Тёмный
No video :(

Resepi kek buah | bakar gebu dan lembab 

malay kitchen
Подписаться 126 тыс.
Просмотров 134 тыс.
50% 1

Resepi Kek Buah. Kek buah sangat digemari oleh ramai orang. Kek yang bewarna warni dengan buah kering seperti kismis, ceri hijau dan merah juga kulit oren menjadikan rasanya sungguh sedap. Malahan bukan sahaja di kedai kek, kedai runcit biasa juga ada menjual kek buah. Terdapat pelbagai versi kek buah berbeza dari segi perisa dan warna. Kali ini kami kongsi kek buah yang simple dan mudah untuk disediakan. Tekstur kek yang lembut bersama buah kering sangat sedap dalam setiap gigitan. Boleh cuba buat sendiri untuk olah rasa dari tahap kemanisan dan jenis buah pilihan. Selamat mencuba.
Bahan - bahan :
1 cawan marjerin @200gram
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalette
3 biji telur A
1 sudu kecil perisa vanila
1 1/2 tepung naik sendiri
1/2 cawan buah kering (boleh tambah jika suka)
2 sudu besar tepung gandum
sedikit air panas
Cara - cara :
1. Rendam buah kering dengan air panas dalam 15 minit, kemudian toskan buah kering tersebut. Apabila ia sudah kering, masukan dalam sebuah bekas dan campurkan dengan tepung gandum. Kacau perlahan dan pastikan semua buah kering tersalut dengan tepung.
Tips : Salutan ini penting bagi memastikan buah kering ini tidak jatuh ke bawah kek semasa masak nanti.
2. Didalam bekas yang lain, whisk marjerin, gula dan ovalette sehingga kembang.
3. Kemudian masukan telur dan perisa vanila . Whisk lagi sehingga semuanya sekata.
4. Kemudian masukan tepung naik sendiri (ayak), dan kacau pula adunan menggunakan spatula sahaja.
5. Kemudian masukan buah kering bersalut tepung tadi. Jangan terlalu kuat mengacau adunan. Cukup sekadar kaup balik dan buah rata memenuhi adunan.
6. Sediakan loyang 6inci beroles minyak dan dialaskan baking paper. Tuang adunan kek buah ke dalam nya. Bakar dengan suhu 150 selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing - masing.
Hasilnya kek buah yang sangat cantik bewarna warni dan rasanya yang sedap.
Boleh jugak komen dibawah, resepi apa yang korang nak MALAY kitchen kongsikan untuk video seterusnya.
Follow Malaykitchen di Facebook :
malay.kitchen
Laman web rasmi Malaykitchen :
malaykitchen.my
Music by : Ikson
/ ikson
#malaykitchen #kekbuahbakar #resepikekbuah

Опубликовано:

 

5 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 114   
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
Kek buah. Buat sendiri boleh kurangkan manis. Kan. 😊
@arybahudin41
@arybahudin41 3 года назад
Api atas bawah? 😊
@imalonebuthappy6096
@imalonebuthappy6096 3 года назад
ok dah buat. first time buat kek buah dan sedap sangat.terima kasih kongsi resepi
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
Terima kasih 😊
@DapurCheMala
@DapurCheMala 3 года назад
Resepi kek buah memang nampak menarik dan mantap. Resepi Malay Kitchen memang senantiasa menarik dan pastinya sedap. Terima kasih dear atas perkongsian resepi special ini.
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
terima kasih. mesti cuba 😊
@DapurCheMala
@DapurCheMala 3 года назад
@@malaykitchen 😊😊👍
@nouriadam7004
@nouriadam7004 3 года назад
Tq dear... saya dah try & follow step by step, sedap sangat... 👍🏻👍🏻👍🏻
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
Alhamdulillah. 😊
@fairuznazilah2941
@fairuznazilah2941 3 года назад
Saya dah cuba buat ikut resepi malay kichen ni. Alhamdulillah..menjadi dan rasanya pun tak manis sgt. Tq..share resepi ye
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
kurang manis lebih sihat. kan 😊. Alhamdulillah
@fariharaisha1254
@fariharaisha1254 3 года назад
saya dah try..memang sdp..dan cantik sgt kejadian nyer.. tq malay kitchen...🥰🥰
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
Alhamdulillah
@rupinahkilaprupinah8181
@rupinahkilaprupinah8181 7 месяцев назад
Trimahkasih resepinya
@sitizaleha8081
@sitizaleha8081 2 года назад
T. Kasih bg resepi dan tunjuk ajar buat kek buah...
@naananao
@naananao 7 месяцев назад
Terima kasih resipinya 😍
@norlela5050
@norlela5050 Год назад
Walau saya tak guna ovalette tapi kek tetap lembut . Saya tambah oren sunquick utk naik kan bau dan rasa. Tq malay kitchen 🥰🌷
@malaykitchen
@malaykitchen Год назад
Wahh kreatif.. dan pasti rasanya sedap kan sbb ada flav oren tu
@norlela5050
@norlela5050 Год назад
@@malaykitchen Alhamdulillah , husb n tetamu suka dan puji resepi ni sedap. yg penting mixed fruit tak tenggelam ☺️
@wati431
@wati431 2 года назад
Saya dh buat hari ini n follow step by step .. best n sedap kek ne .. tq tq akak.. salam kenalan dri 🇧🇳🇧🇳 ..
@malaykitchen
@malaykitchen 2 года назад
Terima kasih sis. 😊
@Oppoa3157
@Oppoa3157 Год назад
Baru nak try resepsi ni
@malaykitchen
@malaykitchen Год назад
Ok. Lets do it..selamat mencuba ya 😍
@alifakmal7410
@alifakmal7410 3 года назад
Wahhh.. sangat mudah.. tq sis❤️
@jubedahgilas5217
@jubedahgilas5217 3 года назад
Simple dn mudah👍👍👏😍
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
ya. terima kasih
@sitiiswalni4455
@sitiiswalni4455 3 года назад
Dh buat. Mmg menjadi & sedap sangat. Tq sis😘😘
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
Alhamdulillah
@sitirahmirina6692
@sitirahmirina6692 3 года назад
Trm kasih yg membagi ilmunya
@peraksut6760
@peraksut6760 3 года назад
Tqsm,terliur plk dh ni.Aaa Roiii.👍👍👍👍
@joanna2153
@joanna2153 3 года назад
Sedap
@mahani7067
@mahani7067 5 месяцев назад
sy dh bt menjd elok .tkasih resepinya moga dimurahkan rezeki.nk jual brapa harga yg sesuai ye.
@myrabaizura38
@myrabaizura38 3 года назад
Menjadi sangat 😍😍 thankyou sis share ilmu 😘
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
Alhamdulillah
@zierazak3820
@zierazak3820 Год назад
Sy kongsi ya...tq
@malaykitchen
@malaykitchen Год назад
Silakan..sama2
@ushasha725
@ushasha725 3 года назад
Turn out well.. Thanks
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
most wc 😊
@amuthavalli9175
@amuthavalli9175 2 года назад
Yummy 😋😋😋😋😋👌👏💖👍
@etcsamsung5089
@etcsamsung5089 3 года назад
Assalammualaikum Wbt. Saya minta diizikan bkongsi resepi ini. Muga ilmu nya diberkati Allah dan sehat selalu. Aamiin0
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
Wsalam
@etcsamsung5089
@etcsamsung5089 3 года назад
Maaf salah tulis. Aamiin sepatutnya
@mahani7067
@mahani7067 2 года назад
Sya dh bt sdap
@dakwahku5913
@dakwahku5913 2 года назад
Terima kasih
@malaykitchen
@malaykitchen Год назад
sama-sama.. selamat mencuba. inshaAllah sedap kek buah ni.
@ravindhanoa
@ravindhanoa 28 дней назад
Hi. Manja api guna atas n bawah ye n utk berape minute u preheat oven?
@sarinamatnoor9058
@sarinamatnoor9058 2 года назад
Terima kasih atas resipi... Kalu takda ovellet boleh ganti cream of tar tar ke..?
@shikinlaura8061
@shikinlaura8061 6 месяцев назад
Salam,lepas bakar sebelum dipotong nk kne simpan dlm peti ais ke
@nooranizah8716
@nooranizah8716 2 года назад
Salam sis..1 cwn Gula halus yg di maksudkan tu.. Gula yg dah di belender br di sukat atau gula yg blm di belender baru di sukat 1 cwn..
@farisahrazuki5192
@farisahrazuki5192 2 года назад
Gula yang dah diblender
@chiaradsouza9681
@chiaradsouza9681 2 года назад
Ur recipes are good but we cannot understand....we need subtitles
@nurainain9901
@nurainain9901 2 года назад
Hi sis boleh tak gantikan gula halus kpd gula kastor...
@sitizuridah596
@sitizuridah596 2 года назад
Terima kasih resepinya😋Saya nak tanye boleh tak kita tukar dari bakar ke kukus kek ni tapi guna resepi yg sama?😁
@malaykitchen
@malaykitchen 2 года назад
boleh
@nrrmya
@nrrmya 3 года назад
Tepung naik sendiri tu apa ya boleh ganti dengan royal,ragi,bikarbonat tak ?...
@rohanaahmad326
@rohanaahmad326 3 года назад
Gula halus tu caster or powder icing. Tk
@jeffbieybieyjef3302
@jeffbieybieyjef3302 3 года назад
Ikut sukatan yg sis bg tu mmg xmnis da hahaha apy sgt3 mjdi ikt respi ni
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
mmg xmanis, kurang manis baik utk kesihatan. 😊
@atikahmisran1525
@atikahmisran1525 3 года назад
Kalau tak ada tepung naik sendiri. Gunakan tepung gandum biasa, nak kena tmbh baking soda atau serbuk penaik. Dan kena tmbh berapa banyak?
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
boleh guna 1 cawan tepung gendum, 1/2 sudu teh baking powder dan 1/2 sudu ten soda bikarbonat
@hgjebat4150
@hgjebat4150 Год назад
Terima kasih sbb tya..sy pun nk tau
@mieyradanieya4902
@mieyradanieya4902 3 года назад
Boleh bagi sukatan semua bahan2 dalam gram tak?? 🙏
@ikaelfira1303
@ikaelfira1303 2 года назад
Kalau kukus blh tak?and brpa lama ye
@norfazira5165
@norfazira5165 2 года назад
Kalau pakai tepung gandum boleh ke?
@cheryldsouza3338
@cheryldsouza3338 3 года назад
Plz sub titles in English
@aluyun2128
@aluyun2128 3 года назад
Baru buat.. menjadi cuma tergelap permukaan atas dan teksture kek saya buat jadi rapuh.. x macam dalam video kenapa ya?
@sitinorhajarbintiawang9697
@sitinorhajarbintiawang9697 2 месяца назад
1.5 cawan tu macamana ya ?
@marmari2359
@marmari2359 3 года назад
Telur tu nak kena pakai gred A ke baru jadi? Kalau pakai gred B tak jadi ke? Kat rumah ada gred B ja 😅
@HaylarDoluam
@HaylarDoluam 3 года назад
Boleh tp kalau guna gred B kena tambah sebiji lg banding dgn sukatan gred A, contoh kalau gred A guna tiga biji, gred B kena guna 4 biji. Akak saya selalu buat kek dia ajar saya mcm ni.
@meriasalleh6550
@meriasalleh6550 3 года назад
boleh dikukus tak
@ros1755
@ros1755 Год назад
hai nak tanya, kalau saya guna loyang saiz 10x10 inchi. Kena gandakan adunan lah kan?
@malaykitchen
@malaykitchen Год назад
Betul.. gandakan sekali lg adunan ya
@roziantirozianti
@roziantirozianti Год назад
Salam puan, maaf tanya..saya baru cuba tadi. Tapi buahnya mendap ke bawah, dah ikut step yang puan ajar. Mungkin ada tips untuk bagi buah tu merata tanpa mendap ke bawah? Terima kasih
@harsininaiduuu7779
@harsininaiduuu7779 3 года назад
Guna mentega ke butter? Sbb dlm video marjerin tapi ada comment jwb butter.
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
salah satu pun boleh. cuma kalau guna butter rasa lebih sedap
@roslinahhroslie_8776
@roslinahhroslie_8776 2 года назад
Pakai tepung gandum bole ke....
@malaykitchen
@malaykitchen 2 года назад
boleh tambah baking powder dan ayak
@felialek6362
@felialek6362 3 года назад
gula tu gula icing @ gula castor
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
gula castor atau gula halus biasa pun boleh
@blackmamba.1131
@blackmamba.1131 3 года назад
Kukus boleh tak ?
@MaslinaMdYusuf
@MaslinaMdYusuf 2 года назад
Klu nk buat loyang 8 inci bp sukatan ye
@malaykitchen
@malaykitchen 2 года назад
Resepi ini gunakan loyang 6inci, jika nak 8 inci boleh gandakan setengah lagi sukatannya. Terima kasih
@vivianng4360
@vivianng4360 3 года назад
Hai sis kalau guna sukatan gelas tu berapa gr sis, gula sama tepung berapa gr
@bungakuning9420
@bungakuning9420 3 года назад
1/2cwn gula = 125gram 1 1/2cwn tepung = 225gm
@vivianng4360
@vivianng4360 3 года назад
@@bungakuning9420 okay tq sis😊, nak Cuba nanti
@makbonda80
@makbonda80 2 года назад
Kenapa saya buat.. ikut yg sama tp masa bakar buah tenggelam semua ke bwh..blh bantu
@Fathiaapril
@Fathiaapril Год назад
Maaf ye, berdasarkan pengalaman mungkin akak tak cukup putar kek tu.
@chiaradsouza9681
@chiaradsouza9681 2 года назад
Ingredients in English please
@user-ye4in8zq2o
@user-ye4in8zq2o Месяц назад
1.5 cwn bersaan berapa gram
@malaykitchen
@malaykitchen Месяц назад
@@user-ye4in8zq2o 1 cawan tepung : 250gram
@anismuzliana2376
@anismuzliana2376 3 года назад
Xde mixer .. blender boleh x
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
pakai hand whisk. tp kena mak sure butter/merjerin dgn gula d pukul hingga kembang
@samirahirah4833
@samirahirah4833 3 года назад
Tambah susu tepung boleh tak
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
boleh.
@norasyikin2740
@norasyikin2740 3 года назад
1.5 cwn mksudnya 1cwn setengah ka?
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
ye. betul 😊
@maksulife5034
@maksulife5034 3 года назад
Xpakai ovelete bleh x?
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
boleh. cuma tekstur kek lebih cantik bila pkai ovelette
@kingkungwongking1350
@kingkungwongking1350 3 года назад
1 cawan tu berapa gram ya,sy takda cawan tu
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
~250g
@norhidayuwanmohdsam4264
@norhidayuwanmohdsam4264 3 года назад
Kalau guna pengukus ikut resepi ni jadi tak ?
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
Boleh cuba 🙂
@syahieda
@syahieda 3 года назад
Ovelete utk ape ye
@asawascully7174
@asawascully7174 3 года назад
Utk lmbutkan kek..
@QAZA-tc8ck
@QAZA-tc8ck 3 года назад
Bakar api atas bawah sekali ke
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
api atas bawah. letak rak paling bawah 😊
@QAZA-tc8ck
@QAZA-tc8ck 3 года назад
@@malaykitchen saya baru buat petang tadi ikut resepi awak ni... sedap dan tak manis... terima kasih atas resepinya
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
kurang manis, boleh makan banyak. 😊. Terima kasih
@juriahnaim1583
@juriahnaim1583 3 года назад
Kalau guna butter boleh tak
@malaykitchen
@malaykitchen 3 года назад
mmg guna butter ni
@nurulatika2393
@nurulatika2393 2 года назад
Api atas bawah ke
@malaykitchen
@malaykitchen 2 года назад
Ya guna api atas bawah.
@rozeekasura9647
@rozeekasura9647 2 года назад
Allah!!! Apa benda tu ovelette!!! Sini takde lahhhj😡😡😡
@putey2937
@putey2937 2 года назад
awk dok mana ya.. kt bakery byk, kat shoppe bersepah.. cari yg halal...kt pasaraya pon ada... gi je bahgian buat kek atau bahgian bakng..pasti ada
Далее
Kek Buah Kukus Legend, Resepi Berniaga
13:17
Просмотров 217 тыс.
Аруси Точики ❤️❤️❤️
00:13
Просмотров 92 тыс.
ПРИКОЛЫ НАД БРАТОМ #shorts
00:23
Просмотров 523 тыс.
Cara Buat Kek Buah Bakar Yang  Mudah
6:13
Просмотров 29 тыс.
Apam Pisang Kukus, gebu sangat tambah 1 bahan penting!
7:14
Kek Buah Versi Bakar Lembut, Moist | Baked Fruit Cake
7:35