Tau Foo Fah
Bahan A
-500g kacang soya (Rendam semalaman)
-3.5 liter air biasa
-1 helai daun pandan
Bahan B
-3 sudu besar tepung jagung
-1 1/2 tsp landai serbuk GDL Jangan lebih nanti pahit (Glucano delta-lactone) boleh dapat di kedai kek atau shopee
-300ml air masak sejuk
Bahan C Air Gula
-2 cawan gula merah
-1 cawan gula putih
-5 cawan air
-Sehelai daun pandan
Cara-caranya
-Masak Bahan C hingga didih (Air gula)
-Kisar (Bahan A) kacang soya bersama 3.5 liter air (Kisar sikit2 bukan semua sekaligus)
-Tapis dan perah susu soya (Guna perahan pertama sahaja kisaran kedua tu boleh buat air soya)
-Masak susu soya + daun pandan di atas api sederhana hingga didih menggelegak (1-2minit)
-Bahagi dua susu soya ke dalam 2 jug
-Larutkan Bahan B dengan air masak sejuk dan bahagi 2 untuk 2 jug soya
-Sediakan periuk atau flask sesuai
-Tuang susu soya dan bahan B serentak (Rujuk video) ke dalam periuk hingga habis
-Tutup periuk/flask
-(Jangan ubah atau gerakkan periuk/flask selama 1/2 jam)
-Sedia dihidang bersama air gula merah
Selamat mencuba & terima kasih
5 май 2021