Assalamualaikum dan hai semua. Selamat datang ke channel Budak Kampung Tv.
0:00 Intro
1:12 Feri
2:08 Jeti Kg Berhala
3:49 Sebukang Bay Resort
10:12 Boat ride 1
10:49 Boat ride 2
20:07 Pulau Dayang
21:36 Daki bukit Letak Semalu
27:40 Mandi laut di pantai pulau Dayang
32:51 Memancing di Teluk Sebukang
35:43 Boat ride 3
36:03 Pulau Lang
38:15 Sunset di pulau Dayang
42:21 BBQ di Sebukang Bay Resort
44:16 Pulang
Untuk episod kali ini, saya, Iban bersama Ikin, Azril dan Airin akan pergi ke sebuah pulau, antara yang tercantik di dunia, tetapi sangat sedikit pengunjungnya. Jom kita ke pulau Aur! Ini adalah cerita kami.
Pulau Aur adalah sebuah pulau kecil di daerah Mersing, Johor. Terdapat 2 pulau berdekatan iaitu pulau Dayang dan pulau Lang. Ia terletak lebih kurang 70 kilometer dari bandar Mersing. Disebabkan kedudukannya yang jauh, pulau ini kurang pengunjung. Jadi untuk percutian ke pulau ini, minimum 8 orang diperlukan untuk 1 trip pada hari biasa. Untuk kami yang hanya 4 orang, kami hanya boleh pilih untuk datang pada hujung minggu sahaja.
Jeti untuk ke pulau Aur hanya terdapat di bandar Mersing.Masa ni kami naik bersama penduduk pulau sahaja. Tiada pelancong lain. Waktu feri bertolak pula hanya ada 1 sahaja iaitu jam 7 pagi. Jadi tips pertama! Kami nasihatkan anda bermalam di sini. Takut2 tertinggal feri pulak. Perjalanan menaiki feri memakan masa lebih kurang 2jam setengah. feri akan berhenti di jeti Kg Teluk Berhala dan dari sini kami akan menaiki bot untuk ke hotel penginapan di Teluk Sebukang.
Okay untuk hotel pula, kami menginap selama 3 hari 2 malam di Sebukang Bay Resort. Pakej penginapan yang disediakan termasuk makan, boat transfer dan aktiviti2 untuk kami berempat adalah lebih kurang RM1800 atau bersamaan RM450 seorang. Jadi kami sarankan anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak sini kerana tidak banyak kedai yang beroperasi.
Pihak resort menyediakan 3 boat ride untuk kami sepanjang 3 hari di sini. Tepat jam 4 petang adalah boat ride pertama kami. Cuaca pada petang ini agak mendung tapi kadang2 cerah juga. Kami dibawa ke perkampungan utama di pulau Aur iaitu Kg Teluk Berhala. Hanya di sini terdapat kedai runcit dan kedai makan. Jangan lupa bawa duit sikit untuk shopping di sini. kita sapot local!
Pulau Aur ni memang terkenal dikalangan kaki pancing. Jika anda kaki pancing, jangan lupa bawa joran ya. saya dan Airin mandi laut, iban dan Azril pula ke jeti. Ini adalah percubaan pertama mereka memancing. Berjaya tak diorang dapat ikan? Jom tengok
Tepat jam 9 setengah pagi, kami menaiki bot untuk aktiviti boat ride kedua. Destinasi kami kali ini ialah pulau Dayang. Setibanya kami di pulau ini.. wow3 Turun je bot, kami bersama abang guide mendaki sebuah bukit iaitu Letak Semalu. Trek untuk pendakian agak sukar dan tanpa guide, anda mungkin tersesat. Disarankan untuk memakai kasut untuk mendaki bukit ini. Di sinilah bahagian yang paling mencabar. Kami perlu mendaki sebuah batu besar yang agak curam. Nasib baik ada abang guide yg membantu. Lebih kurang 10 minit kami pun sampai ke puncak. Fuh selamat sampai. Jika kami boleh, anda pun mesti boleh!
Pemandangan di atas sangatlah cantik. Anda akan dapat melihat air laut yg membiru, pantai yang putih seakan2 lukisan. SubhanAllah, cantik sangat. Anda kena datang dan tengok sendiri baru tau.
Jam tepat pukul 12, perut pun dah lapar. Masa untuk makan tengahari di resort. Azril memang tak makan selain ayam goreng. Jadi sebelum ke sini kami dah request untuk dia ayam goreng dan kicap.
Lepas makan saya dan Airin mandi laut tengah hari buta. Memang hitam legam jadinya. Ikin dengan hobinya tidur di hammock dan Azril memancing. Dan masa ini lah pancingnya banyak disambar ikan.
Pulau Lang ini takda pantai. Jadi aktiviti di sini ialah snorkeling dan memancing dari atas bot. Pulau Lang ni ada batuan yg besar, pokok2 kelapa dan air laut bewarna biru. Saya tak pernah lihat air laut biru sebiru2nya macam kat pulau ni. SubhanaAllah cantik.
Selesai aktiviti di pulau Lang, kami ke pulau Dayang sekali lagi untuk melihat sunset dari sini. Seperti yang kami cakap di awal video, memang tak ramai pengunjung di sini. Seluas2 pantai ni hanya kami berempat je. Memang healing habis.
Ok masa untuk pulang. Sayang pulak nak tinggalkan tempat ni. Sepanjang berada di resort ni, kami dilayan macam keluarga sendiri. Servis memang mantap. InsyaAllah jika ada rezeki kami pasti datang ke sini lagi.
Itu saja yang kami dapat kongsikan untuk kali ini. Semoga tips2 yang kami kongsikan ini memberi sedikit manfaat untuk anda semua. Mohon subscribe, komen dan like channel ni ya. Sehingga berjumpa lagi. Bye
🔔 Follow kami di sini juga:
🎤Facebook / budakkampungtv
🎼Instagram / budak_kampung_tv
🎧Tiktok / budak_kampung_tv
#aur #pulaudayang #pulaulang
15 авг 2024