Satu lagi bibit baru di hasilkan pada julai 2020 di Malaysia hasil kajian pakar syarikat KULIM bekerjasama dgn MPOB Malaysia, bibit CPS3 ini lebih unggul dari bibit DXP yg juga ditanam secara komercial di Malaysia sedikit cuplikan berkaitan bibit CSP3 Klon CPS3 yang ditanam dengan kepadatan 136 pokok sehektar ini didakwa mampu untuk menghasilkan 37.5 peratus minyak setandan (tan) dengan berat buah tandan segar (BTS) adalah sekitar 221.7 kilogram bagi setiap pokok dalam tempoh setahun. Dalam pada itu kadar nisbah minyak kepada tandan dan buah tandan segar klon CPS3 ini masing-masing adalah 21.8 peratus dan 7.6 peratus lebih tinggi berbanding pokok sawit (DxP) yang ditanam secara komersial di Malaysia, sementara hasil minyak sawit mentah pula adalah 30.7 peratus lebih tinggi berbanding DxP. Klon CPS3 juga dilaporkan mampu menghasilkan bilangan tandan yang ideal iaitu menghampiri 15 tandan setahun dan berat 15 kilogram setandan seperti yang disarankan oleh ahli biak baka sawit. Didakwa dimana apa yang lebih menarik adalah dimana klon CPS3 berjaya merekodkan 11.3 tan minyak sehektar setahun berbanding 8.6 tan sehektar setahun bagi kacukan DxP.
@@Kahardotmin777 Kalo di malaysia ada bibit yg di klon hasilkan buah sederhana besar tapi numpuk sampai 4 tingkat, buah besar atau super besar hanya menyusahkan petani mengendalikan terlalu berat, saya suka jenis seperti ini walau pun agak kecil mudah di urus ngak terlalu berat tapi banyak...