Тёмный

Trajedi Serangan Hendap Pengganas Komunis Di Kroh 1979 

deanz sniperlense
Подписаться 32 тыс.
Просмотров 21 тыс.
50% 1

Insiden berdarah ini berlaku pada jam 10.45 pagi 20 Julai 1979, satu konvoi yang menghantar pesakit dari Baling ke Kroh (sekarang Pengkalan Hulu) yang sedang melalui jalan di Batu 54, Jalan Kroh-Baling tiba-tiba diserang hendap oleh sepasukan pengganas komunis seramai kira-kira 20 orang.
Konvoi ini yang mengandungi sebuah ambulans, sebuah trak tentera 3 tan dan dua buah kenderaan Land Rover milik tentera. Kumpulan kenderaan ini telah berada dipekan Baling sejak dari jam 7 pagi dan mereka menunggu pasukan peninjau untuk mengiringi mereka dengan kereta perisai sebagai tambahan keselamatan.
Kumpulan konvoi terbabit mula meninggalkan pekan Baling pada jam 9 dengan diiringi oleh dua buah perisai jenis V-150 Commando dari pasukan “Bravo” Skuadron, 2 Rejimen Peninjau. Konvoi didahului oleh kereta perisai V-150 (nombor ZA744) kemudian diikuti ambulans, dua buah Land Rover, sebuah trak 3 tan dan sebuah kereta perisai V-150 dibahagian paling belakang konvoi tersebut.
Apabila kumpulan konvoi tiba di satu selekoh sebelum sekatan jalanraya (roadblock) yang didiri dan dikawal oleh anggota tentera, tiba-tiba kumpulan konvoi diserang hendap oleh sepasukan pengganas komunis dan sasaran pertama mereka adalah ambulans.
Disebabkan faktor jalan yang sempit menghalang kereta perisai V-150 daripada dapat membuat pusingan, pemandu kereta perisai tersebut terpaksa mengundurkan kenderaan manakala jurumeriam (gunner) pula memusingkan meriam ke arah kedudukan pengganas komunis.
Bagaimanapun, sebelum sempat tentera dari kereta perisai membalas tembakan kerana hendak menukar posisi dan mendapatkan arah untuk tembakan dibuat, pengganas komunis terlebih dahulu menembak kereta perisai tersebut dengan senjata anti kereta kebal yang menyebabkan kenderaan ini terbakar dan mengorbankan ketiga-tiga krew didalamnya dengan hampir serta merta.
Helikopter ini telah dilengkapkan dengan meriam 20mm dan bertindak sebagai “gunship”. Helikopter Alouette yang lengkap bersenjata ini juga pernah dijadikan sebagai Forward Air Controller (FAC), yang memberi panduan kepada jet-jet Tebuan untuk membuat serangan darat dalam beberapa operasi oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mengebom kedudukan pasukan pengganas komunis.
Helikopter Alouette dari No. 3 Skuadron, TUDM Butterworth telah berlepas pada pagi hari kejadian untuk tugasan mengiringi helikopter Nuri di kawasan Operasi Selamat Sawadee, Kroh.
Juruterbang dan seorang pegawai pasukan meriam artileri telah menceritakan bahawa mereka ternampak kepulan asap dari kawasan serangan hendap tersebut. Juruterbang Alouette kemudian telah menghubungi pihak atasan TUDM bagi mendapatkan kebenaran untuk memberikan bantuan kepada konvoi tersebut, namun tidak mendapat respons dengan segera.
Disebabkan itu, juruterbang helikopter Alouette tersebut telah mengambil keputusan untuk terbang ke lokasi serangan hendap tersebut. Setelah berada dikawasan kejadian, beliau telah mengarahkan gunner untuk menembak ke arah pokok-pokok yang dipercayai menjadi tempat perlindungan pengganas komunis.
Walaubagaimanapun, helikopter Alouette ketika itu hanya menggunakan peluru 20mm “ball” bukannya jenis “HE” (high explosive) kerana pada masa tersebutTUDM telah kehabisan stok 20mm HE dan sementara menunggu sebuah C-130 Hercules terbang ke Portugal untuk mendapatkan stok, helikopter untuk tujuan serangan hanya dapat menggunakan peluru 20mm ball sahaja. Peluru ini kurang memberikan impak berbanding letupan yang lebih kuat dari jenis 20mm HE.
Anggota tentera dari kenderaan terus keluar dari kenderaan masing-masing dan segera mendapatkan tempat untuk berlindung. Tembakan komunis turut menyebabkan beberapa orang anggota didalam kenderaan Land Rover cedera.
Bunyi tembakan senapang dan letupan dalam serangan tersebut telah didengar oleh anggota tentera yang berada di Kem Kroh, termasuk seorang juruterbang helikopter Alouette III.
Apapun, kehadiran helikopter Alouette ini dengan memberikan tembakan bantuan telah berjaya membuatkan pengganas komunis berundur. Di akhir serangan ini telah mengorbankan 3 anggota tentera dan 2 orang awam.
Antara anggota tentera yang terkorban adalah seperti berikut. Koperal Ramli bin Abdul Rashid - komander/ketua kereta perisai, Trooper Azmi bin Rahman - pemandu kereta perisai dan Trooper Abu Hassan bin Syeikh Daud - jurumeriam/gunner kereta perisai.
Tindakan pantas yang diambil juruterbang helikopter Alouette tersebut telah menyelamatkan nyawa ramai anggota yang diserang tersebut telah mendapat penghargaan, apabila No. 3 Skuadron menerima surat utusan penghargaan dari Mejar Jeneral Dato’ Jamil Ahmad.
Kemungkinan besar ramai lagi akan menjadi korban serang hendap tersebut andainya helikopter Alouette itu tidak memberikan bantuan dengan kadar yang segera.

Опубликовано:

 

18 мар 2022

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 34   
@syahidan_johari95_7
@syahidan_johari95_7 2 года назад
Sy anak jati kroh perak...TQ ATM...krana pengorbanan kalian kroh kini aman selamat...kepada anggota yg terkorban,AL FATIHAH sentiasa mengiringi anda...semoga anggota yg terkorban di tempatkan di syurga firdaus kelak...aaaminnnnn ya rabb
@deanzsniperlense
@deanzsniperlense 2 года назад
Amin2
@heokjdjcjkd7776
@heokjdjcjkd7776 2 года назад
Hari Isnin ni sye pegi Grik sye nak Singah tengok tempat ni
@kamalruzie0049
@kamalruzie0049 2 года назад
Al fatihah UTK perwira2
@radenamy3913
@radenamy3913 Год назад
Kes ni aruah bapa aku yang ambil,orang pertama yg buka pintu belakang tu Pon aruah ayah aku.,,.gambar tentera yang meninggal dlm tu pun ada...Kes ni kereta perisai tu dah lepas ,tapi terpaksa patah balik sebab nk bantu konvoi yg belakang..
@deanzsniperlense
@deanzsniperlense Год назад
Terbaik tuan
@radenamy3913
@radenamy3913 Год назад
@@deanzsniperlense kalau tgk mayat yang meninggal tu sedih sangat,, Drive tu hanya tinggal tulang,,betul2 dekat tempat pemandu tu,lagi sorang hangus 100 peratus,.
@deanzsniperlense
@deanzsniperlense Год назад
@@radenamy3913 Ya Allah, semoga rohnya dicucuri rahmat.. terima kasih makluman tuan
@azazuloveu7944
@azazuloveu7944 Год назад
ayah sy kenal arwah yang mengoperasi kereta perisai ni.. ayah sy pon pemandu kereta perisai ni..mula2 ferret scout car je.. lepas tu v150 commando..sibmas.. dia dlu B Skuadron 2 recce
@deanzsniperlense
@deanzsniperlense Год назад
Jasamu dikenang
@amiami6254
@amiami6254 Год назад
Dok kuantan ka
@amiami6254
@amiami6254 Год назад
@@azazuloveu7944 ohh..no bdn brpa
@azazuloveu7944
@azazuloveu7944 9 месяцев назад
​​@@amiami6254lupa la no badan dia... nama dia aziz..org gelar aziz sagul.. zaman 2 dia penah pakai motor norton 500cc lepas 2 ford escort...ayah dah umur 80.. ade skrang dukkampar perak
@PersonaN0nGrata
@PersonaN0nGrata Год назад
*_Selepas kejadian serang hendap ini lah di batu 52 ada pos _**_#SJR_*
@zainudinumar7617
@zainudinumar7617 Год назад
Alfatihah.Salute. X23 Ramd Midas
@hashimibrahim4360
@hashimibrahim4360 10 месяцев назад
Pada hari tersrbut saya bersama sstu seksen anggota polis senoi praaq kem pph pkln hulu bergerak ke baling kedah menuju ke Taiping perak pada jam 830 pagi rupa nya serang hendap oleh pkm telah pun berada di sekolah tepi jalan tanpa kami sedari 500 mtr jarak nya drpd pos raod blook atm merika juga tidak menyedarinya setibanya kami di balai polis ipd Taiping kami di beri tahu oleh angota risikan balai serang hendap terjadi selepas kami melalui jalan tersebut masa kami balik dari Taiping kami ikut jalan itu juga ATM telah mengawal jalan tersebut dengan rapi kami bukan lah sasaran mereka jika serangan semborono sudah pasti lah kami yang awalnya di serang kisah itu terus menjadi ingatan kpd kami semua alpatihah kpd angota atm yang telah terkorban hb 20 july 1979 kejadian betul2 di garisan sempadan perak kedah berhampiran kem pga pkln hulu sekarang
@TheSerpentKeeper
@TheSerpentKeeper 2 года назад
Mohon izin copy video untuk siaran umum...terima kasih
@SARAPOT3831
@SARAPOT3831 2 года назад
KE SEMUA ANGGOTA TERKORBAN PERISAI TERKENA PELURU ANTI TANK KOMUNIS
@deanzsniperlense
@deanzsniperlense 2 года назад
Alfatihah semoga rohnya tenang di sana
@heokjdjcjkd7776
@heokjdjcjkd7776 2 года назад
Al-Fatihah buat perwira yg terkorban wlpun sye askar wataniah umur pun bru28 tapi sye tetap ade dlm hati sye 2takkan lupe klau sye ade mase tu sye tetap serang geram sye tgok sye takkan lupa jase perajurit
@deanzsniperlense
@deanzsniperlense 2 года назад
Terbaik bos
@ccsccs6212
@ccsccs6212 2 года назад
Kor Armour diraja.
@PersonaN0nGrata
@PersonaN0nGrata Год назад
*_Masa tu belom Armor lagi.. _**_#KorPeninjau_*
@jainuddinwasidi6618
@jainuddinwasidi6618 Год назад
Sabap itu la komanis Jagan lagi di bagi peluang bankit di malayasia ini
@norazman1771
@norazman1771 Год назад
Skrg komunis dah buat reunion kat malaysia dan dgn bangganya siap pakai uniform.
@jessblair37
@jessblair37 2 года назад
ρɾσɱσʂɱ
@terapialamsemulajadi
@terapialamsemulajadi 10 месяцев назад
komunis pejuang kemerdekaan? mana mungkin kami nak percaya
@armorxxxx8100
@armorxxxx8100 Год назад
tp kini komunis nk diangkat sbgai wira negara..
@dinadania4763
@dinadania4763 2 года назад
Knpa ckp kominis ja .penganas. Mmg x d nafikn mmg kominis harm jdah penganas .tp apa beza dgn jepun..knpa xckp jpun pn pengans harm jadah .gk?
@heokjdjcjkd7776
@heokjdjcjkd7776 2 года назад
Ap kenape sye memang pengganas la komunis
@norashiahmdakhir7476
@norashiahmdakhir7476 Год назад
Kisah menntang jpn lain lawan british lain.. Ni kan kisah lwn komunis.. Dalm otak tu buat ckit partcn bio mudah fhm
@Rosmah_Mansor_Uwek
@Rosmah_Mansor_Uwek Год назад
Komunis asal dari MPAJA ...org yg tlg lwn jepun dlm negara sendiri lepas tu "naik lemak" acah hebat nk tawan negara....jepun pulak dari negara lain tawan negara lain dgn lawan depa....faham x dinaaaaaaaaa
@malhamahalqubra373
@malhamahalqubra373 Год назад
Jepun tak digelar komunis. Jepun digelar penjajah. Faham atau tak perbezaan maksud komunis dan penjajah. Penjajah pun celaka komunis pon celaka. Dulu pergi sekolah belajar ke tak? Kau sekolah ke tak?
Далее
The Insane Engineering of the Javelin
15:12
Просмотров 6 млн
Waris Ke 9 Keris Laksamana Bentan
7:54
Просмотров 26 тыс.
When A Gang Leader Confronted Muhammad Ali
11:43
Просмотров 4,4 млн
M777 vs 2a65 | excalibur vs krsnopol
15:06
Просмотров 2,4 млн
The Rock
8:58
Просмотров 76 млн
Why Protecting Tanks is Getting Much More Difficult
12:36
13 M3I 1969 TENTERA TURUN PADANG
11:41
Просмотров 1,3 млн