Follow Me For More Recipes :
Facebook 👉 / cwnor.alfatihah
My Cookpad 👉 cookpad.com/my...
Apam beras eno ini sangat gebu dan mekar setaman. Resepi di kongsikan oleh mak mentua saya 3-4 tahun yang lepas..terima kasih kepadanya..mak mentua saya juga berikan tips untuk mudah ingat resepi ni dengan menggunakan nisbah 1:2:3 iaitu 1 cawan gula, 2 cawan air dan 3 cawan tepung beras. Walaupun apam ni mengambil masa berhari-hari untuk buatnya..tapi saya seronok sebab setiap kali saya buat selalu kembang dan mekar kejadiannya..sampaikan suami dan mak mentua puji saya pandai buat apam beras eno ni..sedap di makan bersama kelapa parut muda..rasanya tidak terlalu manis..just nice saja..manis-manis buah saja..
APAM BERAS ENO ~Gebu dan Mekar Setaman
Bahan-Bahan Tapai Nasi :
1 cawan nasi sejuk
1/4 bahagian ragi (satu biji ragi di potong kepada 4 bahagian. Ambil satu saja daripadanya)
Bahan-Bahan Adunan Apam :
1 cawan gula pasir
2 cawan air
3 cawan tepung beras cap teratai
1 paket eno biru (regular) -perisa buah
pewarna merah, kuning & hijau
Bahan-Bahan Pencicah Apam :
1 biji kelapa parut muda -putih saja
1 sudu teh garam halus
3 sudu besar gula pasir
#apamberaseno #mekarsetaman #lembut #gebu #resepiapameno #caracaramembuatapameno
20 сен 2024