Тёмный
No video :(

Kek Carrot & Cream Cheese Buttercream | Edisi Niaga 

Che Nom
Подписаться 2,2 млн
Просмотров 330 тыс.
50% 1

Selamat kembali pada siri edisi niaga.Kali ini Che Nom nak share resepi kek karot dengan lapisan cream cheese buttercream. Resepi kek Carrot ni Che Nom dapat dari sahabat Instagram, iaitu sis Atun yang memang sentiasa murah hati berkongsi resepi. Sebenarnya Che Nom bukan lah peminat kek carrot tapi dengan hasil resepi ni terus jadi suka makan. Kek nya lembut, moist dan Che Nom tambah sedikit rempah “mixed spice” untuk lebih harum bila kita bakar. Kemanisan kek pun sedang elok aja. Untuk cream cheese frosting atau cream cheese buttercream tak susah pun nak sediakan dan rasa pun sedap. Bila keduanya bergabung. rasa masam-masam cheese, rasa manis karot dan rasa berlemak rangup kacang walnut memang sedap lah. Kita deco sikit corak karot comel supaya nampak lebih menarik.
Che Nom memang buat bekas kecil-kecil macam ni khas untuk yang nak berniaga pek bajet, dan juga kongsikan harga kos ikut sukatan resepi dan harga bahan yang Che Nom beli. Dalam video ni topping cream cheese digandakan sebab nak lapisan lebih tebal.
Hasil : 6 pek 7 x 3 inci ATAU boleh guna loyang 10 x 10 inci
Bakar suhu 160℃ selama 25-30 minit
//Bahasa Melayu
---------------------------------------
Bahan-bahan untuk kek lobak merah:
5 biji telur saiz A atau B
1 sudu kecil esen vanila
300g gula kastor
250g minyak jagung
280g tepung naik sendiri
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
¼ atau ½ sudu kecil serbuk mixed spice
100g walnut
400g parutan lobak merah
½ sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk lapisan krim keju:
250g krim keju
140g mentega
140g gula aising
½ sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil jus lemon
***NOTA: Dalam video Che Nom gandakan 2 adunan krim keju
//English
---------------------------------------
Ingredients for carrot cake:
5 eggs size A or B
1 teaspoon vanilla essence
300g caster sugar
250g corn oil
280g self-rising flour
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
¼ or ½ teaspoon mixed spice powder
100g walnuts
400g grated carrots
½ teaspoon of salt
Ingredients for the cream cheese buttercream:
250g cream cheese
140g butter
140g icing sugar
½ teaspoon vanilla essence
1 teaspoon lemon juice
***NOTE: I have doubled the cream cheese mixture in the recipe
Instagram: bit.ly/CheNomIn...
Twitter: bit.ly/CheNomTw...
Facebook: bit.ly/CheNomFa...
#resepichenom #carrotcake

Опубликовано:

 

29 авг 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 456   
@zarizanzainon8683
@zarizanzainon8683 2 года назад
Dapat je resepi terus buat 2 hari lepas. Memang sedap dan menjadi sangat. Walnut buat kek bertambah sedap sebab ada rasa crunchy2. Mixed spice bagi ada aroma, orang yg makan tak tahu pun kita letak mixed spice haha.. terima kasih banyak Che Nom share resepi. Semoga terus cemerlang!
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Terima Kasih sudi mencuba 😊❤️
@juminahosman7354
@juminahosman7354 2 года назад
Terima kasih che nom resepi2 nya
@mohdmohd3875
@mohdmohd3875 2 года назад
Loo
@MohamedIbrahim-gg7vt
@MohamedIbrahim-gg7vt 2 года назад
8iii
@arianarahayu6496
@arianarahayu6496 11 месяцев назад
Boleh gnti dgn kacang almond ke?
@bensalla
@bensalla 2 года назад
Sedikit tips daripada saya untuk frosting cream cheese tu, Che Nom boleh parutkan kulit lemon campur sekali dalam adunan frosting. Essential oil dari kulit lemon akan buatkan frosting tu rasa segar-segar fresh macam tu. Parut bahagian kuning sahaja sebab yang putih tu pahit. Terima kasih Che Nom.
@raf0304
@raf0304 4 месяца назад
berapa banyak atau gram kulit lemon atau sikt shj
@favouriteeatsbyBushra
@favouriteeatsbyBushra 2 года назад
I'm trying to learn Malay (as a foreigner living in Malaysia) and watching your videos have greatly improved my bahasa. Thanks so much for the amazing recipes and for helping me improve my malay. 🙏❤
@lmk744
@lmk744 2 года назад
Dalam banyak² youtuber yang buat cooking and baking chanel... Akak paling suka chanel che nom....che nom explain one by one tu memang jelas dan lebih mudah faham... 🥰🥰🥰
@peony02
@peony02 Год назад
Assalamualaikum che nom. Trima kasih resepinya,sy buat jual mnta halal ye. Cuma part cream sy guna resepi sndiri. C.cheese-300g Non dairy w.cream-140g Esen vanilla -1tsp Lemon juice-1tsp. Pkul semua skli smpai kembang dan sebati. Sedap sgt rsanya.
@y.suranieasang6246
@y.suranieasang6246 5 месяцев назад
Assalamualaikum Che Nom. Saya sekeluarga doakan Che Nom sekeluarga sentiasa dalam Rahmat Allah. Terima Kasih ,,amat menghargai tunjuk ajar Che Nom . Semua resepi dicuba berjaya. Selamat Maju Jaya Che Nom.
@nidgietv
@nidgietv 2 года назад
Mudah2an che nom terus murah rezki & terus bekarya.. byk da resepi sy buat sedap sgt family suka.. byk pahala che nom..👍👍👏💪
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Alhamdulillah. Terima kasih 😊
@dharmeshsairam2612
@dharmeshsairam2612 2 года назад
Bestnya. Terima kasih Che Nom. Saya dan ibu akan try untuk Deepavali. I suka pisau Che Nom potong kek. 😊
@aznihanafi7326
@aznihanafi7326 2 года назад
Thank you sharing Che Nom. Saya baru jumpa RU-vid Che Nom dan resepi yang pertama saya cuba ialah Kek Pandan tapi tak berapa menjadi, mungkin salah sukatan. Resepi kedua ialah Kek Pisang. Kek Pisang menjadi dengan elok. Semoga Che Nom dicucuri rahmat dari Illahi diatas kemurahan dan keikhlasan berkongsi bebagai2 resepi. Aaamiin....
@mamamanis4871
@mamamanis4871 2 года назад
Sayang Che nom.. Suara tu buat hati tenang je.. Sejuk je.. Terimakasih kerna berkongsi resepi
@ros1755
@ros1755 Год назад
Assalamualaikum che nom. Saya guna resepi ni untuk berniaga dan alhamdulillah dapat feedback positif dari customer ❤ Terima kasih che nom
@tarshnimurale6333
@tarshnimurale6333 2 года назад
This recipe works like a charm, never failed once....i became a carrot cake lover lately 😊 Thank You Che Nom 🤗
@syuhaidaalish4207
@syuhaidaalish4207 2 года назад
❤️❤️❤️ terbaik che nom. sedap ni. saya masak pun semua tgk resepi che nom. tersusun dan mudah faham. moga dipermudhkan segala urusan che nom.
@jalilahalias3457
@jalilahalias3457 9 месяцев назад
Pasti sedap ni....bulih ikut cara penyediaan nya, dan reknik teknik lengkap, untuk menghasil kan kek karot yg just nice ....tkasih Cik Nom kongsi resipi ni ...😊❤👍🤩
@user-oq3su7pw8x
@user-oq3su7pw8x 4 месяца назад
Resipi che nom tak pernah mengecewakan. Sedap sgt, moist je. Dulu pernah beli carrot cake tapi yg buat sendiri guna resipi che nom lagi sedap ! Tapi mixed spice sy gantikan dgn cinnamon powder sbb tak jumpa kat kedai . Rasa kalau pakai mixed spice lagi sedap kan
@faralynaaisyahabdulrasid1291
@faralynaaisyahabdulrasid1291 2 года назад
Resepi yg sgt dicari-cari. Thank you Che Nom! ❤
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Sama2 😊
@zazacarls3602
@zazacarls3602 Год назад
sedap tak? awak dah try?
@pantangheritage2653
@pantangheritage2653 2 года назад
Terima kasih che nom. Moga perkongsian rezeki yang ikhlas ini jadi asbab saham akhirat berpanjangan❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ sukaaa dengar che nom celoteh
@aziefauziah
@aziefauziah 2 года назад
Alhamdulillah jaranglah mengecewakan resepi che nom ni! Semoga banyak lagi resepi yg bakal dikongsikan lagi! And semoga dimewahkan rezeki che nom sekeluarga!
@noraziahahmad6860
@noraziahahmad6860 8 месяцев назад
Terima kasih Cik Nom.. Saya sudah cuba resepi ini.. Alhamdulillah kejadian dan rasanya ramai yang puji.. Syukur
@angelinaas6607
@angelinaas6607 3 месяца назад
Dear Che Nom, I have tried out your recipes always. Yesterday tried this cake and the cream, it's super delicious but I replaced hazelnut instead of walnuts. The results OMG super good. Thank you for your video and the tips that you provided.
@CheNom
@CheNom 3 месяца назад
Wonderful! Thank you for the trust and support Angelina ☺️👏
@qisscantikable
@qisscantikable 2 года назад
Mmg kena cuba ni slalu beli SR kali ni buat lah...mmg akan slalu cuba smua resepi CN ni...boleh dikatakan smua menjadi bila buat..terima kasih CN yg slalu ikhlas mengajar setiap resepi.
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Memang recommended sangat resepi ni. Sedap hasilnya
@qisscantikable
@qisscantikable 2 года назад
@@CheNom Terima kasih CN
@wxnderwxmxan8396
@wxnderwxmxan8396 7 месяцев назад
Saya baru je buat tadi , sedappp! Cuma saya tade minyak jagung dan ada banyak butter di rumah. Jadi saya melt butter kat microwave sama sukatan . MENJADI!😂❤ TQ Chenom for the recipeeeeee!!!!!!!!
@izzatiibrahim9182
@izzatiibrahim9182 2 года назад
Sblum ni duk search carrot cake dri che nom, finally dh ada dah resepi nya.. Thank you che nom ❤️
@khatijahabubakar7073
@khatijahabubakar7073 2 года назад
Saya pun. Dah byk resepi2 carrot kek, tpi yg Cik Nom punya ni mudah dan terbaek. Siap dgn audio voice yg jelas. Terimakaseh Cik Nom. Allah janji pahala besaq utk hamba2nya yg tnggalkan dan turunkan ilmu tak semestinya hanya ilmu kitab2, ilmu agama tpi juga ilmu manafaat org buat makan dan berniaga. Jazakillah hu khoirun. Aamin
@rasulariyyan9818
@rasulariyyan9818 2 года назад
che nom mmg seorg yg teliti,setiap tutorial che nom mesti boleh faham..confirm mnjadi.. Boleh tak che nom ajar cr buat japanese cream puff?.dah cuba mcm2 resepi tp still tak menjadi... Tq che nom ..
@zanariahzanariah9029
@zanariahzanariah9029 2 года назад
Memang tertunggu-tunggu rcp ni..tq che nom❤️❤️❤️
@CheNom
@CheNom 2 года назад
😊👌❤️
@aqilahmustaffa9021
@aqilahmustaffa9021 2 года назад
Alhamdulillah dah but jual... terima kasih che nom atas resepi nya.. Minta halal Dan semoga Allah mempermudahkan Dan mempeluaskan rezeki Dan urusan che nom
@ikramilyas4136
@ikramilyas4136 2 года назад
moga che nom terus menerus dilimpahkan rezeki dan pahala atas ilmu dan tunjuk ajar che nom. Cikgu memasak no 1 kami sekeluarga. juga guna untuk meniaga.tq che nom
@karimahmohdnor6740
@karimahmohdnor6740 2 года назад
T.kasih che nom..alhamdulillah..banyak resepi che nom yg sy dah buat menjadi..semoga rezeki che nom terus mencurah2..tq che nom utk resepi kek karot ni🥰
@norlidajohari381
@norlidajohari381 9 месяцев назад
Che Nom terima kasih kerana kongsi resepi...saya dah cuba byk resepi carrot cake tapi resepi ni yg saya suka ...dah 3 kali saya buat memang sedap...dgn saya tambah serbuk kayu manis memang padu
@noorhafirahalim87
@noorhafirahalim87 2 года назад
Terima kasih cik Nom.. mtk halal ya. Semua resepi ciknom tak pernah mengecewakan..tq so much moga murah rezeki ciknom
@sitiabsahitie
@sitiabsahitie 4 месяца назад
Dh cuba semlm mmg sedap En. Somi pn puji... Mmg rekemen lah, resipi che x penah mengecewakn
@syafiqsyahmi485
@syafiqsyahmi485 2 года назад
Baru cuba harini. Utk berbuka. Memang sedappp sgt guna resepi ni. Terima kasih che nom! Moga maju jaya!
@haziqatan315
@haziqatan315 2 года назад
Yay dah keluar dah resepi ni .. terima kasih Che nom kerana sudi Kongsi resepi kek ni semoga dimurahkan rezeki amin 👍👍
@hyuga_mimi1189
@hyuga_mimi1189 Год назад
Dah buat 4kali, saja2 sbb suke menjadi, saya suke che nom, semua resepi anti gagal.
@shafiqahsupandi9754
@shafiqahsupandi9754 2 года назад
Terima kasih ciknom ...mmg dh lama tercari2 resepii nii utk jualan...tgok resepii ciknom mmg selalu jatuh hati.❤❤❤..semoga dilimpahkan rezeki utk ciknom🤲
@veronicaniasara5982
@veronicaniasara5982 2 года назад
Sy da try banyak resepi banana cake... tp resepi che nom yg terbaik... siap ada org tempah da.. ❤️ thanks che nom ❤️
@nanieharun7914
@nanieharun7914 2 года назад
Masya'Allah Tabarakallah.. Terima kasih Che Nom kongsi resepi.. Semoga Allah limpahruahkan rezeki Che Nom sekeluarga.. Aamiin 🤲🏻 ❤️
@aqilahalya9422
@aqilahalya9422 2 года назад
akhirnya che nom buat jugak resepi kek carrot , terimaa kasih che nom ❤❤ semua resepi yang che nom share memang menjadi😘😘
@asdhia
@asdhia 2 года назад
Sy byk belajar masak atau buat kuih. Di youtube Che Nom. Terima kasih atas semua resepi. Semoga Che Nom sentiasa success. Dan sentiasa Di murah kan Rezeki.
@sakinahahmad8405
@sakinahahmad8405 2 года назад
Hari hari cek resepi baru che nom 😅. Masak pun mostly guna resepi che nom. Terima kasih che nom. Semuanya sedap sedap dan menjadi. Semoga dimurahkan rezeki
@janechuu651
@janechuu651 2 года назад
lovee the recipe as always! kalau tak keberatan.. saya nak request che nom buat sea salt chocolate chip cookies yang rangup tu 🥰 terima kasih che nom buat video resepi best best!
@geraldinegoh1707
@geraldinegoh1707 10 месяцев назад
I also want crunchy SEASALT chocolate cookies. Not those goovy ones
@nurdanisya7310
@nurdanisya7310 2 года назад
yeah, finally che nom kongsi resepi kek carrot EHEHEHEH nanti nak try buattt ♥️
@AinalZahar
@AinalZahar 2 года назад
Terima kasih che nom buatkan resepi edisi niaga🥰 minta halal ye
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Sama2. Semoga bermanfaat ❤️
@haris0919
@haris0919 2 года назад
Sedapnya.. nak buat jual jugak.. rasanya students ipta/s suka kot.. insya Allah sem break pun nk habis dah ni.. dah boleh test2 buat sikit2 dulu ni.. terima kasih che Nom sbb sertakn harga kos skli jd nnty senang sikit nak letak harga jualan..
@husnanudin2472
@husnanudin2472 2 года назад
Bnyak resepi akak sya cuba.. semua menjadi dan sedop2.. family pun pelik juga sebb sya tukar menu and berbeza hari2.. Tq akak.. semoga maju jaya and semoga Allah kurniakan kesihatan.
@dyna6875
@dyna6875 2 года назад
Che Nom, buat la video kitchen tour. Teringin juga nak tau jenis pekakas dapur yang che nom pakai.... U Are truly an inspiring...
@ahmadjasmine1
@ahmadjasmine1 7 месяцев назад
Wow,sedap & cantik hasilnya.terima kasih cik nom kongsi resipi.❤😋👏👍
@JeffOiKuenCooking
@JeffOiKuenCooking 2 года назад
Wohoo finally got to view this amazing video, looking delicious n perfectly prepared
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Thank you ☺️
@dyradiyana5373
@dyradiyana5373 2 года назад
Mmg sdap sgt resepi ni.. mmg sy dk bt niaga sblum ni resepi sbiji mcm che nom bt..
@noranimohammedfathi7668
@noranimohammedfathi7668 2 года назад
yummy sangat. baked one for my sister's birthday and it was a hit. Thanks for sharing the recipe, che Nom.
@MarlonMTizon-pz2pc
@MarlonMTizon-pz2pc Год назад
Terimakasih che nom klu bg resepi mmng letop jujur sya ckp mmng terbaik slm dr wp labuan
@roszvinros8359
@roszvinros8359 Год назад
Saya buat Kek Carrot hari ini jadi sedap dan lembut Terima Kasih Che Non untuk share resepi
@makeeat3292
@makeeat3292 2 года назад
Dah lama tak makan carrot cake! Dulu pernah buat tapi x igt bila 😆
@ioninji
@ioninji 2 года назад
Sama la
@makeeat3292
@makeeat3292 2 года назад
@@ioninji Yeay ada geng! 😂
@lindasahar1968
@lindasahar1968 2 года назад
Tq Che Nom kongsi resepi.. Memang saya tunggu2 sangat resepi ni 😊 Semoga Allah limpah ruahkan rezeki Che Nom.. Aamiinnn Aamiinnn Ya Rabbal Alaminnn
@inahamit5139
@inahamit5139 2 года назад
Tq che nom resepi2 yg di kongsikan dah cuba ikut resip mesti jadi semoga sentiasa di murahkan rezeki ye😘😍😉👍
@rosmizahkeman1031
@rosmizahkeman1031 2 года назад
Assalamualaikum Che nom .. Moga terus berbahagia.. semua resepi yg dikongsi cukup menambat hatiku..dan untuk sekian kalinya saya jadi peminat dikejauhan Che nom ..moga terus maju jaya buat Che nom yg manisss
@nirlawatymusamudin3714
@nirlawatymusamudin3714 2 года назад
Salam Che Nom, first time saya nak cuba ni, harapnya menjadilah nanti. Terima kasih berkongsi resepi ye ☺️
@nurulshahirahnurulshahirah6365
@nurulshahirahnurulshahirah6365 2 года назад
Terima kasih che nom,,,halalkan resepi ni ye,,,masa tadi che nom Upload video ni saya terus buat sebab barang dah ada kat rumah
@nurulshahirahnurulshahirah6365
@nurulshahirahnurulshahirah6365 2 года назад
Memang sedap
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Sama2. Nanti boleh share gambar kat Instagram Che Nom?
@josephinemary9457
@josephinemary9457 2 года назад
Long waited recipe! Thanks Che Nom 😃
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Most welcome 😊👌
@sameeraabdullah9946
@sameeraabdullah9946 2 года назад
Mee too
@viderson8695
@viderson8695 2 года назад
Carrot dah ada cuma perlu pergi beli cream cheese je😁 tq che nom kerana kongsi resepi🤗
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Sama2 👌
@nahidkawsarhanan7486
@nahidkawsarhanan7486 3 месяца назад
Resepi cik nom pun betul n jadi elok sedap
@sheelasaari4802
@sheelasaari4802 10 месяцев назад
Alhamdulillah..terima kasih che nom..saya guna resepi che nom untuk berniaga❤️
@CheNom
@CheNom 10 месяцев назад
Semoga murah rezeki berniaga 😊
@cindeelee7096
@cindeelee7096 2 года назад
Thank you Che Nom for the recipe. Guidance & info yg sgt berguna dlm proses membuat cake 👍
@sitiazura938
@sitiazura938 2 года назад
Terima kasih Che nom tunaikan request sy nk chr nom btkn resepi kek carrot 😋 semoga Che nom dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik aamin2 🤲🏻
@kamariahkassim285
@kamariahkassim285 2 года назад
Terima kasih Che Nom berkongsi resepi..semoga Che Nom sentiasa diluaskan rezeki seluas langitNYA...
@nooratihahbasir5199
@nooratihahbasir5199 2 года назад
Terbaik Che mudah difahami
@cokdiecokmi519
@cokdiecokmi519 Год назад
Carrot cake tersedap yg saya pernah makan masa ke Tukye(tak brp manis, lemak, masin, lembab, terasa kayu manis dan carrot)..masa makan dihotel..tu pon dah nak habis makan..terambil..bila ckp sdp ramai2 geng Malysia serbu sampai chef kjp2 topup😁.. Bila balik Malaysia saya cari rasa yg sama tak pernah jumpa..nampak mcm sdp resepi ni..
@LynLegacyMillionaire
@LynLegacyMillionaire 2 года назад
Tergelak bace subtitle bawah tuuu 🤣🤣 apa² pun kek nmpak mengiurkan, tak sabar nak cubaa 🤤🤤🤤🤤🥕🥕🥕❤️
@sarinaabdullahsani9025
@sarinaabdullahsani9025 2 года назад
Tengok pun dah nampak sedap, insyaallah nnti blh try buat resepi Che Nom ni.. terima kasih
@cikguhayatiartchannel7181
@cikguhayatiartchannel7181 2 года назад
Che Nom , carrot cake is my feveret , suka makan tak pandai buat. Terima kasih share video. In Sya Allah kalau ada masa nak cuba buat. Tq ya
@kevingoh1649
@kevingoh1649 2 года назад
:) thanks Che Nom for all your recipes again and again and again and again! Especially to your clear explanation!
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Most welcome Kevin 👌
@syahirahsobri5370
@syahirahsobri5370 2 года назад
@@CheNom che nom boleh tahu x penimbng tu bli mna hihi
@wawayusof2556
@wawayusof2556 2 года назад
Wow...Kek Kegemaran Keluarga Wawa...Nnt Boley Cuba...Tq Che Nom...💖💖💖
@lmk744
@lmk744 2 года назад
Comeyyy betul deco carrot che nom tu... Geram lak nengok 😂😂..moist je masa che nom potong kek tu..terliur lak 😅...pisau potong kek tu lawaaaa... Mana bole beli che nom?
@drlees9017
@drlees9017 2 года назад
kek carrot mmg my fav thank you Che Nom.. 😊👍
@aqilaliah8785
@aqilaliah8785 2 года назад
Alhamdulillah,sedap ni..
@nirlawatymusamudin3714
@nirlawatymusamudin3714 Год назад
Mmg ❤ sangat dengan resepi carrot cake Che Nom ni 😊
@suepattzy
@suepattzy 2 года назад
terbaik che nom, membantu orang nak berniaga juga.. pahala berterusan ni...
@CheNom
@CheNom 2 года назад
InsyaAllah 🤲
@enchesoyaregaliaatriadelig5951
@enchesoyaregaliaatriadelig5951 2 года назад
Tq che nom... Asik lyn secret recipe je... Koyak poket... Pasni bleh mkn puas2...
@roslinahhat6277
@roslinahhat6277 2 года назад
Alhamdulilah. Ni resipi anak saya. Syukran
@rafidahrauf7065
@rafidahrauf7065 2 года назад
Kek ni MMG sedap lebih lg guna rempah all mixed spice.
@yoanpile5077
@yoanpile5077 2 года назад
Akhirnya....tq Che Nom,sentiase murah hati kongsi resipi2 yg mantapppp🙏🏻
@puansyazs5577
@puansyazs5577 2 года назад
Resepi Kek Carrot yang ditunggu tunggu.. Che Nom TQ ❤
@ghostbuzz2995
@ghostbuzz2995 2 года назад
Alhamdulillah akhirnya dpt resepi carrot cake, tq che nom
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Sama2 👌
@noorazizahnasarudin9250
@noorazizahnasarudin9250 2 года назад
Sedap menyelerakan kesukaan saya ini
@rohadihussain6417
@rohadihussain6417 2 года назад
Terima kasih, Che Nom. Resepi Kek Carrot & Cream Cheese Buttercream ni memang mantap sekali. Boleh buat idea niaga. Moga sukses ya!👍👍👍
@yusnamyff7158
@yusnamyff7158 2 года назад
Tq Che Nom .. resepi kek karrot sangat sedap 👍👍
@aziefauziah
@aziefauziah 2 года назад
Suami sy suke carrot cake secret recipe. InsyaAllah kali ni sy nak try buat sndiri pulak 🥰🥰 haraplah menjadi 😋🤲🏻
@akufarishah
@akufarishah 2 года назад
MASYAALLAH nmpk lembut moist mesti sedap ni.. in sha Allah 😍 try
@intannajiha1105
@intannajiha1105 2 года назад
tq che nom....resepi yg dinanti2 kan..kwn ada buat jual..agak mahal jg..hehe...😍😍
@azrinjohan8432
@azrinjohan8432 2 года назад
Best. Fav sesgt kek ni. Ada customers sy xmkn kacang, sy ganti dgn kismis. Tp ada yg nak extra, sy ltk walnut + kismis. Still sedap
@unknown-id7fm
@unknown-id7fm 2 года назад
Kalau takde walnut takpe ke,kalau guna minyk masak boleh ke?
@azrinjohan8432
@azrinjohan8432 2 года назад
@@unknown-id7fm xpee menjadi jgk. Cuma rasa dia lari sikit la dr rasa kek asal. Ikut citarasa masing-masing. Tp bg sy sedap & mjdi je kek tu😊
@unknown-id7fm
@unknown-id7fm 2 года назад
@@azrinjohan8432 Tq ye info semoga murah rezeki 💕😘
@mahalkita6014
@mahalkita6014 2 года назад
Tq che nom.. Akhirnya terjawab juga request
@barteriou
@barteriou 2 года назад
Fuhh, detail giler explanation Che nom. Saya br subscribe channel Che nom semalam. Moga sukses
@azizahmohdnoh8955
@azizahmohdnoh8955 2 года назад
Tq che nom.. moga murah rezeki che nom sekeluarga..
@norazwarina
@norazwarina 2 года назад
Memang tertunggu2 kek carrot dari Che Nom 😘😋
@CheNom
@CheNom 2 года назад
😊👍
@mirahanif1414
@mirahanif1414 2 года назад
Terima kasih che nom..nanti nak try buat😘
@mariyateyatim7759
@mariyateyatim7759 2 года назад
Terima kasih Che Nom atas resepi kek carrot cake ni
@vejayalatahneelakandannair2730
@vejayalatahneelakandannair2730 2 года назад
Wow so easy to understand and it’s clear 👌👍thank you 😍
@DayangSuri
@DayangSuri 2 года назад
Comeynya toping carot tu😍
@prebetmusang
@prebetmusang 2 года назад
Wah.. Saya suka tengok che nom masak.. Resipi yang mantapp😉😉
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Terima Kasih ☺️
@afriyaapril4291
@afriyaapril4291 2 года назад
Terimakasih Kasih che Nom, saya sdh lama ingin buat carrot cake, Alhamdulillah che Nom bagi recipe nya 🙏❤
@umiinadzirah
@umiinadzirah 2 года назад
Yeayyyy, finally yang ditunggu tunggu 🥰
Далее
CREAM PUFF yang Lembut dan Creamy | Edisi Niaga
10:56
Просмотров 724 тыс.
مسبح السرير #قصير
00:19
Просмотров 2,1 млн
Biscoff Lemon Cheese Tart | Edisi Niaga
14:22
Просмотров 346 тыс.
The best super moist Carrot Cake made with Butter.
5:35
BEST Carrot Cake Recipe
13:53
Просмотров 519 тыс.
Blueberry Cheese Tart Montok! | Edisi Niaga 💰
11:31
Kek Bukan Tornado Viral :) | Tutorial Gerenti Jadi
13:39
مسبح السرير #قصير
00:19
Просмотров 2,1 млн