Тёмный

Nasi Lemak beras biasa, mudah & sedap, sesuai untuk beginner, confirm jadi | TIPS penting memasak 

Surianti Kitchen
Подписаться 179 тыс.
Просмотров 27 тыс.
50% 1

Bismillahirrahmanirrahim,
Atas permintaan ramai, saya akan kongsikan resipi nasi lemak dengan menggunakan beras biasa (bukan beras basmathi) dan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Sesuai untuk pemula (beginner) yang baru belajar memasak.
Disamping itu, saya akan kongsikan juga beberapa tips penting untuk memasak nasi lemak beserta sukatannya dan tips untuk memasak sambal.
//Bahasa Melayu
……………………………………………………
NASI LEMAK
Bahan-bahan :
2 cawan beras biasa
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 sudu besar minyak masak
1 helai daun pandan
½ inci halia
Garam secukupnya
SAMBAL TUMIS
Bahan-bahan untuk dikisar kasar :
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan-bahan untuk dikisar halus :
10-15 tangkai cili kering
1-2 sudu besar ikan bilis
½ inci belacan
½ cawan air
Bahan-bahan lain untuk sambal :
1 helai daun pandan
½ cawan minyak masak
½ sudu kecil pes asam jawa
Gula melaka
Garam
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN UNTUK HIDANG
1 cawan kacang tanah goreng
1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
Timun
Telur rebus
//English
……………………………………………………
COCONUT MILK RICE
Ingredients:
2 cups rice
2 cups water
1 cup thick coconut milk
1 tbsp cooking oil
1 pandan leaf
½ inch ginger
Salt to taste
FRIED CHILLI PASTE
Ground ingredients :
1 lonion
5 shallots
3 cloves garlic
Finely ground ingredients :
10-15 boiled dried chillies
1-2 tbsp anchovies
½ inch fermented shrimp paste
½ cup water
Other ingredients for sambal:
1 screwpine leaf
½ cup cooking oil
½ teaspoon tamarind paste
Palm sugar
Salt to taste
Sufficient water
INGREDIENTS FOR SERVING :
1 cup fried peanuts
1 small bowl fried anchovies
Cucumber slices
Hard-boiled eggs
Instagram : / surianti_kitchen
Facebook : m. Surianti_Kitch...
RU-vid : / suriantikitchen
TikTok : vt.tiktok.com/ZSdJjGMxH/
#jendeladapursurianti #nasilemak #nasilemakmudah
#nasilemaksurianti #nasilemakviral

Развлечения

Опубликовано:

 

2 фев 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 39   
@SurprisedBowling-zu8wt
@SurprisedBowling-zu8wt 3 месяца назад
arwah emak buat nasi lemak.. sedap tak jumpa da mcm tu, saya nak cuba resepi ni.
@mmxmalaysia
@mmxmalaysia 2 месяца назад
assalamualaikum. terima kasih sudah berkongsi resipi nasi lemak yang sedap ini. salam silahim dari kami mmx malaysia
@dakann206
@dakann206 2 месяца назад
Senang sgt resepi ni❤️ Mudah faham.. Terima kasih auntie🥰
@afyaahayyibaoriginal5725
@afyaahayyibaoriginal5725 2 месяца назад
Waa mudahnye resepi ni😍
@fazeenathassim8831
@fazeenathassim8831 5 дней назад
Looks soo good.❤
@rahmahsheriff4915
@rahmahsheriff4915 3 месяца назад
Terbaik resipi di bg dgn terbaik
@najibaided3094
@najibaided3094 2 месяца назад
Fuhhhhh, helokk btol kejadiannyaa..terbaikk
@umarsuhaill
@umarsuhaill 4 месяца назад
Alhamdulillah twrima kasih cik suri🌹🌈
@SuriantiKitchen
@SuriantiKitchen 4 месяца назад
Sama2😁
@nilimakirasoi
@nilimakirasoi 5 месяцев назад
Super tasty mouth watering recipe 👌👌👌🎉🎉
@SuriantiKitchen
@SuriantiKitchen 5 месяцев назад
Thank you😍
@MURNIZAINUDIN-ty5xk
@MURNIZAINUDIN-ty5xk 4 месяца назад
Terima kasih kak
@SuriantiKitchen
@SuriantiKitchen 4 месяца назад
Sama2😍
@suarimi590
@suarimi590 5 месяцев назад
❤❤ Alhamdulillah cuba buat la nanti ❤❤ terima kasih ❤❤
@SuriantiKitchen
@SuriantiKitchen 5 месяцев назад
Ya silakan, alhamdulillah😍
@DapurBiru
@DapurBiru 5 месяцев назад
Hi! Kita jumpa di sini! ❤
@SuriantiKitchen
@SuriantiKitchen 5 месяцев назад
Hi Dapur Biru😍
@tigerganeral5109
@tigerganeral5109 5 месяцев назад
Alhamdulillah semoga Allah permudahkan urusan semuanya surianti kitchen dgn menu2 yg sedap 😋😋😋❤❤❤
@SuriantiKitchen
@SuriantiKitchen 5 месяцев назад
Terima kasih support channel Surianti Kitchen😁
@irmayanti5289
@irmayanti5289 2 месяца назад
Akka Boleh tak guna cili segar Sbb tak ada cili kering
@laurajuntakcooking1247
@laurajuntakcooking1247 5 месяцев назад
Yummy...
@SuriantiKitchen
@SuriantiKitchen 5 месяцев назад
Thank you😍
@duniatiputipu123
@duniatiputipu123 5 месяцев назад
Terima kasih sis sharekan resepi nasi lemak ni nanti blh buat ❤😊sb sblm ni sy buat ikut resepi sndiri😂 tak penah jadi😅 nasinya...
@SuriantiKitchen
@SuriantiKitchen 5 месяцев назад
Ya silakan, selamat mencuba 😍
@masniahadi9972
@masniahadi9972 5 месяцев назад
Salam dari Brunei ❤ Terima kasih kongsi cara memasak nasi lemak. Penerangan yg cukup jelas. Sambal pun nampak sedap. Saya biasa kisar semua bahan2 untuk sambal.dan terus tumis.Sekarang saya nak cuba cara Puan membuat sambal nasi lemak... Tips yg sangat berharga. Tq
@SuriantiKitchen
@SuriantiKitchen 5 месяцев назад
Alhamdulillah terima kasih singgah channel Surianti Kitchen. Ya, saya pun kadang-kadang kisar semua bahan sekaligus😁 Tips kisar berasingan untuk kurangkan percikan waktu menumis tu dikongsikan oleh salah seorang follower saya hari tu. Silakan, selamat mencuba😍
@masniahadi9972
@masniahadi9972 5 месяцев назад
@@SuriantiKitchen Pasti akan d coba untuk hidangan keluarga. Coz anak2 memang suka makan nasi lemak.
@haslinahasri3599
@haslinahasri3599 5 месяцев назад
Simple je cara penyediaan nya. Boleh lah buat utk juadah berbuka puasa. Maaf, Puan Surianti. lambat saya hadir. Busy anak ada final exam sekolah agama. Terus maju dan berjaya channel Surianti Kitchen 👍♥️🤗.
@SuriantiKitchen
@SuriantiKitchen 5 месяцев назад
Alhamdulillah terima kasih Puan Haslina singgah ke channel Surianti Kitchen🥰🥰. Semoga dipermudahkan juga urusan puan, selamat berjaya buat anakandanya💪💪
@yayasoff5817
@yayasoff5817 5 месяцев назад
Alhamdulillah mudah faham. Terima kasih Puan sertakan details untuk yang baru nak belajar masak. Contoh nya, allergic belacan boleh ganti dengan bahan yang lain, sangat² membantu 😍 Teruskan buat content, saya akan support. InsyaAllah ❤
@SuriantiKitchen
@SuriantiKitchen 5 месяцев назад
Sama2 , alhamdulillah. Semoga jadi ilmu yang bermanfaat. Terima kasih support channel Surianti Kitchen❤️
@M_Daniel7777
@M_Daniel7777 5 месяцев назад
Kak bg tip supaya ikan bilis goreng x liat.. skrg ikan bilis dipasaran byk yg liat bila digoreng.. kecuali mata biru. Tp mata biru tu mahal sgt
@SuriantiKitchen
@SuriantiKitchen 5 месяцев назад
Kak pun gunakan ikan bilis yang biasa saja, bukan mata biru. Kalau kat tempat kak di Lumut ni, memang semua ikan bilisnya elok2 rangup, tak ada yang liat. Beli di pasar malam je ni. Hari tu ada follower yang share tips utk rangupkan ikan bilis. Selepas dah cuci dgn air paip, tapis buang airnya. Waktu nak goreng tu gaulkan ikan bilis dgn ½ - 1 sudu besar cuka. Kemudian terus goreng dalam minyak panas sampai masak keperangan. Boleh cuba tips ni, tapi kak sendiri pun tak pernah buat lagi.
@MieCrystalline
@MieCrystalline 4 месяца назад
Salam kak, nak tanya. jika sukatan beras 1 nisbah 1 . 1 beras bersamaan 1 air. kalau saya buat 3 beras bersamaan 3 air + 1 santan jugak ke? tidak ke nasi saya akan jadi lembik. mohon pencerahan. sebab saya belom arif lagi hal penyediaan nasi lemak
@SuriantiKitchen
@SuriantiKitchen 4 месяца назад
Wslm, Dalam video tu saya ada bagi sukatan : a) 1 cawan beras + 1 cawan air + ½ cawan santan b) 2 cawan beras + 2 cawan air + 1 cawan santan Kalau nak buat 3 cawan beras, campurkanlah sukatan a dengan b. Sukat beras, sukat air, sukat santan gunakan cawan yang sama saja. Jangan ada yang pakai cawan ada yang pakai kotak. Itulah nisbahnya untuk nasi lemak. Seeloknya kalau belum pernah cuba, buat sukatan yang sedikit dulu.
@bengongpoyogedik
@bengongpoyogedik 2 месяца назад
Kenapa bila tiap kali buat nasi lemak, nasi lemak blom masak lg, tp periuk sy dah naik "keep warm".. cmne nk buat bg die msk lg?
@chihahaha6739
@chihahaha6739 2 месяца назад
Gaulkan nasi tu bagi santan rata balik. Then tutup periuk. Lepas few mins tunggu nasik sejuk sikit barulah tak lembik. If tak salah saya lah sbb saya selalu buat macam tu periuk sy pun macam tu
@azizahjaafar543
@azizahjaafar543 4 месяца назад
saya dh cuba...tp tak menjadi..mentah
@SuriantiKitchen
@SuriantiKitchen 4 месяца назад
Dalam video bahan utama saya tunjuk : 2 cawan beras + 2 cawan air + 1 cawan santan . Dari sukatan ni dah boleh nampak bahan cecair (iaitu air + santan, total jadi 3 cawan) tu dah lebih dari beras. Nasi hanya akan jadi mentah kalau bahan cecair tu kurang. Puan sukat gunakan cawan yang sama tak ? Sukatan tepat tak ?
Далее
Nasi lemak resepi lama
22:05
Просмотров 306 тыс.
Победитель евровидения
00:18
Просмотров 20 тыс.
Beautiful gymnastics 😍☺️
00:15
Просмотров 13 млн
World Record Tunnel Glide 🪂
00:19
Просмотров 23 млн
Недооцененный котел в Симс 4
00:37
Nasi Lemak Bungkus Confirm BORONG Semua!💰💸
12:09
NASI LEMAK VEGAN - CHEF DAVE
3:28
Просмотров 34 тыс.
Nasi Ayam Gerenti Sedap Anti Gagal
17:32
Просмотров 1,4 тыс.
Soto yang sangat sedap dengan nasi impit yang lembut
18:03
Sambal TERBAIK Untuk Nasi Lemak.
6:12
Просмотров 3,6 млн