Тёмный

[Ruang Komen👇] Istiadat Pemakaman Al-Marhum Sultan Brunei ke-27 (1950)  

Calaf
Подписаться 73
Просмотров 3 тыс.
50% 1

Laporan Istiadat Pemakaman di bahagian Komen👇

Опубликовано:

 

27 дек 2023

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 29   
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 5 месяцев назад
Baginda ani iaitu Sultan Ahmad Tajuddin, juga digelar Raja Api kerana ada yng mengatakan ketika Tentera Jepun melancarkan serangan secara basar²an, Istana baginda di Kampong Ayer hangus dijilat api, apa yng menakjubkan, baginda ani selamat kerana dikatakan baginda kebal dan dpt melalui api² yng bekobar atu, dan atulah kali pertama jua Istana Darul Hana dibina utk kediaman Sultan Brunei mulai hari atu..
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
Ya Allah, semoga roh Baginda ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman, alfatihah untuk Almarhum sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien ibni Almarhum Sultan Mohammad Jamalul Alam..😢😢😢
@user-qh7kl9tj3u
@user-qh7kl9tj3u 7 месяцев назад
NEGARA ISLAM YANG MEMILIKI RAJA ADIL KEPADA RAKYAT nye HINGGA KE SAAT INI AMIN.INSHAALLAH
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
Di dalam ruang Singgahsana tepatnya Balai Penghadapan, selalunya akan dipasang sebuah payung bersaiz besar dibuat sengan kain sutera berbentuk kotak, ianya akan digantung di langit2 tengah2 Balai Penghadapan itu, dan alat kebesaran diraja ini dipanggil "kindua". Ketika kemangkatan Sultan, Kindua ini dilonggarkan sedikit sehingga ia hanya bergantung kepada 4 utas tali pada tiap2 empat penjuru, apabila layuan baginda Sultan akan dibawa keluar daripada Balai Pemghadapan menuju ke Usongan, maka Kindua itu akan diturunkan lalu diikat sebagai kain keranda Sultan itu. Apabila sampai di liang lahad, kindua itu akan dicabut lalu akan dimasukkan ke dalam puan(Kandi atau bekas perak untuk menyimpan air) yang berisi dengan bunga tujuh aneka. Lalu ia akan dimandikan dengannya, dan akan digantung semula pada langit2 Balai Penghadapan itu, lalu ketika majlis Tahlil malamnya, sebuah pebarahan (kemenyan) akan diletakkan dibawahnya, dan asap itu akan terbang ke kindua itu.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
Pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin inilah berlaku penaklukan Jepun, pada ketika itu, bukan sahaja rakyat yang menghadapi masalah akibat penaklukan ini, juga turut menjejaskan pihak Istana Darul Hana ketika itu, yang diceritakan sendiri oleh pembesar sekaligus penulis Brunei ketika itu iaitu Allahyarham Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Awang Haji Mohammad Jamil Al-Sufri dalam buku beliau bertajuk "Pe-naklukan Jipun ke-atas Negeri Brunei (1947)" "..Pada ketika itu, baginda Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Ahmad Tajuddin ter-paksa ber-adu di se-buah ruangan kosong di-belakang patarana untok meng-elak daripada di-bunoh askar Jipun ber-sama dengan para cheteria2 dan wazir2, serta se-bilangan kechil panglima yang turut tinggal di-Istana Darul Hana demi mem-pertahankan baginda dari se-barang anchaman, ketika matahari sudah naik se-penggalah (waktu dhuha), pada lazim-nya akan dititer Naubat Raja, namun di-keranakan askar2 Jipun sama sekali tidak me-nyukai bunyi2 bising pada waktu pagi, maka Naubat Raja hanya dititer dengan se-bilah rotan yang di-hiris nipis supaya bunyi-nya tidak ter-lalu nyaring, di-pukollah Nekara dan Gandang Labek tanpa tiupan serunai, maka apabila ke-dengaran bunyi Naubat Raja, baginda Sultan lalu bangun dari ber-adu dan meng-ambil wudhu dari pantaran (suatu tingkat di luar istana) dengan ayer yang di-simpan dalam sebuah puan (bekas air diperbuat dari perak).."
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
Almarhum baginda merupakan satu2nya Sultan Brunei yang dimahkotakan bukan dengan mahkota melainkan dengan songkok baginda yang dihiasi dengan emas.
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
"We have just heard that His Highness the Sultan of Brunei died two hours ago." - June 4th, 1950 Some had expected the news, for the island Lumut Lunting had been submerged the previous day and a barking deer had been heard behind the Residency - both together sure portents of the death of a Sultan. An hour later as our boat reached the famous "Venice of the East", we heard the muffled beat of the nobat, its familiar sound deadened by placing the base of the drum in water. The 7,000 people who live in these Kampong Ayer houses...first heard the news through that drum, recognising the particular slow beat and muted tone as meaning only one thing - the death of their Sultan. At intervals throughout the night we heard the drum, like a stifled sob, echoing across the water [NOTE: Kathleen Walter may have mistaken the Gendang Raya for the Nobat drum] Today at 1.15 [pm - Monday, June 5th 1950], we assembled in the Council Chamber...The pallbearers...lifted the coffin draped in yellow...The royal nobat (drum) - [may have been the main kettledrum, i.e. Nakara] which had been silent since the Sultan's death was placed on the dais. The coffin...[was] placed on the dais, the royal yellow umbrella held above it. Then the Second Minister [Pengiran Pemancha]...holding the Sword of State, called for seven prayers for the late Sultan. The sad wandering notes of the flute mingled with the drums [the song of Alexander]...Then the [Pengiran Pemancha], announcing that the Sultan was dead, asked that the people should salute the late Sultan's brother...as the new Sultan. Their shouted "Sambah!" shook the air. [On the Brunei River] The drums and flute played [The Procession Drumbeats] as the great barge was towed a mile to the Royal Graveyard, across the water passing between the houses of Kampong Ayer. [We] watched the teak coffin carried to the foot of the grave...Following Muslim custom the body was turned on its side, supported by yellow silk bolsters, and earth was put in the coffin. Everything was done with dignity. Finally the coffin was placed in the niche in the grave, and the yellow silk umbrella which had never ceased sheltering the coffin was now held above the new Sultan. Finally two new stones were raised marking the grave of the late Sultan Ahmed Tajudin, K.C.B.E., C.M.G., born September 2. 1913, died June 4, 1950. Sultan of Brunei for 25 years and nine months. Excerpts from: Kathleen Walter, The Straits Times, 15 June 1950. Images from: Various Internet websites
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 18 дней назад
Kuasa Allah, daulu keluarga bisamba yg tinggal di Kg Bolkiah waktu pagi tekajut, Pulau Lumut Lunting tarus² ilang, tpi yg tetua menangis, pasal tau apa sababnya tu.. sekali banar tia, waktu pagi cematu pukul 6-7 kali, kana umumkn di radio bahawa Begawan udah kembali ke Rahmatullah.. waktu Pg. Muda Abd Azim mangkat pun seingat amba ia tenggalam jua..
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 18 дней назад
Yg gandang disimpan permukaannya di aying atu, bukannya gandang naubat tu.. Gandang Raya nya bisdia, tpi walaupun namanya gandang raya, kalau ia dipalu bukan maksudnya menandakan hari raya tu.. maksudnya Sultan mangkat tu.. ani pun jua dulu yg menggual gandang atu Jurulaki awng hj muntol.. nya bisdia urng2 memancing mendangar tu bunyi gandang atu..
@calaf1307
@calaf1307 18 дней назад
@@HasyimHjHakim1943 awu, silap penulis tu...anu jua, tau Tuan cemana usulnya Gandang Raya atu?
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 18 дней назад
@@calaf1307 amba pernah dlu teliat gambar milik allahyarham jurulaki awng hj muntol, usulnya mcm Nakara tapi basar , sama diperbuat daripada kayu.. ia punya kakinya atu kiranya dlm english "base"nya atu, dimasukkan ke dalam sungai.. permukaannya atu dikatuk tah tu sma rutan yg panjang sama tabal sdikit..
@firdausbaharin5537
@firdausbaharin5537 7 месяцев назад
Ada keturunan Raja Brunei dekat Malaysia dan mereka bukanyah org biasa...
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
kat Pulau Pinang ramai.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
Pengisytiharan Sultan Lindung Rujukan: Buku Adat Istiadat Diraja Negara: "..apabila seorang Sultan itu telah lindung, maka ketika itulah, Naubat Ibrahim akan dititir di Puadai Istana itu sebagai isyarat bahawa Sultan telah lindung, dan berapa orang akan ditugaskan untuk menabuh "Gendang Raya" sambil permukaannya itu menghadap ke dalam air, insya Allah, dengan izin Allah, seluruh rakyat sultan yang berada di pesisir negara akan terdengar bunyi gendang raya itu. Serta seluruh bendera akan diturunkan setengah tiang.." ISTIADAT PEMAKAMAN DIRAJA: "..Jika seorang Sultan itu lindung, sebelum baginda dapat mengisytiharkan atau memahkotakan Pengiran Muda Mahkota, atau anak baginda, atau mana2 orang yang berkenaan, maka Layuan/jenazah baginda akan disimpan di tengah2 Lapau bagi "Istiadat Pengisytiharan Pengganti Sultan", manakala peralatan Naubat Diraja akan tersenja/tersimpan di depan pataratna, maka apabila layuan Sultan itu memasuki Lapau, maka Juru serta pegandang2 Naubat akan mengambil peralatan Naubat Diraja lalu duduk di pisuk (sudut) sebelah kiri bahagian peningkah bawah Lapau itu, sebelum majlis dimulakan, Mufti Kerajaan atau orang2 berjawatan Menteri Ugama akan membacakan Fatihah, setelah itu, bakal pengganti Sultan itu akan berdiri di bawah telapak kaki layuan Sultan itu, serta pada ketika itu, Ketua Cheteria akan membacakan chiri serta nama batang tubuh Sultan itu dihadapan seluruh orang hadirin, sejurus itu, mengangkat sembahlah para hadirin serta dititir Naubat Iskandar, namun bunyinya agak sayup dan sayu. Selesai istiadat, doa Selamat akan dibacakan oleh Mufti Kerajaan atau Menteri Ugama yang ditetapkan, maka selesai sahaja doa selamat dibacakan, layuan Jenazah Sultan pun akan diarak menuju Kubah Makam Diraja diiringi dengan paluan "Gendang Arak-Arakan", di Kubah Makam Diraja, 4 orang Begawan Mudim dan Mudim akan bergantian masuk ke liang lahad untuk melaungkan bang "azan", sementara dititir Naubat Ibrahim, menandakan bahawa layuan Sultan akan segera memasuki liang lahad. Maka ketika itu, seluruh rakyat dan orang yang hadir akan mengangkat sembah sebagai tanda taat setia yang terakhir.." -Pada zaman Pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah, amalan Titir Naubat Ibrahim ketika pemakaman, Naubat Iskandar dititir dihadapan Sultan , Gendang Arak Arakan serta dilaungkan azan sebanyak 7 kali dengan Begawan Mudim yang bergantian telah dimansuhkan dengan alasan bahawa ianya bercanggah dengan syarak. -Di Brunei, apabila tenggelamnya Pulau Lumut Lunting serta Pulau2 di belakang Istana, pertandanya akan terjadi suatu peristiwa yang akan menyedihkan seluruh Negara Brunei, contohnya kemangkatan Sultan2 Brunei.
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
Salah satu faktor yang saya rasa menyebabkan titir Naubat dimansuhkan adalah peranan Mufti Brunei pertama, yang telah datang dari Johor, di mana paluan Nobat tidak diamalkan. Namun, ia adalah untuk yang terbaik. Tapi ada juga kalanya saya berasa kesal atas adat yang dimansuhkan. Tapi kadang-kala saya rasa pelaksanaan adat-istiadat ini tidak menentu. Contohnya Gendang Arak-Arakan masih dititir selepas Al-Marhum Begawan Sultan lindung.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
@@calaf1307 ye pemansuhan Naubat Diraja atau muzik2 yang lain ketika pemakaman diraja adalah atas fatwa Mufti Dato Seri Setia Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, mufti pertama Brunei, dikeranakan ia bertentangan dengan syarak dimana beliau menyerupakan pemakamaan diraja yang diiringi paluan Naubat sama macam pemakaman orang2 hindu, ya memang, adat paluan Naubat ketika pengebumian ni adalah adat yang memang telah dilakukan oleh Sultan Muhammad Shah , sultan pertama Brunei sejak dulu lagi, mengenai kesesuaian Gendang Arak Arakan, Gendang Arak Arakan hanya dititir bagi pemakaman:- -Almarhum Sultan Dan Yang Di-Pertuan -Almarhumah Duli Raja Isteri -Almarhum Begawan Sultan -Almarhumah Begawan Raja Isteri
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
@@calaf1307mungkin seruan azan diiringi titir Naubat Ibrahim tu dianggap mempermainkan azan, sebab buku mengenai Pemakaman Diraja dahulu ada menyatakan: "..semakin kuat dan nyaring suara mudim menyerukan bang(azan), maka semakin nyaringlah tiupan serunai itu, serta semakin kuat dititir Naubat Diraja, pada ketika Naubat Ibrahim itu dititir, seluruh pokok2 akan tunduk, seluruh perairan di Negeri Brunei ini akan tenang tanpa ombak sedikit pun, kerana suasana hiba yang menyelubungi seluruh negeri.."
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
@@HelmiAbdRahmanShah1756 lagipun memang tidaklah ada bukti kukuh untuk azan dilaungkan ketika pengebumian. Asal-usulnya datang dari fatwa seorang ulama Syria bermazhabkan Imam Shafi'i yang menyatakan ya sunat dibuat. Mungkin itulah sebab ia dilakukan di Brunei suatu waktu dahulu. Namun ditolak oleh ulama-ulama lain.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
@@calaf1307 betul juga, yang dilarang disini ialah apabila azan itu diiringi dengan paluan Naubat, maka bermula saat itu, Naubat Ibrahim tidak lagi dititir, dan pada Kemangkatan Begawan Sultan Hj Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien pada 1987, hanya seorang Begawan Mudim sahaja yang masuk ke liang lahad untuk melaungkan azan ke telinga arwah.
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
"Kita baru sahaja mendengar berita bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei telah lindung dua jam yang lalu." - 4 Jun 1950 Ada yang telah menjangkakan berita tersebut, kerana pada hari sebelumnya Pulau Lumut Lunting telah tenggelam tidak kelihatan, dan ditambah pula dengan bunyi seekor rusa menyalak di belakang bangunan Bubungan Dua Belas (Rumah dan Pejabat Residen British). Bagi yang mengetahui, kedua-dua kejadian aneh ini merupakan petanda kuat bahawa seseorang Sultan Brunei akan kembali bertemu Sang Pencipta dalam masa yang terdekat. Sejurus sahaja perahu kami tiba di tempat yang digelar "Venice of the East" ini, terdengar bunyi gendang nobat yang tidak begitu jelas, kerana bahagian bawah gendang telah diletakkan (dituntumkan) dalam air. Penduduk Kampong Ayer yang seramai 7,000 telah mengetahui akan lindungnya Sultan disebabkan paluan gendang Nobat yang perlahan dan nadanya yang tidak begitu nyaring. Sekali-sekala pada waktu malam, akan terdengar bunyi gendang itu, yang berdengung di permukaan air membawa nada yang sedih [mungkin yang dimaksudkan oleh penulis di sini adalah Gendang Raya, dan bukan Gendang Nobat] Pada hari ini, jam 1.15 petang [Isnin, 5 Jun 1950], kami telah berkumpul di bilik Majlis Mesyuarat... [Pengusung] mengangkat layuan Al-Marhum itu yang diselimuti kain kuning...Gendang Nobat Diraja [mungkin Nakara dimaksudkan] yang tidak berbunyi semenjak lindungnya Al-Marhum dilihat tersanja di atas dais. Di situ jugalah layuan Al-Marhum turut disemayamkan, dengan dipayungi oleh Payung Diraja berwarna kuning. ...[Duli Pengiran Pemancha] yang menghunus Pedang Kerajaan, bersabda agar bacaan doa [Surah Al-Fatihah] dilakukan sebanyak 7 kali. Selepas itu, kedengaran irama serunai yang sedih dan sayu, bercampur dengan paluan gendang-gendang [Naubat Iskandar]... Maka [Duli Pengiran Pemancha] bersabda bahawa Sultan dan Yang Di-Pertuan telah lindung, lalu menyeru agar para hadirin mengangkat sembah kepada adinda Al-Marhum...yang akan mengganti baginda sebagai Sultan. Lalu seruan "Sambah!" pun bergema di udara. ... [Perarakan Diraja atas Sungai Brunei] Irama serunai dan paluan gendang Nobat [Gendang Arak-Arakan] mengiringi Gegandong Diraja yang ditunda sejauh satu batu menuju Makam Diraja, melintasi rumah-rumah Kampong Ayer yang menghiasi perairan Sungai Brunei. [Kami] melihat keranda yang diperbuat daripada kayu jati itu diangkat ke kaki pusara Al-Marhum... [Keranda dibuka lalu] jenazah Al-Marhum dihadapkan ke kiblat, dengan beralaskan bantal sutera berwarna kuning, dan ketulan tanah diletakkan bersama-sama baginda. Semuanya dilakukan dengan penuh adab dan tatasusila yang sesuai dengan taraf seseorang Sultan. Akhirnya keranda Al-Marhum itu diturunkan ke dalam liang lahad, manakala Payung Diraja yang selama ini setia menemani Al-Marhum ke mana sahaja baginda berangkat, turut berpisah dengannya, untuk berkhidmat kepada Tuannya yang baharu iaitu Sultan Brunei ke-28. Istiadat Pemakaman tamat dengan dua buah batu nisan yang diletakkan di atas tempat persemayaman terakhir bagi Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II, K.C.B.E., C.M.G.; diputerakan pada 2 September 1913, dan lindung pada 4 Jun 1950; Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Brunei serta Sekalian Jajahan Takluk Rantau dan Pesisirnya yang ke-27, selama 25 tahun dan 9 bulan. Petikan dari: Kathleen Walter, The Straits Times, 15 Jun 1950. Terjemahan oleh: Calaf Imej dari: Internet -------‐---------------------- Marilah kita sedekahkan Surah Al-Fatihah buat baginda, dan berdoa agar Al-Marhum dicucuri rahmat dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala, diampunkan dosa-dosa baginda dan ditempatkan bersama orang-orang beriman di dalam syurga yang kekal abadi.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
Mengenai Payung Diraja, iaitu payung yang tempat pemegangannya itu diperbuat daripada ayer emas serta kainnya itu diperbuat daripada kain sutera, payung ini dikatakan apabila memayungi Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dibawahnya, maka tiada satupun cahaya matahari akan datang menyentuh tubuh badan baginda, lalu apabila Istiadat Pemakaman Diraja telah selamat sempurna dilaksanakan, Payung Diraja yang pernah memayungi almarhum sultan itu perlu diikat dengan benang sutera kuning dengan segera lalu dibakar, sebelum ia dibakar, maka payung itu akan mula digelarkan sebagai "Payung Haram", ianya juga merupakan antara alat2 pemajangan, sebagai petanda bahawa dalam majlis yang penuh gilang gemilang, maka akan jua dilimpahi daulat dari Sultan2 Brunei dahulu.
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
@@HelmiAbdRahmanShah1756 oh begitu. Sering sebut Payong Haram, tapi tidak tahu kenapa digelar sedemikian. Terima kasih Tuan. Apakah sebab ia mesti ditunu?
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
@@calaf1307 ia mesti ditunu atas sebab bahawa ada kepercayaan yang menyatakan bahawa : "Setiap Sultan itu berteduh dibawah payung sutera bewarna kuning itu, maka terserlahlah kedaulatannya dengannya", ini bermaksud, bahawa jika Sultan yang selalu dipayungi oleh Payung Diraja itu mangkat, maka bererti "daulat" yang melekat pada Payung Diraja itu tidak akan dapat sesuai dengan "daulat" yang baru dikurniakan ke atas Sultan yang baru itu, jadilah payung ini digelar Payong Haram kerana dipercayai jika ia masih dibuka untuk memayungi seseorang, atau Sultan, maka ia akan mendatangkan malapetaka kepada Sultan itu, kerana dikatakan, jika Sultan yang selalu dipayungi oleh payung itu lindung, maka Payung Diraja itu akan menangis dan "menyamal" (merajuk) selama ia masih utuh keseluruhan batang payung itu, maka dikeranakan itu, payung itu sendiri menolak akan memayungi sultan yang baru atas sebab ia akan sentiasa merindui Sultan yang lindung itu, oleh itulah ia mesti ditunu untuk mengelakkan malapetaka atau musibah terjadi terhadap Sultan yang baru itu.
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
@@HelmiAbdRahmanShah1756 Ma Shaa Allah, ilmu dan ingatan Tuan ini sangatlah bernilai. Kami orang muda bukanlah begifu arif tentang hal adat-istiadat ini. Semoga dengan sumbangan Tuan ini, ia akan dapat terus-menerus menjadi salah satu bekal untuk di hari kemudian...
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 7 месяцев назад
@@calaf1307 sumber dari buku2 lama tuan, saya banyak buku2 mengenai adat istiadat memandangkan allahyarham bapa saudara saya salah seorang manteri hulubalang zaman Sultan Ahmad Tajuddin dahulu, alhamdulillah, apa info yng berguna akan saya kongsikan
Далее
SIAPA WARIS SEBENAR SULTAN SULU
12:47
Просмотров 196 тыс.
SEJARAH SULTAN ABDUL HAKKUL MUBIN YG HILANG
8:28
Просмотров 16 тыс.
RIWAYAT SULTAN MUHAMMAD JIWA II
13:17
Просмотров 82 тыс.
Bagaimana James Brooke Boleh Sampai di Sarawak?
3:39
BAGAIMANA BRUNEI KEHILANGAN KALIMANTAN DAN BORNEO
12:16
KENAPA BRUNEI TIDAK MENYERTAI MALAYSIA
14:49
Просмотров 323 тыс.
Can you use Brunei money in S'pore?
2:01
Просмотров 48 тыс.
Majlis Santapan Diraja
0:59
Просмотров 2,1 млн