Тёмный

Mee Goreng Basah Daging, Sangat Mudah Disediakan. 

Che Nom
Подписаться 2,2 млн
Просмотров 333 тыс.
50% 1

Menu daging kali ni iaitu mee goreng daging versi basah. Cara dalam video ni Che Nom rebus dulu daging sampai lembut, sebab gunakan bahagian keting yang banyak urat tapi sedap sangat dimakan kalau kita masak sampai lembut. Sedap tu boleh mengalahkan daging potongan mahal kalau kena cara masaknya.
Air rebusan daging pula kita guna untuk buatkan mee sedikit berkuah untuk jadikan mee goreng basah. Kalau guna daging bahagian batang pinang, atau bahagian lain yang lembut, nak masak terus tanpa rebus pun boleh sebab potongan tersebut mudah lembut bila dimasak.
Memang menarik dan sedap dimakan dengan tambahan telur, tomato, sayur sawi & taugeh untuk texture krup krap bila makan. Bahan-bahan simple aja, pasti mudah nak buat.
// Bahasa Melayu
--------------------------
Bahan-bahan:
300g daging
2 cawan air (untuk rebus daging)
Minyak masak
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
3 sudu besar cili kisar
Kicap manis
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 telur
1-2 sudu kecil lada sulah
1 ikat sayur sawi
1 pek mi kuning
1 biji tomato
Taugeh
Daun bawang
2 tangkai cili merah
//English
--------------------------
Ingredients:
300g beef
2 cups water (for boiling beef)
Cooking oil
3 cloves garlic
2 shallots
3 tbsp chilli paste
Sweet soy sauce
2 tbsp oyster sauce
3 tbsp chilli sauce
2 tbsp tomato ketchup
2 eggs
1-2 tsp white pepper
1 bunch mustard
1 pack yellow mee
1 tomato
Bean sprouts
Green onion
2 stalks red chilli
Support this channel: bit.ly/3v5A9vW
Instagram: bit.ly/CheNomI...
Twitter: bit.ly/CheNomT...
Facebook: bit.ly/CheNomF...

Опубликовано:

 

29 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 245   
@faryuniesayop1454
@faryuniesayop1454 2 года назад
Btw saya dah siap mencuba ,walaupun saya buat 2 bungkus mee ,tak pekat tapi tetap sedapp !!
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Alhamdulillah 😊👍👍
@itsmejulyanaaziz
@itsmejulyanaaziz 2 года назад
Nampak menarik. Nanti boleh try buat mkn ptg atau breakfast. Terima Kasih Che Nom. Mostly menu masakkan Saya adalah dari resepi Che Nom. Ada jugak resepi yg dah jadi jualan saya specially roti Jala dan kuah Kari ayam kerisik. Semoga Che Nom sentiasa dimurahkan rezeki ❤️
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Alhamdulillah. Moga murah rezeki berniaga Amin 🤲
@itsmejulyanaaziz
@itsmejulyanaaziz 2 года назад
@@CheNom Aamiin Ya Allah Ya Mujib 💕
@rohanimyusof6767
@rohanimyusof6767 2 года назад
@@CheNomm JH
@rabiahali7797
@rabiahali7797 2 года назад
'
@sarimahhashimah6322
@sarimahhashimah6322 2 года назад
Ada menu mee pulak. Mari kita tengok cara memasak sebuah hidangan Mee Goreng Daging Basah dari Che Nom! Kalau kita buat sendri biasa je! rasa tak sedap sangat. Ini mendorong mls. msk. KITA!. Kalau menjadi nanti ada rasa pedas lagi sedap!! boleh dijual dgn. harga berbaloi!. Tapi jgn. terlalu pedas nanti budak kecik tak boleh rasa!. Nanti tak add lagi!. Terima kasih Che Nom.
@vee_vyn3862
@vee_vyn3862 2 года назад
Mcmna ye nk hilangkan bau mee tu
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Basuh beberapa kali untuk mee yang kuat bau kapur.
@malindamdazan181
@malindamdazan181 2 года назад
Dulu takut nak kahwin sebab tak pandai masak. Start PKP duk rumah teringin makan char kuey teow, tengok che nom ajar step by step. Semua menjadi. Alhamdulillah selamat nikah Isnin lepas, laki suka betul nasi goreng kampung. Terima kasih Che Nom kongsi ilmu.
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Alhamdulillah Malinda. Terima Kasih sudi komen 😊
@rahimahharon7337
@rahimahharon7337 2 года назад
Akak nak cara buat cili pedas kisar tu
@CheNom
@CheNom 2 года назад
InsyaAllah kak 😊
@DapurBiru
@DapurBiru 2 года назад
Nampak sedap sangat ni 😍 Che nom memang terbaik 👍🏻👍🏻👍🏻
@paprikamerah
@paprikamerah 2 года назад
Hheem...menggoda sekali, sungguh sebuah kenikmatan yang tiada banding, terima kasih mak cik resep mie nya mantaaap🥰🥰🥰
@engkumuhammadfahmi961
@engkumuhammadfahmi961 2 года назад
terima kasih untuk resipi . mintak halal ya Che Nom ❤️ dari tak reti masak² , alhamdulillah dpt belajar and sikit sebanyak dapat ilmu dr awak Che Nom ❤️
@jamillahmohd
@jamillahmohd 2 года назад
Salam che nom boleh ajar cara pes cili??
@DapurCheMala
@DapurCheMala 2 года назад
Salam Che Nom. Wahhh..Mee goreng basah daging nampak mantap, terliur di buatnya. 🤤🤤. Terima kasih atas menu special ni.
@zulvlog4286
@zulvlog4286 2 года назад
Wahhh.. Mee Goreng basah kesukaan saya ni.. Thanks Che Nom share resepi ni.. semoga Che Nom dimurahkan rezeki yg berlipat ganda & dipermudahkan segala urusan di dunia & akhirat.. Aamiin👍😊
@fromthismoment6657
@fromthismoment6657 2 года назад
Tertarik, menarik dan menyelerakan, penuh dgn kekemasan dan ketelitian dari penyediaan bhn2 sehingga memasak. Che Nom tetap no 1
@ranjit_kaur
@ranjit_kaur 2 года назад
Thanks for ur yummiest recipe 😋 Che Nom. Chilli paste recipe please, spicy n non spicy 😋. Thank u
@suhidahr6515
@suhidahr6515 2 года назад
Sedap betol nampaknya mi yang Che Nom buat ni. Tak sabar nak cube buat.
@ietadalina5614
@ietadalina5614 2 года назад
Nak tgk cara bt cili kering homemade cik nom
@cikhazz
@cikhazz 2 года назад
terima kasih Che Nom, selalu share resepi sedap2! selalu cuba alhamdulillah jadi :D
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Sama2 Cik Hazz. Alhamdulillah 😊
@DayangSuri
@DayangSuri 2 года назад
Tengok pun dah tahu sedap sampai menjilat jari ni, mee basah letak daging fuhhhh boleh lajak 2 pinggan sekali hadap ni,sama la resepi kita Che Nom ❤️
@atekaosmena8046
@atekaosmena8046 2 года назад
Wuhh terbaiklah che nom, saya smpai trmimpi dtg makan g dapur che nom 🤣🤣🤣 Nak che nom tunjuk cara buat chili paste 🤤😍😍
@CheNom
@CheNom 2 года назад
😂👍👍
@chenorliadin7612
@chenorliadin7612 2 года назад
Boleh tunj,ùk nak bagi cìĺì kisar tahan lama
@aliffdaod8598
@aliffdaod8598 2 года назад
first
@bobbychannel3497
@bobbychannel3497 2 года назад
Alhamdulillah First !
@arieakmal
@arieakmal 2 года назад
Saya geng taugehhh..hahaha..salu husband masak mee..dia buat lagi sedap..lepas ni nk lawan la..sapa lagi sedap..dah ada resepi Che Nom ni..saya dok pakai resepi pes cili Che Nom yang video dulu tu...yg tu pun stahun xrosak lagi..cyez tak tipu..mai la upload baru resepi pes cili tu..kot ada tips baru..maceh Che Nom..😘😘
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Geng taugeh 🙌😆 Ye kalau guna elok2 tahan lama ciki kisar tu. Takda lah apa perbezaan sangat sis, guna yg lama pun ok
@ovenummi
@ovenummi 2 года назад
Waalaikumsalam...Channel yang Ummi paling minati sampai skrng. Mee goreng basah daging menu favourite Ummi. Sedap tengok Che Nom masak. Terima kasih share resepi ni. Semoga dimurahkan rezeki selalu. Aamiin 🤲
@nurjannah7
@nurjannah7 2 года назад
Wasalam Che Nom. Timing terbaik lah kebetulan ada 1 packet mee kuning kat rumah. Nnti kita masak utk lunch. Nak jugak! Plss..Tutorial cili kisar tahan lama! 😁 tqsm Che Nom 🥰
@ManBro
@ManBro 2 года назад
Wow wow wow sedapppp sangat😋 Terima kasih Che nom kerana resepi ni saya akan cuba 😊👍
@deidregoodman6485
@deidregoodman6485 2 года назад
Look very delicious 🤤 😋 I love different kind of pasta 🍝 🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝🍝
@rihassheikh9241
@rihassheikh9241 2 года назад
JazakAllahu Khairan Sis Che Nom for sharing.. Love ur cooking ♥️😊👍🌹
@anntyaze
@anntyaze 2 года назад
Nak Che Nom. Thank you. Belajar update cara buat cili kisar 2 macam.
@emodreadgeek
@emodreadgeek 2 года назад
Che Nom, mee goreng daging basah nampak sedap lah! Boleh buat video chilli kisar pedas dan tidak pedas? Terima Kasih!
@CheNom
@CheNom 2 года назад
InsyaAllah 😊
@Madpezadam
@Madpezadam 2 года назад
Ummmm dapppp
@jalilahalias3457
@jalilahalias3457 Год назад
Bab bab goring mee ni memang I x pandai , tp kalau org goreng mkn licin....tp ikut resipi Cik Nom ni , bulih laa, dan kena cuba lg, tkasih CikNom kongsi resipi ni 👍🤩
@rafidahmansor3996
@rafidahmansor3996 2 года назад
Assalamualaikum cik nom....sy nk tau cmana nk bg cili yg x pedas tu tahan lama...tima kasih
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Waalaikumsalam. Cili tak pedas tu nak tahan simpn lepas rebus ke atau simpan kering?
@rafidahmansor3996
@rafidahmansor3996 2 года назад
@@CheNom lps dh blander
@natasyahanifah4426
@natasyahanifah4426 2 года назад
Chenom !! Buat lah resepi nasi kerabu pulakk🤩🤩 sy tiap kali masak memang akan tengok resepi chenom ... resepi nasi kerabu please 👉🏻👈🏻🥺
@iqbalqushairy8459
@iqbalqushairy8459 2 года назад
Saya memang geng che nom, geng tauge..hehehe..
@CheNom
@CheNom 2 года назад
😆👍
@sabariahariff1257
@sabariahariff1257 Год назад
Nak resepi cili kisar Che Nom
@jalilahalias3457
@jalilahalias3457 Год назад
Tenguk org goreng sedap je....nk ikut teknik ni pula. Tkasih CikNom kongsi resipi ❤😊
@adeesuryanie4089
@adeesuryanie4089 2 года назад
Che Nom, nak tahu cara buat cili kisar homemade pleaseeeee 😬
@zafrylhazem5256
@zafrylhazem5256 2 года назад
Saya dah cuba semalam (21/7/22) Alhamdulillah turned out sangat sedap..cara masak pon senang
@rusnibahari8191
@rusnibahari8191 2 года назад
Masyaallah , nampak mee goreng Che Nom ni rasa lapar saya .
@ikhsannurrahman3621
@ikhsannurrahman3621 2 года назад
Nampak sedap akak buat mie Itu saya nak mencoba lah untuk membuat mie macam akak buat tu dan cara membuat nya nampak mudah
@jamil9297
@jamil9297 2 года назад
Sadap_o0O
@baizurashariff3503
@baizurashariff3503 2 года назад
Terima kasih cik Nom! Banyak resepi2 cik Nom yg Saya da Cuba, mmg menjadi. Semoga dimurahkan rezeki cik Nom! ❤️
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Amin Terima kasih Baizura 😊
@HARUHARUKITCHEN
@HARUHARUKITCHEN 2 года назад
Sedap ni che nom..jadi teringat pas kerja kilang di sana
@kamsiahkhamis3252
@kamsiahkhamis3252 2 года назад
Try masak ikut resepi ni pagi ni. Memang sedap. Thanks Che Nom
@yusnamyff7158
@yusnamyff7158 2 года назад
Wah sedap sangat dn menyelerakn. Terbaik kongsi Che Nom. 👍👍😍
@qanahwawa
@qanahwawa 2 года назад
Masha Allah, nampak menyelerakan
@rosidahmohamad7941
@rosidahmohamad7941 2 года назад
resepi yg ditunggu² sdh muncul...tq che nom
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Sama2 Rosidah 😊
@jamaliahmddom5570
@jamaliahmddom5570 2 года назад
Suka dengar suara che nom
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Terima kasih Jamaliah 😊
@owl_skull666
@owl_skull666 2 года назад
Hello kak? Buat Mee Basah Sabah version boleh? Tq.
@CCLG168
@CCLG168 2 года назад
Oh my favorite Malay Mee Goreng! Love you Cik Nom! Is a must keep recipe!
@nurafifah3852
@nurafifah3852 2 года назад
Ciknom. Nk video cili kisar tak pedas n pedas boleh
@dubaiserumfoundationmalays9495
@dubaiserumfoundationmalays9495 2 года назад
Assalam cik nom.. cik nom rebus daging guna pressure cooker tu ada campur apa2 tak? Garam atau apa2 perasa... Terima kasih, resepi cik nom mmg terbaik 👍
@CheNom
@CheNom 2 года назад
Wsalam..Che Nom rebus dengan sebiji bawang putih aja. Kadang2 campur bawang kecil sebijik. Tgk mood 😁. Takde letak garam pun
@dubaiserumfoundationmalays9495
@dubaiserumfoundationmalays9495 2 года назад
Terima kasih cik nom... In Shaa Allah saya nk ikut resepi cik nom bulat2 bila masak nanti.. 😊👍
@unimira123
@unimira123 2 года назад
mantap betul resepnya mba.. enak sekali sepertinya.. terimakaih telah berbgai resep mba..
@sarimahhashimah6322
@sarimahhashimah6322 2 года назад
khabar!.. Hah! Ptg. ini saya tengok cara memasak m
@anggunbatrisyia6748
@anggunbatrisyia6748 2 года назад
Boleh ajar macam mana nak buat chilli kisar tahan lama? Tq
@zephyrbaldrs7246
@zephyrbaldrs7246 2 года назад
Sukatan mee kuning sepaket yg berapa gram?
@thousandwishes6275
@thousandwishes6275 Год назад
che nom, kalau nak letak ayam, kena rebus jugk kee
@nornadianornadia3193
@nornadianornadia3193 2 года назад
Saya suka tgk cara Che nom masak. Simple tp sedap. Next blh x Che nom ajarkan masakan labu manis masak lemak + bayam hijau😍
@CheNom
@CheNom 2 года назад
InsyaAllah 😊
@tengkuelmeris1818
@tengkuelmeris1818 Год назад
Che nom kite genggg 🙋🏻‍♂️🙋🏻‍♂️ Geng taugeh 😋😋😋😋😋😋 🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱
@azman883
@azman883 2 года назад
Bihun goyengg dgg pun sodapp.huhu..asal ada dgg
@audidluqmanazizan2886
@audidluqmanazizan2886 2 года назад
Saya lapar....hntr sepiring utk sy che Nom..🤤🤤🤤.tergoda.tq che nom..! Love..,❤️
@natasyaning
@natasyaning 2 года назад
Mie goreng basah dengang daging looks delicious 😋😋😋trimakasih Che nom resepi nya👍👍
@hamdan1826
@hamdan1826 2 года назад
Pisau apa che nom pakai,,nak beli lar
@cikgudayah4068
@cikgudayah4068 2 года назад
che nom kalau takda lada sulah macam mana?
@hamizahhamizah6533
@hamizahhamizah6533 2 года назад
My fvrote ni...basah2....taugeh bnyak2...perah limau..pehhhhhhh..jgn lupe timunnnnnnn..hihi
@TheiOSAndroid
@TheiOSAndroid Год назад
orang yg ke 4K Likes!! hahaha
@mkbn5511
@mkbn5511 2 года назад
kalau daging tukar ayam boleh ?
@rosdibinrahman5800
@rosdibinrahman5800 5 месяцев назад
Tuuuuu diaaaa,Saya dh buat utk tetamu Raya mereka ckp tak cukuppppp,Saya pon ckp ikot resepi Che Nom nihhhh,mereka pon saper Che Nom tuhhhh,hahhhhhh Saya perkenalknlh vlog Che Nom trus dieorg subscribe 👍☺️
@KEROPFAIS
@KEROPFAIS 2 года назад
seriously mmg betul2 nampak menarik!!
@fauziahsaleh8895
@fauziahsaleh8895 2 года назад
Subhanallah tabarakallah sedap ni...in Sha Allah,nk cuba bt..memang favorite mck gee, Mee grg...Che Nom blh tambah tauhu goring potong nipis2?
@tracyroland4500
@tracyroland4500 Год назад
mee kuning perlu di basuh?
@ashzaziah6947
@ashzaziah6947 6 месяцев назад
😊 Alhamdillah ❤
@noorkaseh947
@noorkaseh947 2 года назад
Mesti Cuba ni tqsm che nom .... Selalu menjadik resepi dari mu.. semalam baru buat churos.... Esok Mee goreng basah la
@razifrr744
@razifrr744 2 года назад
Hujan hujan ni makan Mee goreng che nom buat.meletup
@terrarossa1509
@terrarossa1509 2 года назад
Che nom idola ku dlm bidang masakan...cba lah resepi Che Nom kompom jadi punya..Che Nom tak lokek tips dan jujur...terbaik Che Nom 👍❤️
@patriciajingel
@patriciajingel 9 месяцев назад
Nak resepi kari kambing
@iwan__shahrul
@iwan__shahrul 2 года назад
Wssalamualaikum semua ya Allah murah rezeki Amin 🤲🏻 saya doakan awk insya-allah syurga Amin 🤗❤️
@habibahjami5622
@habibahjami5622 2 года назад
Salam , 1 pkt mee is how many gram? do we need to wash the mee, before cooking? wash will hot water or plain water?
@shahjulai
@shahjulai 2 года назад
Waalaikumussalam wbt. Menu biasa tapi sedap😀😀😀😀.. makan plk dgn keropok keping😋😋😋😋
@pawonndesoo
@pawonndesoo 2 года назад
Enak sekali... Segar... Mantap che nhom
@noraini9331
@noraini9331 Год назад
Org perempuan jg yg trbaik bab2 masak..betul sukatan n tengok pun dah tau sedap ke tdk..terbaik ck nom...
@jetterbang6394
@jetterbang6394 2 года назад
Da try td ...alhamdulillah mmg sedap. Tp silap sbb x rebus lama daging tu. Halalkn resepi che nom.
@wannorasyikin1901
@wannorasyikin1901 Год назад
Sy dh bt tp guna spaghetti sbb suami xsuka mee, sedap btl resepi nie, suami puji, seminggu sekali dia mintak bt kan, trme kasih che nom utk semua resepi
@micksonsunjin4501
@micksonsunjin4501 2 года назад
Resspi che nom paling saya suka,, sll nya menjadi dan sedap. Yg bru nk bljr memasak boleh view video resepi masakan Che Nom. Just ikut je arahan.
@zuhaizankhaldi4405
@zuhaizankhaldi4405 2 года назад
Baru buat minggu lepas che nom. Tapi saya buat maggi goreng daging. Sebab dah muak asyik ayam dan daging korban pun banyak.
@wazzupgirl3291
@wazzupgirl3291 2 года назад
Dah buat memang terbaik😍🤩🤩🤩🤩dpt pujian tinggi melambung lg suka msak2..hihi
@sharifahmunirah5609
@sharifahmunirah5609 2 года назад
fav youtuber saya utk resepi masakan. Kebanyakan masakan yg dicuba dari resepi chenom mesti jadi. Saya ni masak cecampak je hehehe
@muslehaberau2809
@muslehaberau2809 2 года назад
Assalamualaikum che Nom... Tkasih sebb sentiasa berkongsi resepi.Saya dan anak2 memang suka mencuba resepi dari che Nom Alhamdulillah semua sedap2.
@nurulhidayah5161
@nurulhidayah5161 7 месяцев назад
nk yg tak pedas
@malaamanda5379
@malaamanda5379 2 года назад
Woww che nom sungguh selera tgok mee basah daging tu 💫💫💫💫💫 sy bg che nom terbaikkk..
@mohdzulfazlidzulkifli2380
@mohdzulfazlidzulkifli2380 2 года назад
Saya dah cuba resepi cik nom..sedap sgt...tq resepi..tak ckup rasa mee tadi..tapi saya pakai mee lidi
@izzatifauziah6277
@izzatifauziah6277 2 года назад
Br terdetik hujung minggu ni nk buat mee grg daging , sekali che nom dh buat kuar video ni .. sy geng che nom ..suka tauge byk2 ..siap letak yg fresh2 lg utk tbur masa nk mkn
@sunibalishanley7212
@sunibalishanley7212 2 года назад
Nak resepi cili giling
@basyirahmadalisabri8959
@basyirahmadalisabri8959 2 года назад
Assalamualaikum che nom.. Boleh kongsi resepi bakso?
@puansarahbintiahmad6938
@puansarahbintiahmad6938 2 года назад
Sedapnya ..cntik je cik nom buat mee goreng basah mee nya x kembang. Next time nak resepi mee goreng x pedas. Nyummss
@syafiqahsalimin3013
@syafiqahsalimin3013 Год назад
Saya dah buat ikut resipi che nom ni , memang sedap sangat pertama kali buat Selama ni kalau buat ikut resipi di youtube x menjadi , terima kasih sebab share resipi yg memang menjadi ❤
@hidayahnazir9348
@hidayahnazir9348 8 месяцев назад
Kalau xguna daging, nak guna ayam, air rebusan mcm mna che nom?
@CheNom
@CheNom 8 месяцев назад
Ayam tak perlu rebus, terus potong dan masak masa tumis cili
@zztynzln844
@zztynzln844 7 месяцев назад
Tgh2 pregnant ni tgk clickbait che nom pun dah lapar 😅
@JJ-wm4gt
@JJ-wm4gt 2 года назад
🙋geng togeh...😁😋
@shah1783
@shah1783 2 года назад
Ini kira sama juga bahan-bahan di gunajan masa che nom buat bee Hun goreng. Dahulu. .
Далее
Daging Goreng Kunyit, rahsia daging lembut 15 minit!
8:02
Mee Goreng Daging Ala Mamak | Versi sempoi
10:33
Просмотров 316 тыс.
Barno
00:22
Просмотров 749 тыс.
DAXSHAT!!! Avaz Oxun sahnada yeg'lab yubordi
10:46
Просмотров 442 тыс.
MEE GORENG,  sangat sedap 👌
7:42
Просмотров 185 тыс.
Mee goreng basah & mee goreng sup Lawas, Sarawak style
10:01
Legend betul Nasi Goreng Cili Kering ni..
6:54
Просмотров 511 тыс.
Maggi Goreng Basah Marvelous.
8:05
Просмотров 379 тыс.
Berkongsi Resepi Mee Goreng Basah Iban Style
11:39
Просмотров 1,2 млн
Bihun Goreng Legend, cara nenek dulu-dulu..
8:12
Просмотров 300 тыс.