Pandu sambil tengok bar kt Current km/l tu paling tepat utk jimatkan minyak. Adjust pedal minyak supaya bar tu hampir dgn nilai 25. Buat ni, mesti dpt Average melebihi 15km/l.
Saya pun dok tunggu. Sales rep kata "Insyaallah" dengan senyuman dan nada suara yang macam tak confident sangat :) Tapi saya tak mengharap, tak nak disappointed. Sebab tahu ada banyak bookings untuk Ativa ni.
Biasa dekat highway atau jambatan, sebahagian jalan tu ada gap penyambung jalan tu kan..yg mcm besi tu.. dalam speed yg agak laju waktu pemanduan corner, bila tayar ativa sentuh gap tu.. memang terasa tayar akan lari sikit ye? sejak kejadian tu..bila nmpak penyambung jalan tu..terus drive slow..risauuu..ada sesiapa pemilik ativa yg pernah alami ke?
@@ativaristchannel Ada apa2 benda yg perlu ditambah atau ditukar pd ativa utk elakkan benda ni berulang tak? takkan setiap kali nmpk gap tu tetiba kena tekan brek..bahaya kot.. mohon pendapat please..
selalu tgk range tpi mcm tk accurate lah😂😂.. minyak tinggal satu bar tpi range tulis 1km available (mcm dh hujung) sampai jdi - - - mcm dlm vid tpi setakat ni tkde lagi notification minyak low
ooh mmg dia bg reserve dlm 60km x silap supaya kita cepat2 isi..sbnrya ada lagi tu, rasanya tu world standard..sy ada sebut dlm video tu after isi full..ativa ni kan 36L tank capacity..after range sy dah ---- sy isi full cuma dpt masuk 32 liter je maknanya ada 4liter reserve lagi (4 X 15 km/l (average) = 60km lagi boleh pergi, tapi janganlah ambil risiko nak test hehe
Salam nak tanya, apa benda2 yang kita perlu maintenance sendiri dekat kereta ativa ni yang SC tak buatkan ya? Contohnya tyre pressure, air battery. Saya baru nak berjinak dengan dunia kereta ni. Dah ada video ke pasal ni?
wsalam, ok sbnrya sy tak pasti semua SC sama procedure nya..tapi klu awak nk tahu apa yg kita perlu check sendiri awak boleh download owner’s manual perodua di appstore, pilih ativa, pilih maintenance and care then pilih maintenance requirements, baca bhg pre-starting check. sy belum buat video ttg tp sy ada sebut dlm mana2 video tp x igt 😬 insyallah nnt sy buat
dia bergantung kpd AVG fuel consumption, awak cuba tekan arrow down kat range tu..kalau AVG awak rendah full tank pun rendah..kalau tinggi tinggi la range
Nak tanye skit.. seblm ni sy biasa pandu kereta manual.. sy tukar kpd Ativa yg ada Dual CVT gear.. Ada gear Auto & Manual triptonic klau X silap.. Kdg2 rindu jgk nak pandu dgn gear manual.. Soalan sy ialah masa bila sesuai gunakan Gear manual Tu..? sesuai ke klau guna gear tu di highway @ Bandar.?
sy ada buat video ttg ni, boleh guna bila2 masa tapi jgn terlupa tambah gear..klu sy sy guna di jln persekutuan, bandar atau jalan yg berliku sbb kita sering tukar gear
kalau minat kereta tinggi, hatchback (ada pintu belakang ), nk rasa ada turbo, technology cecanggih skit ativa la, klu minat sedan n lebih penjimatan amik bezza😃🤟
Saya dah booking tapi memandangkan belum sign apa-apa lagi maka masih boleh ubah fikiran :) Antara lain, saya nak tanya dengan yang ada pengalaman first hand: Tint di cermin-cermin Ativa AV tu macamana? Adakah sudah memadai untuk block/filter IR dan UV, atau pengguna "rasa macam tak sempurna" dan perlu upgrade? Bagi saya ini aspek yang penting berdasarkan cuaca di negara kita. Terima Kasih.
sy tak pasang sebarang tinted tambahan cuma guna sun visor samurai utk door windows..tak pasti ttg IR or UV tapi based on info Llumar tint original tu dah cover UV cuma tak segelap yg org biasa suka
@@ativaristchannel Kalau setakat tak gelap, saya okay. Yang lebih penting, keupayaan untuk filter. Ada tint yang gelap, tapi rasa bahang matahari yang ketara di muka dan kulit. Bermakna, tidak filter dengan sempurna. Setakat gelap sahaja. Jadi kalau saudara macam okay aje dengan tint AV tu, saya pun jadi lebih confident :) Saya dan isteri umur 60. Sekarang pakai Accord tahun 2002. Tiba masanya untuk beli kereta baru. TAPI cari yang harga kurang dari 100k, ground clearance lebih tinggi dari sedan dan performance tak lah lembab sangat. Telah test beberapa kereta termasuk melalui Socar. Kami punya kesimpulan - Ativa adalah "Best bang for the buck". Tak sangka kereta 1.0 3 cylinder boleh sampai setara ni! Masa kat branch Perodua, ingatkan sales representative dia buat joke, "Roadtax nak macam motorsikal aje". Laa, rupa-rupanya sungguh - RM20! Anyway, begitu lama dok fikir samada H atau AV. Beza beberapa ribu jugak. Saya kira boleh pasang tint sendiri kalau H. Cosmetic features pada AV tu saya tak peduli sangat. TAPI... bab additional safety features tu - kami rasa berbaloi untuk bayar extra beberapa ribu, walaupun memang sayang duit. Tak nak nanti menyesal. Akhir kata, channel ini banyak influence saya untuk pilih Ativa. Di samping channels Pandu Laju, Careta, YS Khong dan I Love Melaka Cars. Tapi content tentang Ativa di channel ni adalah yang terbaik. Sebab fair-minded serta jangkamasa telah guna Ativa.
@@MatCendana terima kasih tuan atas komen2 yg supportive..ya pada pendapat saya tinted film Llumar yg diberikan cukup baik bagi sy dlm menapis haba Sy harap tuan buat pilihan yg betul kerana tuan sebelum ini menggunakan Honda. Mgkin Proton X50 varian Standard/Exec juga boleh dicuba. Cuma baru2 ni ada bbrp issue. Pada pendapat sy setelah menguji proton x50 mmg suv tu lebih baik dari segi performance dan comfortness, tapi sy tetap happy dgn ativa ni 😃 sebenarnya channel kami ni tak setaraf lgsg dgn pandulaju, mekanika dll. Kami hanya vlog ttg ativa sebagai teknologi mampumilik n alam sekitar. moga dipermudahkan segala urusan tuan sekeluarga