Assalammualaikum dan Hi semua,
Dulu, Kak Yan ingat kek keladi ini kek yang manis dan dibubuh keladi. Rupanya tidak. Kawan Kak Yan yang berbangsa Cina ajar Kak Yan buat kek keladi ini. Selepas itu rasa macam dah jatuh cinta dengan kuih ini. Lepas kahwin, suami Kak Yan pulak suka sangat dengan kek keladi ini. Sedap makan dengan sos cili Linggam, katanya.
Kalau tengok bentuk rupa kuih ini pun memang dah dapat agak rasanya kan. Tambah lagi bila di makan bersama sos. Sedapnya.
Cuba lah ye....
Bahan-bahannya
750-800g Keladi
2 cawan tepung beras
2-3 cawan air
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
150g udang kering
4 biji cili merah
150g bawang goreng
Secekak daun bawang
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
Ingredients
750-800g yam
2 cups rice flour
2-3 cups of water
1 onion
3 cloves of garlic
1 tablespoon oyster sauce
1 teaspoon of allspice powder
150g dried shrimp
4 red chilies
150g fried onions
A bunch of spring onions
3 tablespoons oil
Salt to taste
Selamat Mencuba!
Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:
Instagram: /
Facebook: /
Blogspot: azianhasan.com/
19 сен 2024