Тёмный

Tomyam Goong dengan Homemade Paste | Punya Sedap Boleh Challenge Restoran Thai 

Che Nom
Подписаться 2,2 млн
Просмотров 1,7 млн
50% 1

Hi semua….harini Che Nom nak masak tomyam goong menggunakan perencah tomyam yg dibuat sendiri, guna semua bahan-bahan yang ada di sini. Memang another level lah.
Tomyam goong ni tomyam udang sebenarnya. Selain beli pes tomyam yang ready made dari Thai tu, Che Nom kadang-kadang buat sendiri pes tomyam dalam kuantiti yang banyak dan simpan. Untuk sesiapa yandg suka masakan dari bahan-bahan semulajadi..tanpa pengawet..boleh cuba buat ni.
Perhatian..RALAT :
-Pada minit 5:22, 1 inci lengkuas, bukan halia
-Udang Che Nom masukkan selepas bawang holland
//Bahasa Melayu
-------------------------------------------------------------------------------
RESEPI PES TOMYAM
Bahan-bahan kisar halus:
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 batang serai
3 inci lengkuas
2 inci halia
2-3 biji cili merah besar
5-6 helai daun limau purut
15-20 tangkai cili kering
1 sudu besar udang kering
1 cawan pati asam jawa
sedikit air jika perlu
Bahan-bahan lain :
½ cawan minyak masak
1 ½ sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar sos ikan Thai
1-2 sudu besar gula nisan atau gula melaka
---------------------------------------------------------------------------------------
RESEPI TOMYAM GOONG
Bahan-bahan untuk tomyam goong:
air anggaran 1 liter
2 hirisan akar ketumbar
1 inci lengkuas
2 batang serai
2-3 helai daun limau purut
anggran 3-4 sudu besar pes tomyam
10 tangkai cili padi
cendawan tiram
hirisan batang ketumbar
¼ biji bawang holland
5-10 ekor udang segar
1 sudu besar sos ikan Thai
sedikit garam
2 biji tomato
¼ cawan susu cair
½ ketul kiub pati ayam
3-5 biji limau nipis (ikut saiz), ambil jus
hirisan daun ketumbar
//English
---------------------------------------------------------------------------------
RECIPE FOR TOM YUM PASTE
Fine grind ingredients:
4 shallots
5 cloves garlic
3 lemongrass
3 inch galangal
2 inch ginger
2-3 large red chilies (optional)
5-6 pieces kaffir lime leaf
15-20 dried red chili
1 tbsp dried shrimp
1 cup tamarind juice
some water (if required)
Other ingredients:
½ cup cooking oil
1 ½ tbsp dried coriander powder
3 tbsp Thai fish sauce
1-2 tbsp palm sugar
-------------------------------------------------- -------------------------------------
RECIPE FOR TOM YUM GOONG
Ingredients for tomyam goong:
about 1 liter of water
2 fresh coriander root
1 inch galangal
2 lemongrass
2-3 pieces kaffir lime leaf
abaut 3-4 tbsp homemade tomyum paste
10 bird's eye chilli
oyster mushroom (or any other type of mushroom)
chopped coriander stalk
¼ holland onion
5-10 fresh big shrimp
1 tbsp Thai fish sauce
salt to taste
2 tomatoes
¼ cup evaporated milk/fresh milk
½ chicken stock cubes
3-5 whole lime (depending on size), take the juice
chopped coriander leaf
Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: bit.ly/CheNomFacebook
#resepichenom #tomyam #thaifood

Развлечения

Опубликовано:

 

21 июн 2020

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 1 тыс.   
@natashafarhana6462
@natashafarhana6462 4 года назад
Saya baru je cuba resepi tomyam ni,, srs paduuuuu sgt.. terima kasih che nom atas perkongsian resepi yg cukup sedap.. sbnrnye dah lama try mcm2 cara buat resepi kasi kaw gitu,, finally jumpa jgak🥰😍 terima kasib che nom moga terus success dan murah rezeki..
@CheNom
@CheNom 4 года назад
Terima kasih sudi cuba dan bg feedback 🤗
@maknon6061
@maknon6061 4 года назад
Kalau pes tu nak jual boleh berapa lama cek Non..?
@latipah-bo3xv
@latipah-bo3xv 3 года назад
J
@patimahidris6595
@patimahidris6595 3 года назад
@@CheNom 56
@adilahafrina6888
@adilahafrina6888 3 года назад
@@CheNom resepi kepah masak sambal please😓😓
@yecly
@yecly 4 года назад
Saya orang keturunan Thai. Approved this! Mmg saya gerenti sedap ni. Sbb resepi tok kami pun lebih kurang ja rencah 'prik pao' dia. Beza cuma kami sangai dulu semua, pastu ada belacan bakar, udang kering. Semua sangai, tumbuk sampai jadi pes halus dan lumat dan goreng cam besa. Allahu... Dengan sangai kat dapur luar sbb asap berkepok, tumbuk lagi (tok kami xbagi guna blender, xtau pasaipa). Bergotong-royong jugaklah makcik2, semua adik beradik bt pes ni. Sampai lencun. Lenguh tangan tu, xtau nak habaq lah. Tapi berbaloi sebab pes tu kami bt macm2, bukan takat tom yam ja. Tom yam kami pun, klo cabai burung tu, blend dengan bawang putih, baru tauk dalam sup tu. Kami boh la sos tiram sikit, sos ikan. Dan ya, bak kata cik nom, kami guna stok ayam. Last2, lepas letak pes, udang, sayoq bagai, ambik cabai kering yg dah sangai, bagi pecah guna tangan (pakai lesung boleh untuk elak pijaq tangan, tapi jangan hancoq sangat), cuma sampai jadi serpih kecik-kecik ja, pastu tauk dalam sup. Nnti akan rasa ala2 smoky. Pastu tutup api, baru masuk jus limau nipis dgn boh daun ketumbaq. Kalau ada ketumbaq jawa yg panjang tu lagi sedap. Cuba la, dappp oooo... Tak rugi basah ketiak masak. Hahahaahaha...
@kandimoon7075
@kandimoon7075 4 года назад
Nur Aliff.... trm kasih chek.... kongsi ilmu dgn kami... nnt kami nak try buat lagu tuu... 👍👍
@yecly
@yecly 4 года назад
​@@kandimoon7075 Jika begitu, anda adalah salah satu insan mulia yang tabah. Maka bertabahlah semasa membikinnya. Tambahan tips sebab akak rajin! Kat siam klo biasa makan, kadang2 tom yam dia berlemak kaw kan? Tu depa tuang skit susu cair, tp kena pandai agak la. Setengah cawan untuk satu periuk biasa. Agak2 jangan la terlebih, sampai bersusu pulak nnti. Nnti jadi tom yam susu! Selamat mencuba
@yecly
@yecly 4 года назад
@@CheNom Silakan Che Nom dan bertabahlah. Saya rasa tang tumbuk tu, klo blender ok la kot, sbb kami tumbuk tu lama jugak la, sampai berganti tangan. Nnti Che Nom boleh cuba resepi lain yg pakai pes 'prik pao' tu, sbb banyak resepi pakai pes tu. Reka sendiri pun ok.
@HRizalRF5
@HRizalRF5 4 года назад
Sangai tu ncm mana ye ?
@yecly
@yecly 4 года назад
@@HRizalRF5 Goreng kering tanpa minyak, nak dapatkan kesan 'grill' kat luar bahan klo basah mcm bawang, dan dapatkan bau serta keluar minyak untuk bahan kering mcm rempah ratus. Bawang tu bakaq pun boleh, tp klo bakaq, jangan buang kulit. Bakaq sampai hitam skit kat luar, dan air bawang keluar. Nnti nak tumbuk/blender, buang la bahagian yang hitam tu. *Orang Vietnam bt ni untuk sup pho depa. Tu yg rasa sedap tu. Udang kering tak perlu sangai, cuma rendam bagi lembut sebelum tumbuk/blend tu. Tom yum lagi sedap kalau dalam kepala udang, tamale/otak dia tu tepu. Kadang2 kami saja ambik kepala udang2 besar, dan picit otak udang tu keluar masuk dalam sup semasa masak. Ni kalau ada resepi lain yg pakai udang la time masak tu. Sbb kalau masak kerabu, kulit dgn kepala kami akan buang. Kulit dgn kepala yg tak guna tu boleh juga 'sangai' sampai keluar air dan memerah skit, pastu baru tambah air stock ayam. Rebus sekali sampai mendidih, slow api dan biar lama skit berendam tu. Nak ambik air udang tu. Baru tom yam rasa sedap dan kaw. Tapi klo bt cmni, kena kaut buang la semua kulit dan kepala sebelum start nak bt tom yam kita. Jangan masak tom yam dgn kulit2 udang berceragah dlm tu, nnti org ingat tukang masak makan pastu buang dalam tu balik. Hahahaaha...
@Mnhr-fg5tj
@Mnhr-fg5tj 4 года назад
You are the best demonstration chef Che Nom. Kejujuran dalam memberi tunjuk ajar dan bahasa yang penuh santun...semuga Allah memberkati kehidupan anda dan keluarga. Aaaminnn.
@norimahabdullatip6840
@norimahabdullatip6840 2 года назад
che nom knpa x masuk udang tuv..xda pun dlm video udng dks masuk
@norimahabdullatip6840
@norimahabdullatip6840 2 года назад
kecewa saya tengo video ni
@lister1627
@lister1627 2 года назад
@@norimahabdullatip6840 simple kak.. Fikir logik je, kuah dah mendidih masukkan udang.. Done
@sambrahim5172
@sambrahim5172 2 года назад
I agree
@indahnurhiqmatin2361
@indahnurhiqmatin2361 4 года назад
Dah cuba resepi ni. Ibu saya puji sedap macam tomyam restoran thailand. Terima kasih che nom ♥️
@joeconer4097
@joeconer4097 4 года назад
Terbaik
@aimanfitri2474
@aimanfitri2474 4 года назад
NAK NANGIS TENGOK CHE NOM MASAK! BEST SANGAT!!! AYAM KAM HEONG DAH TRY SEMALAM SEMUA ORANG PUJI SEDAP HEHE OKEH HARINI TOMYAM PULAK....!
@humanhuman47
@humanhuman47 4 года назад
Tetap ketinggalan reccipi che nom..terbaik
@ayumohdradzi8309
@ayumohdradzi8309 3 года назад
@RU-vid Commentator hahahahahahha
@pavi2502
@pavi2502 4 года назад
I love the way che nom give recipe's one by one. .. So polite... Definitely will try this recipe..before this I tried your paprik ayam.. It's really awesome.. Taste good..
@deltahunter2302
@deltahunter2302 4 года назад
Ni pavithra dari Sugu pavithra channel ke?
@pavi2502
@pavi2502 4 года назад
@@deltahunter2302 tak la... Ini Pavithra lain...
@hanahanglipo8355
@hanahanglipo8355 4 года назад
@@pavi2502, kamu ada chanel utube ker
@pavi2502
@pavi2502 4 года назад
@@hanahanglipo8355 belum start lagi.. Takut nak start.. Hihihi.. I baru post video anak I.. Hihihi
@zatimazlani1874
@zatimazlani1874 4 года назад
Delta Hunter aasarafdi
@sitisuhaila7935
@sitisuhaila7935 4 года назад
Dah cuba. Saya balik keje je terus masak, berbaloi penat bila masakan dia sedap macam ni 😋 Thank you cik nom for the recipe ❤️
@amoitan1314
@amoitan1314 4 года назад
Resipi Che Nom memang sedap. Cara penerangan pon sangat terperinci. Terbaiklah antara resipi resipi yang pernah saya cuba. Well done!
@nadzmiyusof2713
@nadzmiyusof2713 4 года назад
Tengok resepi tomyam goong cik nom ni terus berdegoong selera.. wajib try weekend ni.. terimakasih cik nom👍
@a.dgaming2845
@a.dgaming2845 4 года назад
Saya tak skip iklan, support cik Nom dan tanda terima kasih.
@idahhaida5244
@idahhaida5244 4 года назад
Tutorial video dari Che Nom memang terbaik.Mudah di fahami dan begitu telitj sekali cara Che Noml menerangkan dan menunjuk) ajar cara memasak ,Wow !Tomyam goong homemade paste pasti sedap bila memasak lauk ini.Terimakasih Che Nom.kerana sudi berkongsi ilmu masakan,Semuga Allah murahkan rezeki Che Nom dan mempermudahkan kan segala urusan Che Nom.Semuga channel Che Nom mendapat like dan subscribe yang banyak.Amin.Saya like dan subsctibe channel Che Nom.
@ryuxalexei6096
@ryuxalexei6096 4 года назад
Suka tengok video resepi che nom, instructions sgt jelas dan complete. Org yg x brp pandai masak boleh pandai masak kalau follow video resepi che nom. Sy nk try la buat pes tomyum homemade che nom
@aairajannah4839
@aairajannah4839 4 года назад
Alhamdulillah So nice to have English subtitle on the recipe. Hopefully Che Nom will have more and more videos with English subtitles in the future. 🥰 Jazakillaahu khairaa 💗
@faridahcarmilla2519
@faridahcarmilla2519 4 года назад
Gd Morniiinnngg... Bestnyeee.... 😍😍💞 Pedas, masam... berselera laa mkn harini... Tq Che Nom... Hv a nice day.. 😘😘
@rehannanas9084
@rehannanas9084 3 года назад
Salam and thank you so much Che Nom. Kalau2 Che Nom ada time, tolong tunjuk ajar nak buat Pandan Chicken sekali kalau tak keberatan.. Thank you Che Nom. Love each and every cooking of yours, presentation and carefully advice on the ingredients. May Allah swt bless you and family.
@faziladaut5726
@faziladaut5726 Год назад
Terima kasih Che Nom. Sy baru sudah masak tomyam udang dgn pes homemade Che Nom ni. Mmg sedap, anak ckp sama mcm kat kedai tomyam. Pes tomyam pun byk dpt ikut resepi Che Nom ni. Mmg senang lah sy nk masak tomyam udang lps ni. Tq Che Nom.
@sitinurzila2009
@sitinurzila2009 4 года назад
Resepi Che Nom tak pernah mengecewakan...tq ..
@syasharum2186
@syasharum2186 4 года назад
The best recipe for TomYam! Everything from scratch. Ty Che Nom.
@najahshukri
@najahshukri 4 года назад
Wahhh dah lama cari resipi pes tomyam homemade! Terima kasih Che Nom Osemmm! 🥰🥰
@hisanidris9550
@hisanidris9550 4 года назад
Alhamdulillah..dah cuba che nom.. sedappp sangat recipe homemade paste che nom..Ma Sha Allah,
@afahimi54
@afahimi54 4 года назад
Selama ni ingat susah la buat paste tomyam.. rupanya senang je. Sihat dan berkhasiat. Terima kasih Che nom
@JenizRecipe
@JenizRecipe 4 года назад
wow delicious 😀.. i'm Jeni, also a Malaysian Tamil cooking channel! Awesome recipe. looks yummy .
@liathomas5015
@liathomas5015 4 года назад
Thank you so much Che Nom, all of your recipes are always wonderful and very simple. I definitely wanna try this, one of my hubby's fav food 😍 thanks again, may Allah bless you and your family.
@rihadatianchannel1243
@rihadatianchannel1243 3 года назад
Saya mau coba resep tom yam dari che nom...jadi ingat ketika dulu saya tinggal kat kulim sering sekali saya makan dikedai ros toyam..terimakasih che nom tlh brbagi resep semoga sukses selalu salam kami dari indonesia..
@farraelena7555
@farraelena7555 4 года назад
Ya Allah... content berkualiti mcm ni kalah cooking show kt tv. Sy baru terjumpa channel Che Nom ni. Awesome sgt 👍🏻
@haihai6350
@haihai6350 4 года назад
Awak
@zellalorra6104
@zellalorra6104 4 года назад
Menggugat Iman klau sedang berpuase 😌Tengok dri penyediaan sampai lah kesudah meleleh liur..belum rase.. Ape2 thanks kt Che Nom sbb sudi berkongsi ilmu tunjuk ajar pd sesiape saje yg kurang arif dgn masakan..ape2 lah. Semoga Che Nom diberkati dgn keikhlasan mengajar ..dan dimurahkan rezeki Che Nom sekeluarga.. Che Nom lawa set masakan che Nom..jual terus jer tak bole ke😁
@amierahani9732
@amierahani9732 3 года назад
Assalamualaikum che nom Saya pun baru ja Cuba resepi Ni...Memang 10/10 bintang ❤️ Sebab berulang2 family tambah nasi n meratah tomyam Ni...Rasa teruja lagi nak Cuba resepi yg lain pulak...😘Terima kasih atas ilmu yg dikongsikan...Moga che nom n keluarga semua dipermudahkan segala Urusan..Aameen....😉💕
@nursyahirah4567
@nursyahirah4567 4 года назад
Alhamdulillah ada jugak recipe tomyam dari Che Nom 😍thanks for sharing 💖
@farahabdullah3380
@farahabdullah3380 4 года назад
Waaah.. Tgk pun tau sedap ni che nom..terima kasih atas perkongsian homemade tomyam paste ni.. Nanti bole la try buat version che nom.. Senang buat stok kat umah🤗
@motherearth7647
@motherearth7647 4 года назад
Dear Che Nom love your cooking so much.. Thank for sharing with us. May God bless cause you makes everyone happy! Thank you sister.🤗
@peghioknasikchek2824
@peghioknasikchek2824 3 года назад
Shedapnya.. 😍 Tq very much Che Nom 🤗💖
@megasrisulistyowati9697
@megasrisulistyowati9697 3 года назад
Che nom saya dari Indonesia tapi saya suka Che kasih ajar dan cara memasak yg jelas dan terpercaya.trimakasih atas kabaikan nya.dan semoga Che nom kasi berkah sama Alloh dan sehat selalu amin yarobal alamain.
@chikmarychikmarys6627
@chikmarychikmarys6627 4 года назад
Alllaaaaahhh..i love u thousand time lh che nom..saya mmg suka yg homemade..kalau beli paste kedai pedas sangat🥰🥰..terima kasih resepi paste tomyam ya che nom..semoga semakin murah rezeki che nom
@shaaddin2122
@shaaddin2122 3 года назад
Masakan dan Resepi Che Nom tidak pernah mengecewakan.Saya sentiasa mengikuti perkembangan resepi menu masakan Che Nom selalu.Penerangan dalam memasak sangat mudah difahami dan tersusun.Video rakaman pun sangat cantik.Semua orang dah boleh memasak dengan cara masakkan Che Nom,simple je..Syabas dan Tahniah Che Nom.Semoga mereka yang tidak tahu masak akan boleh memasak.Hanya buka sahaja video Che Nom,Ikut sahaja cara Che Nom dah boleh masak.Syabas dan Tahniah Che Nom,semoga Che Nom sentiasa mendapat keberkatan dalam Hidup.Terima Kasih Che Nom.Kipidup Che Nom..sentiasa Menyokong Che Nom.🌟🌟🌟🌟🌟 untuk Che Nom
@jay3878
@jay3878 4 года назад
Saya baru berjinak² untuk belajar masak..dan try masak tomyam nie..my mom suka..siap puji lagi..thanks che nom your video nie memang senang untk org yg bru bljr msk..sbb step by step.👍
@rubyrachell5620
@rubyrachell5620 3 года назад
br lepas cuba resipi ni. dr paste sampai jdnya tomyam. menepati citarasa saya yg tak tahan pedas. pedas dia light2 je panas2 mulut. terbaik resipi cek nom ni.
@rosnahhirman5443
@rosnahhirman5443 4 года назад
Tahniah Che Nom anda memang pandai memasak, mudah2an kami dpt lain2 resepi menarik dari anda 👍🏻
@nhaziqahj6276
@nhaziqahj6276 4 года назад
sebelum ni da try buat pes mee bandung. hehe menjadi.. 😊😍 lepas ni bole try buat pes tomyam.. tq che nom.. ❤❤
@rozitashoaib5627
@rozitashoaib5627 4 года назад
Suka tgik Che Nom msk.. Teratur,bersih,mudah nk ikut..Terima kaseh byk2..😁💕
@lianaaqilah6914
@lianaaqilah6914 4 года назад
terima kasih che nom😍...sejak pkp ni, dgn utube channel che nom saya dpt blaja bnyk jenis masakan😄 emak pon puji
@nikhusna5669
@nikhusna5669 4 года назад
saya dah lama tunggu resepi ni! thankyou Che Nom,tak sabar nak buat esok!😝
@izzatfirdaus
@izzatfirdaus 4 года назад
tak pernah tak nampak menarik & sedap. ❤️
@husnaoleole4520
@husnaoleole4520 3 года назад
Assalamualaikuumwarohmatullohhiwabarokatuh. ..(MASSYAALLAH ) Semoga Cek nom..di limpahkan barokah ( sehat, umur panjang , ruzki lancar & sukses dunia wal.akhirat buat semua bisnis/ usahanya / share2 masakannya SEMOGA SUKSES SELALU..& bahagia sll.bersama seluruh keluarganya..SALAM SILLATURRAHMI DARI SAYA ( HUSNA) INDONESIA ...Aamiin Aamin Aamiin YA RIBBALALAMIIN. CEK .NOM.MASAKANNYA ( BEST).
@arunthathi88
@arunthathi88 4 года назад
Video dan resepi Che Nom sangat clear dan detail, best tengok dan senang ikut 💓
@aidambam3571
@aidambam3571 4 года назад
Assalamualaikum...sy pun dah cuba resepi che nom nie mmg sedappp sgt2..terima kasih ats perkongsian resepi2...setakat nie masak ikut resepi che nom semuanye menjadi👍👍❤️
@zaheedazulkifli6024
@zaheedazulkifli6024 3 года назад
Allah murahhkan rezeki che nom ats perkongsian ilmu💞
@ellella272
@ellella272 4 года назад
Nak kene cuba ni. Terliur tengok. Nak2 bab buat pes tu...terbaiklah. Terima kasih atas pengkongsian dan halal kan ilmunya ya. @ che nom
@shadayani2083
@shadayani2083 4 года назад
Alhamdulillah sy dh try cik nom. Memang sedap. Terima kasih kongsi resepi super sedap ni... anak2 pun suka.
@zamiraraturempah
@zamiraraturempah 4 года назад
Tak sabar nak mencuba resepi dari che nom ini, terima kasih kerana begitu memberi inspirasi untuk memasak!
@sensesense3193
@sensesense3193 4 года назад
Minus the chicken cube, this recipe is the best recipe for tom yam!! The best .
@zarrinelenjoseph
@zarrinelenjoseph 3 года назад
Kitaorg tgh cuba buat recipi ni... Mmg terbaikkkkk.... Cuma masa sup dh nak siap, udang tak masuk2 lagi. Hahaha. Sbb instruction ni tertinggal part nak masukkan udang... Tp xpe. Dh settle. Kami masukkan je at last tu. And sgt sedap yehhh.... Thank you Che Nom.
@missitachi4768
@missitachi4768 4 года назад
Akhirnya jumpa juga resepi ala2 kedai tomyam. Tq chenom.
@hendrixchan6548
@hendrixchan6548 4 года назад
Favorite soup... Appreciate for the recipe sharing Che Nom, clear and picturetorial instructions..Keep it up..Cheers and regards.Stay Safe.
@meeraashinievivakaren6827
@meeraashinievivakaren6827 4 года назад
Hi che nom. I have been following you and had try so many of your cookies recipes since this lockdown started. And semuanya menjadi 🥰 It would be my pleasure if che nom could share the recipe of cadbury tarts. ❤️
@imandaribaazigar4221
@imandaribaazigar4221 3 года назад
Hari ni first day tertengok.. Mula tertarik sebab cam loghat utara yg dikawal.. Pastu tengok bersih, bunyi potongan bahan yg menyelerakan, then clear instructions. Resepi plak lebih kurang yg sama diamalkan di rumah dr zaman emak dulu.. Terus yakin. Keep your good work dear
@syazasyairah9307
@syazasyairah9307 4 года назад
Suka tgk che nom punya resepi, sgt clear. Ibu saya pun buat paste tomyam sendiri cuma takde udang kering and daun limau purut tu.
@4Nee9re
@4Nee9re 4 года назад
Clear instructions and easy to follow. You got a new follower 😍
@rezzaml4209
@rezzaml4209 4 года назад
@@CheNom fnf
@basantihome
@basantihome 4 года назад
❤️❤️❤️
@shobasamiyappan9344
@shobasamiyappan9344 4 года назад
Love all your recipes.. I have tried a few of your recipes and turned out very well.. Thank you ❤️
@pricillaerrisyaoviana9298
@pricillaerrisyaoviana9298 4 года назад
Che nom.... Terima kasih dah bagi resepi yg ikhlas utk kami belajar... Alhamdulillah sekarang berkat resepi che nom suami sye suke makan kat umah...
@arieakmal
@arieakmal 4 года назад
Yes..dpt homemade paste dari che nom..mst terbaik la..mmg dok cari..kedai2 tomyam yg kaw2 slalu bt tomyam paste sndri..slalu dok try bt paste sendiri bab husband cerewet sikit..haha..
@ainatasneem1650
@ainatasneem1650 2 года назад
Tq Che nom...sy dari tak pandai masak skrg dah pandai masak,kebanyakan masakan sy menggunakan resepi che jom share..semoga pahala terus mengalir buat Che nom🥰
@asnizasamad741
@asnizasamad741 4 года назад
Tq che nom kongsi resepi....
@azlinamohamad3436
@azlinamohamad3436 2 года назад
Salam, Che Nom, penerangan yg sgt2 jelas, tk tk byk2..Allah bless U
@misssiti8530
@misssiti8530 4 года назад
Terima kasih che nom Sebelum raya sy ada ikut buat pes tom yam ikut di you tube jugak la, memang sedap dr guna pes di pasaran, melainkan pes dr thai yg sedap, berbaloi buat dan sedap warna pun menarik dan paling penting jimat dan sedap, kali ni sy nk buat pes ikut resepi che nom pula, terima kasih..nak try buat tom yam + susu cair.
@meyraadrine
@meyraadrine 4 года назад
Memang padu teruk tomyam che nom 😭🔥
@chefsartofficial
@chefsartofficial 3 года назад
pastinya enak banget nih che nom, thank you for recipe, i want to recook in my kitchen , very very recommended original recipe for home made success terus ya kak
@rozilaamat922
@rozilaamat922 4 года назад
Bukn masakan yg sedap2 suara ceh nom sungguh merdu sejuk teling degr tq
@sitpple
@sitpple 3 года назад
ok saya dah try buat kali ketiga resipi ni. memang super duper sedap. tak tipu. tak perlu kalut nak beli kiub tomyam etc. resipi che nom lagi sedap. good job che nom
@gluttonouscat
@gluttonouscat 2 года назад
I have try to make Tom Yum Kung before, this recipe is different. Both of them is delicious !!😁😄
@chxrry_official5968
@chxrry_official5968 4 года назад
52 second ago 37 view Terbaik Che Nom👍👍 Saya Selalu Support CheNom
@chxrry_official5968
@chxrry_official5968 4 года назад
Sama2 CheNom Good Luck Ye... Semoga dimurahkan Rezeki CheNom😍😘aaaminnn.
@jamilahfirdaus4337
@jamilahfirdaus4337 4 года назад
Alhamdulillah lame dah cri pes tomyam homemade...terima kasih che nom💓
@juriahbuang2939
@juriahbuang2939 3 года назад
Sya ska tgk recepi2 yg Che Nom shre ..suara CN pn lembut sdp ddgri sesekali nnti sya akn cuba insyaALLAH ...t/ksih ye moga sht selalu dlm rhmt Allah blh terus shre ilmu masakn anugerah Allah
@TheBeehuntstudio
@TheBeehuntstudio 4 года назад
Lama tak lalu youtube Che Nom.Tomyam Goong mmg sedap!! Salam dari Perth
@rotiplanta8718
@rotiplanta8718 4 года назад
hi, jumpa disini hehe. korang update video baru cepat! tak sabarr
@faridahcarmilla2519
@faridahcarmilla2519 4 года назад
Yupp... Sronoknye bila tengok vid2 channel Beehunt. Nnti klau ade rezki nak ke Perth, will let u know... Jadi tour guide kami... boleh ksnn..? 😊😊
@TheBeehuntstudio
@TheBeehuntstudio 4 года назад
Roti Planta hehe wah jumpa kat sini.baik~ InsyaAllah nanti kami up vid baru☺️
@TheBeehuntstudio
@TheBeehuntstudio 4 года назад
faridah carmilla hihi terima kasih Faridah, Alhamdulillah. InsyaAllah ada byk lagi video roadtrip nak share. Terima kasih ye
@miiszyana194
@miiszyana194 4 года назад
Done subs..jemput ke channel sy jugak ye..sy newbie 💗 tq for support
@dapurberlin5451
@dapurberlin5451 4 года назад
Sedapnya Che Nom 😘.... Musim covid19 ni susah betul Nak cari lengkuas Kat Berlin 🇩🇪 ni...
@miiszyana194
@miiszyana194 4 года назад
Done subs sis..jemput ke channel sy jugak ye..sy newbie 💗 tq for support
@rasinamatzani7402
@rasinamatzani7402 2 года назад
Alhamdulillah..terima kasih che Nom👍🏼👍🏼👍🏼
@norazilahjohar1282
@norazilahjohar1282 3 года назад
Che nom terima kasih ye share resepi tomyam ni. Love sgt. Nice video too
@simpletheng5317
@simpletheng5317 3 года назад
Your voice is so calming, suke sangat 😊
@sofiahmahlidi8205
@sofiahmahlidi8205 4 года назад
Sungguh sedap dan menyelerakan
@anisanisah6723
@anisanisah6723 3 года назад
Terima kasih che nom. Mmg sedap sngt2. Mcm dekat kedai thailan. Dah lama cuba mcm2 resepi. Tp mmg x jumpa y ummmmh. Alhamdulillah syukur jumpa. Sy tak guna sos ikan, kiub ayam dan gula... tetap sedap y teramat sngt. Daun ketumbar sy lebihkan. Sy x suka guna perencah y dah siap. Nak ke arah pemakanan y sihat dan segar cuba minimumkan bahan perasa... jom amalkan pemakanan sihat. Semoga che nom sentiasa dimurahkan rezeki...Aminnnn
@zukhairiahmad5388
@zukhairiahmad5388 4 года назад
Terima kasih Che Nom. Suka sangat tengok video memasak Che Nom. Terima kasih kongsi ilmu memasak.
@nadyrazulkarnain3268
@nadyrazulkarnain3268 4 года назад
Suka sangat2 😋😋
@hanabanabox1582
@hanabanabox1582 4 года назад
Favourite saya!!!
@nekoneko5376
@nekoneko5376 4 года назад
Laparnya tengok resepi nie. Esok nak buat lah. Thank you Che Nom. 😍
@NurminMEli
@NurminMEli 3 года назад
Masya Allah sedapnya..saya mesti na cuba ni..resepi daripada che nom, memang la menggiurkan selera. Terima kase che nom, moga dimudakan rezekinya....😊
@syaimaa._.8312
@syaimaa._.8312 4 года назад
Che nom che nom!! Sy nampak kat tv ada resipi che nom laaa Dlm tv 3 wanita hari ini sy nampak iklan!! Wahhh famouse che nommmmm excited st tengokkkk
@lauraniujung7906
@lauraniujung7906 4 года назад
Che Nom ,sis che nom Saya dah try cholate chees cake mmg sedap sangat
@sofiamarwah531
@sofiamarwah531 4 года назад
Wah sedap..
@hidayahnatasha7568
@hidayahnatasha7568 4 года назад
finally, ada pun resepi perencah sendiri. banyak paste kat kedai tak kena citarasa.. boleh la try rsepi che nom nanti..
@farahiyahbariman987
@farahiyahbariman987 2 года назад
Saya pun dah cuba resepi ni.. Sedap.. Bermanfaat sangat perkongsian resepi tomyam oleh Che Nom... Terima kasih...
@MrAdynoor
@MrAdynoor 4 года назад
yang paste tom yam dalam tin..kaler dia gelap..nak try laa..menarik yang nie
@irfanshahrom6775
@irfanshahrom6775 4 года назад
Che nom ni ada kuasa baca minda ke???? Everytime terfikir je terus che nom buat 🤯😱
@muneemyisme
@muneemyisme 3 года назад
Ye kan.. Esok dh plan nk masak tomyam.. Lalu pulak video ni hehe
@sweetchocolate5326
@sweetchocolate5326 4 года назад
Che nom saya baru try recipe ni td.. seriuss sedap daripada pes yg dh beli siap yg saya selalu beli.. byk dah resepi che nom saya try mmg padu semuanya
@lindaputra3610
@lindaputra3610 4 года назад
Klin nk cuba pula resepi ni....terbaik che nom..tq
@indriahappy1627
@indriahappy1627 4 года назад
. ꦲꦶꦖꦼꦤꦺꦴꦩ꧀꧈​ꦭꦺꦴꦮ꦳ꦼꦪꦺꦴꦲꦸꦂꦫꦼꦕꦼꦥꦶꦪꦼꦱ꧀꧉​ Hi che nom , love your recepies .
@sajanashahul5869
@sajanashahul5869 3 года назад
Hi Sis! I really love your recipes,Thank you very much for sharing your recipes❤ & My kind request Can you share me the brands of your Pans,Spoons & Utensils that you are using in your cooking recipes..and also can you share me where i can buy them
@arcadya16
@arcadya16 4 года назад
Thank you che nom!! Dah lama cari resepi yg rasa macam ori thai mcm ni .. please lepas ni share pulak lauk thai lain mcm ayam kari hijau.. dah lama teringin nak buat sendiri.. 😁😁
@sitisapiah2219
@sitisapiah2219 4 года назад
Terima kasih cik nom kongsi cara buat pes tomyam. Resepi yang dilakukan memikat hati...tentu comel orang yg bernama cik nom ni..jangan marah
@Maisan-po7ji
@Maisan-po7ji 4 года назад
Its delicius
@carriencabriana2542
@carriencabriana2542 3 года назад
Salam Che Nom, thank you for your recipe I cook today and its really yummy. My husband, stepson and my father in law really love it. God bless 😊
@MeenahKumari
@MeenahKumari 3 года назад
Can I know the brand of the Tom yam paste you used?
@carriencabriana2542
@carriencabriana2542 3 года назад
@@MeenahKumari that's homemade tomyum paste she make on her own, you can follow her recipe
@MeenahKumari
@MeenahKumari 3 года назад
Thank you 🥰
@amanshah7508
@amanshah7508 4 года назад
Saya suka dengan bahasa yang bersopan dan penjelasan yang diberikan. Terima kasih Che Nom.
@suemirza7978
@suemirza7978 3 года назад
Assalamualaikum..Dah cuba resepi ni puan mmg tip top..lps tu suami yg cerewet bila sy guna pes yg beli dikedai..sedap menghirup kuah tomyam ni...baru siap utk kali kedua pes homemade ni..tqvm...🥰🥰
Далее
Laksa Siam, pedas berlemak..betul sedap tak tipu.
10:34
Sambal Belacan ala Kedai Tomyam & Paprik Ayam Original
10:32
This or That 🛍️
00:52
Просмотров 9 млн
Resepi TOMYAM KAWW
6:58
Просмотров 176 тыс.
Tom Yum Goong Macam Makan Dekat Kedai Thai
5:48
Просмотров 35 тыс.
How to make Tom Yum Kung Recipe | GinDaiAroiDuay
14:45
RESEPI TOMYAM 1 JUTA ?? | CAMPAK-CAMPAK
7:58
Просмотров 938 тыс.
Paprik Seafood ala Thai yang Mantap
7:18
Просмотров 594 тыс.
БАБУШКИН КОМПОТ В СОЛО
0:19
Просмотров 2,7 млн