Video asal (26 minit):
• Ini Dalil Amalan Tahli...
Beberapa poin penting sebagai rumusan oleh akhi Ahmad Ridhwan Anuar:
1. Syeikh menggunakan kitab ulama dari Malibar, India.
2. Kitab Fiqh Al-Sunnah, Al-Syeikh Ismail Ahmad Nalikut Al-Malibari.
3. Kitab tersebut mengambil pandangan dari ulama2 Ahli Sunnah yang berbeza mazhab.
4. Tapi Syeikh tak rujuk kitab ulama muktabar Al-Umm, Imam Shafie & Al-Majmu', Imam Nawawi.
5. Kitab Al-Majmu' ada dikumpul pendapat2 berbeza & pendapat muktamad.
6. Kita nak tahu pendapat muktamad.
7. Hadith Imam Tawus, Ibn Hajar rah. meletakkan di bawah bab:
8. Menyediakan makanan untuk keluarga jenazah. Bukan bagi pihak keluarga jenazah.
9. Ibn Hajar ada sebut boleh berkumpul, tapi bukan buat kenduri.
10. Imam Shafi’e & ulama2 mazhabnya sebaliknya menganjurkan:
11. Kepada jiran & keluarga jauh, untuk menyediakan makanan kepada keluarga jenazah.
12. Yang cukup untuk sehari semalam, sebahagian ulama 3 hari 3 malam. al-Umm, 1/278-279
13. Imam Shafi’e merujuk hadith:
14. “Buatkan untuk keluarga Ja‘far makanan yang mana sesungguhnya sesuatu (musibah kematian) telah menimpa mereka dan menyibukkan mereka.” [Riwayat Abu Dawud, 3132]
15. Kita tahu dalil memberi makan orang berbuka puasa, kaffarah memberi makan fakir miskin jika bersetubuh di siang hari dibulan puasa, ‘Ila, Zihar, melanggar sumpan, nazar, dll.
16. Tapi adakah perlu dibuat kenduri, berzikir, berzanji juga?
17. Orang munafiq diazab selama 40 hari.
18. Adakah kita bersangka buruk mak ayah sendiri munafik bila kita buatkan kenduri 40 hari?
19. Sekalipun 7 & 40 hari sahih, dari mana datang hari ke-3, 100, tahunan?
20. Dalam kitab muktabar mazhab Shafie ada dalil larangan:
21. “Kami (para sahabat) memandang berhimpun di rumah si mati dengan jamuan makan adalah satu bentuk meratap(haram).” [Riwayat Imam Ahmad, 6866; Ibnu Majah, 1612]
22. “Saya mengambil kira perhimpunan seperti itu sebagai makruh, walaupun tidak ada tangisan, kerana ia memperbaharui kesedihan dan membebankan keluarga si mati.” - Imam Shafie, al-Umm 1/318
23. “Berkenaan dengan duduk untuk menerima ucapan takziah, ash-Shafie, al-Musannif dan lain-lain menyatakan bahawa ia adalah makruh. … Mereka berkata: lebih baik orang ramai melakukan hal sendiri, dan sesiapa yang terserempak dengan mereka (ahli keluarga si mati) boleh mengucapkan takziah kepada mereka. Tidak ada pembezaan antara lelaki dan perempuan berkenaan makruh duduk menerima ucapan takziah.” - Imam Nawawi, al-Majmu’ Sharh al-Muhadhdhab 5/306
24. Tak semestinya berkumpul menangis2, tetapi berkumpul sahaja dikira meratap.
25. Dalam hadith Aisyah r.a. tidak disebut memasak di rumah keluarga si mati.
26. Disebut para perempuan datang hanya untuk memberi ucapan takziah kemudian bersurai.
27. Hanya keluarga terdekat & kawan rapat sahaja tinggal.
28. Aisyah r.a. beri makan kepada mereka yang bersedih.
29. Tidak dinyatakan untuk diri beliau mahupun jiran sekampung.
30. Masih tiada dalil kenduri, hari ke-3, ke-100, tahunan, berzikir & berzanji.
31. Yang ada larangan tidak memperbaharui kesedihan mahupun membebankan keluarga si mati.
32. Yang pasti, kita digalakkan memberi makan yang pahalanya disedekahkan kepada arwah.
14 май 2024