Тёмный
No video :(

DIY Pasang Snorkel Kits Toyota Hilux Vigo 2.5G MT 

Gompuit
Подписаться 1 тыс.
Просмотров 7 тыс.
50% 1

DIY Pemasangan Snorkel Kits Toyota Hilux Vigo 2.5G (MT)
Video ini merupakan video pemasangan Snorkel Kits pada Toyota Hilux Vigo. Mulanya, memang agak ragu-ragu nak pasang sendiri memandangkan kena tebuk lubang pada fender tambahan pula tidak pernah memasang atau melihat (secara bersemuka) pemasangan snorkel kits pada mana-mana kenderaan sebelum ini. Namun setelah menonton beberapa video tutorial di youtube maka saya mengambil keputusan untuk mencubanya sendiri untuk menjimatkan kos.
Kos DIY - harga Snorkel Kits RM195 + Mushroom Air Duct Intake RM35 + tambang RM61 (sea shipping - beli online) redeem Shopee Coin RM19 = RM272. Jimat dapat, pengalaman pun dapat jadi hasilnya memang berbaloi…
Saya mengambil masa 2 hari untuk memasangnya kerana terdapat beberapa aktiviti yang tidak dapat dielakkan. Namun sebenarnya jika tiada halangan dan dibuat dengan penuh konsentrasi, masa yang diambil hanyalah sekitar 4 jam lebih sahaja (berdasarkan durasi video yang dirakam). Selamat mencuba.
Terima kasih kepada anda semua kerana sudi menonton dan subscribe.

Опубликовано:

 

14 авг 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 22   
@ricorayqal1115
@ricorayqal1115 Год назад
padu bos.. lepas ni buat vedeo lift pula
@gompuit
@gompuit Год назад
Terima kasih sahabat kerana datang melawat... In Syaa Allah jika ada rezeki, terima kasih juga diatas sokongan... ia sangat bermakna
@Mac-bn
@Mac-bn 7 месяцев назад
nice content wah kerja nya sampai malam bro, mantap
@gompuit
@gompuit 7 месяцев назад
Terima kasih bos kerana datang melawat, iya begini laini bos bikin sendiri, Terinspirasi dari beberapa youtuber video di internet berkenaan Automotive DIY Repair, ramai saya lihat terutama di Negara Barat dan Eropah berlatarbelakangkan IT jenis tangan2 dan jari-jemari lembut main bidan terjun buat kerja2 berat mekanik pun boleh, jadi apatah lagi mcm saya ni yang berkebun-kebun pegang cangkul saja, orang kata dah boleh jadi ala2 badang sudah 😅... Mulanya bertujuan untuk berjimat, jimat kos labour charges dan kebebasan cari part sendiri mengikut bajet kewangan kita, tapi lama kelamaan setiap kali berjaya repair atau install sesuatu rasa macam ada sesuatu kepuasan yang memberi motivasi untuk berusaha lagi. Paling penting sekali bila baikpulih atau pasang sesuatu alatganti tu kita buat dengan teliti dan penuh perhatian jadi hasilnya lebih kemas tapi ada masanya perlu trial and error dululah baru sempurna jadinya. Dan yang terpaling penting sekali, secara automatik kita tahu keadaan atau kondisi kereta kita ada "sakit2" ke tak, boleh jalan jauh ke tak dan so on, jadi bila jalan jauh kita tak perlu risau, kalau ada masalah tengah jalan, kita ikut tepi jalan... huhuhu... tak la... sekurang2nya kita boleh diagnosis sikit2 dan bikin sikit2 ringan sikit di kepala... 😅terima kasih sekali lagi 👍
@Mac-bn
@Mac-bn 7 месяцев назад
@@gompuit Saya Ada order daru shoppee masalah dia tak bagi template. Sekarang fikir macam mana mau pasang 😄
@gompuit
@gompuit 7 месяцев назад
alamak... saya cari2 yang saya guna itu ari pun dah ghaib, bini dah jadikan sebagai pembungkus nasi lemak agaknya... 😅, Apa yang dapat saya cadangkan cuma:- 1. Cuba buat template untuk lubang 6 skru/stud serta untuk air intake ke filter box dengan cara melekatkan kertas pada snorkel. Potong template kertas tersebut Ikut bentuk snorkel (bentuk yang pada bahagian fender) 2. Kemudian cuba pasang sukat, maaf tak tahu mcm mana nak terangkan - tapi maksud saya kasi pasang2 tu snorkel dikereta dan lukis bentuk snorkel pada fender dengan whiteboard marker pen, ketika ni jangan pasang stud pada snorkel tu dulu supaya snorkel boleh rapat di kereta. 3. Seterusnya ambik kertas templet tadi yang dipotong mengikut bentuk snorkel dan dah siap ditanda lobang2nya... dan tampal dan align dengan bentuk snorkel yang kita lukis pada fender sebelumnya dan tanda/lukis lubang stud dan saluran udara pada fender Paling bagus kalau ada kereta sama yang dah siap dipasang snorkel berparking bersebelahan sebagai rujukan. Harap idea ni dapat membantu, ok ke tak saya pun tak tahu sebab tak pernah cuba... 🫡
@yodsaenklai
@yodsaenklai 3 месяца назад
Salam tgl mana? kalau dekat boleh pasangkan saya punye hilux.. hehe
@gompuit
@gompuit 3 месяца назад
W'kum slm bos, terima kasih kerana datang melawat... 👍... jangan begitu ba bos 😅 diy pasang tu ari pun saya terkebil2 jadi bingung sekejap, apakan lagi kalau nak pasang pada kereta lain... 😱😂😂 apa pun moga video bermanfaat dan mempermudah cara aktiviti2 diy sahabat2 sekalian 🫡
@campian-5676
@campian-5676 Год назад
👍
@gompuit
@gompuit Год назад
👍 juga... 😅😅😅... terima kasi bos diatas sokongan...
@c.u.b.ad.u.l.u3875
@c.u.b.ad.u.l.u3875 Год назад
assalammualaikum ape khabar sihat?? lama tak buat video baru bz ke??
@gompuit
@gompuit Год назад
wa'alaikumusalam w.b.t sahabat, alhamdulillah sihat, terima kasih kerana datang berziarah lg... ada sedikit masalah dgn perisian video editor yg saya guna, maklumlah baru belajar selalu buntu, buat kerjanya 5 minit memikirnya 2 - 3 jam huhuhu...
@nuginugroho8473
@nuginugroho8473 Месяц назад
PakCik, boleh share kah link to buy that snorkel please, thanks
@gompuit
@gompuit Месяц назад
Terima kasih bos kerana datang melawat, boleh survey link ini, terima kasih... my.shp.ee/sAyAHup
@nuginugroho8473
@nuginugroho8473 Месяц назад
@@gompuit Pakcik, the Top portion of your snorkel is not the same with the Shopee on. Yours is good. Itu beli d mana ya
@gompuit
@gompuit Месяц назад
​@@nuginugroho8473 beli asing2 dari kedai yang sama pada masa yang sama, link:- 👇 my.shp.ee/Sq1Dt3G
@nuginugroho8473
@nuginugroho8473 Месяц назад
@@gompuit Pakcik... terbaik....
@gompuit
@gompuit Месяц назад
@@nuginugroho8473 Terima kasih bos... 👍
@asrul2064
@asrul2064 11 месяцев назад
Utk apa snorkel ni sbenarnya bos?
@gompuit
@gompuit 11 месяцев назад
Terima kasih bos kerana datang melawat2... Pemasangan snorkel kebiasaannya untuk meninggikan saluran udara bagi mengelak air daripada memasuki enjin melalui intake manifold jika sekiranya kenderaan terpaksa meredah air yang dalam melebihi paras enjin, ini kerana saluran udara kebiasaannya berada di sebelah dalam fender kiri atau kanan kereta bergantung dimana letaknya penapis udara bagi sesebuah kenderaan. Pun begitu, ia tidak menjamin enjin kalis air terutamanya jika kereta berendam terlalu lama didalam air kerana, air boleh memasuki intake manifold melalui water drainage pada kotak penapis udara. Selain itu, snorkel juga sedikit sebanyak boleh mengelak debu2 jalan daripada disedut masuk terutamanya pada jalan tidak ber-tar, ini kerana secara teorinya, lokasi saluran udara asal (dalam fender) lebih terdedah kepada debu berbanding saluran udara yang ditinggikan tambahan jika menggunakan intake head yang boleh memerangkap kotoran contohnya seperti dalam video 😊
@asrul2064
@asrul2064 11 месяцев назад
@@gompuit ouh mcmtu ..sblom ni igt ekzos😅
@gompuit
@gompuit 11 месяцев назад
@@asrul2064 kalau enjin hidup tak masuk rasanya tapi kalau enjin off, kompom air masuk 😁
Далее
Diy Pasang 30mm Wheel Spacer Toyota Hilux Vigo 2.5l
12:37
Sevinch Ismoilova - Xayollarim 18-Avgust 19:00 Premera
00:19
Toyota Hilux 2015+ Safari Snorkel fitting
19:42
Просмотров 19 тыс.
MASTERGATE-TOYOTA HILUX
3:15
Просмотров 1,1 тыс.
Toyota Hilux Durability Test #1
15:35
Просмотров 16 млн
2015 Hilux leaf spring replacement - Random Jobs
13:53
SAFARI SNORKEL - REDAH BANJIR DENGAN TENANG
13:44
Просмотров 29 тыс.