atas red line, itu yg enjin cepat floating. Sama juga dgn modified. Kalau pomen tak pandai, dia main set utk dapat top saja. Bila kita lock throttle lama sikit, ada part yg tak boleh tahan sebab xleh support high performance. Bila satu part rosak, habis satu enjin akan kacau. Jadi nk tukar biar habis modal sekali ja. Tapi saya xberani komen berapa kos sebab saya xpakai pomen luar. Semua sendiri bikin ja. 😊
Kalau dikira dari aspek kebiasaan pemasangan balancer, mmg marking kena selari. Tapi utk Vf3i ni Taiwan mungkin ada sedikit kesilapan semasa penghasilan marking tersebut ataupun ada sebab tertentu kenapa marking tersebut sengaja diubah utk vf3i ni. Saya pun dah pernah meeting dgn mForce tentang perkara ni dan tentang masalah head crack sebelum ni. Feedback dah pun di hantar kepada Taiwan dan cara pemasangan yg sama juga tetap diteruskan. Cuma utk head mmg dah ada penambahbaikan telah dibuat dan saya pernah tengok sampel head yg baru. Tapi memandangkan masalah marking lari 1 gigi ni tiada masalah kepada enjin dan performance, saya sarankan agar kekalkan ja marking tu seperti biasa. Kalau nk ubah pun boleh, cuma kesan jangkamasa panjang mungkin ada. Sebab setiap pemasangan enjin dah ada perkiraan sebelum pemasangan setiap part dibuat dikilang. Kalau ikut pengalaman org yg pernah ubah, katanya perubahan marking tersebut boleh kurangkan jerking pada enjin. Tapi ada juga yg kata performance akan drop sedikit. Jadi semuanya bergantung pada owner utk decide. Bg saya, saya masih pakai dgn marking yg sama so far performance masih lagi terbaik.
Selalunya kalau ada masalah jerking pada low gear dan bunyi bising kat housing clutch, itu selalunya sebab mangkuk clutch ada goyang sikit. Getah damper ori agak nipis berbanding aftermarket. Buka tukar getah damper Insya Allah selesai masalah tu. Cuma kalau nk tukar, kena buka rivet dan rivet semula ja.
Kalau utk motor std lebih kurang sama ja. Cuma clutch release lebih cepat berbanding yg std. Sebab spring lebih banyak dan keras. Performance lebih kurang sama ja.