Тёмный

[Ruang Komen👇] Mahkota Diraja Brunei (Royal Crown of Brunei)  

Calaf
Подписаться 62
Просмотров 2,4 тыс.
50% 1

Опубликовано:

 

22 дек 2023

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 39   
@user-qn2nx6xn1h
@user-qn2nx6xn1h 6 месяцев назад
Terbaik saudara ku, salam sayang dari Malaysi❤
@calaf1307
@calaf1307 6 месяцев назад
Terima kasih, salam sayang kembali.
@calaf1307
@calaf1307 6 месяцев назад
The 1918 Crown (in English; mistakenly labelled as 1924 in the video): It is said that this 3-tiered crown was made after the original royal crown was shot into the waters of the Brunei River from Pulau Chermin (The Island of Mirrors), as the Brunei Civil War (1661-1673) met its conclusion. Royal tradition has it that Sultan Muhyiddin had commanded for divers to retrieve the original crown (which miraculously was not destroyed). These divers however, never returned to the river surface. Thus, it was decided to bring in 4 blacksmiths from Java to craft a new replica, being guided by people who could see the original crown from the surface of the Brunei River. In a strange set of circumstances though, all 4 blacksmiths passed away after finishing their work. Thus, it is said that the crown had been cursed before being shot. Others have mentioned that the more you try to get closer to the original crown, the further away it gets. Wallahu'alam. This crown was last used during the 1918 Coronation of Sultan Muhammad Jamalul Alam II. He was crowned by his nephew and Head Vizier, the Duli Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman at the Palace. He then proceeded to the Brunei Main Office for his coronation. Malcolm McArthur, Brunei's first British Resident (1906-1908) was a guest during that ceremony. He wrote: _"The gold crown of Brunei, a very massive headdress, is said to be very ancient."_ The Sultan held an audience with him afterwards. McArthur made a remark on the "heavy" weight of the crown and said: _"His Highness must be tired."_ In response to this, the Sultan said: _"[The crown] weighs about 5 or 6 catty...but that on a such a day, it was as light as a feather."_ For reference, 5-6 catty is equivalent to 3-3.5 kilograms. This 1918 crown was no longer used afterwards. In a report written by Mr. Robert Irvine (a civil servant from Malaya), titled "Report of Visit to Brunei for the Coronation of H.H. The Sultan on the 17th March, 1940: _"It is a new crown made to the Sultan's design, the old one [the 1918 Crown] having disappeared since the last Coronation."_ There are no other records of what happened to this Crown. Any regalia from that period would most likely have been destroyed during the bombing of Brunei Town in World War II, in efforts by the Allied Forces to defeat the Japanese in January 1945.
@zullarai2052
@zullarai2052 6 месяцев назад
Ohh, ini dia rupanya
@calaf1307
@calaf1307 6 месяцев назад
Ya, kelihatan lebih tinggi mahkota itu. Tapi mahkota sekarang telah mengekalkan ciri-ciri mahkota lama seperti Penambat dan Malur Turun. Elemen tiga tingkat itu masih ada, cuma ia ditempa dengan menggunakan Tajuk Tiga Ringkat, setiap ringkat mempunyai Payong Ubor-Ubor dengan perhiasan yang "berjuntai-juntai".
@calaf1307
@calaf1307 6 месяцев назад
Mahkota 1918 (terdapat ralat dalam video, bukan 1924): Dikatakan Mahkota bertingkat tiga ini ditempa selepas Mahkota yang asal ditembak ke laut dari Pulau Chermin semasa Perang Saudara Brunei. Mengapa mahkota ini ditempa? Apabila perang berakhir, Al-Marhum Sultan Muhyiddin bertitah untuk mendapatkan semula mahkota asal (yang dikatakan tidak pecah). Namun, penyelam semua telah hilang, tidak timbul-timbul. Maka 4 orang pengukir dari negeri Jawa diarah untuk menempa Mahkota yang baharu, dengan berpandukan orang yang dapat melihat Mahkota tersebut. Tapi yang menghairankan, keempat-empat pengukir itu meninggal dunia sejurus sahaja Mahkota yang baharu siap ditempa. Ada juga desas-desus yang menyatakan mahkota asal itu ditembak ke laut, dengan diiringi oleh sumpahan. Malah ada juga yang mengatakan, semakin dekat kita cuba menghampiri Mahkota asal itu, maka semakin jauh lah ia dari kita. Wallahu'alam. Semasa Istiadat Perpuspaan Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II, baginda dimahkotakan oleh Al-Marhum Duli Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman di Istana. Kemudian baginda pun berangkat ke Pejabat Besar Brunei untuk dipuspakan. Malcolm McArthur, Residen British ke Brunei (1906-1908), telah hadir ke istiadat tersebut dan menulis tentang mahkota ini: _"Mahkota emas Brunei itu, dikatakan sangat tua usianya, dan amatlah besar."_ Semasa beliau berdatang sembah untuk menghadap Al-Marhum Sultan, baginda pun bertitah: _"berat Mahkota itu 5-6 kati...namun pada hari sebegini, ia sangatlah ringan, umpama bulu pelepah."_ Untuk rujukan, 5-6 kati adalah bersamaan 3-3.5 kilogram. Mahkota ini tidak lagi digunapakai selepas Istiadat Perpuspaan 1918. Di dalam "Report on Visit to Brunei for the Coronation of H.H. The Sultan on the 17th March, 1940", Mr. Robert Irvine telah menulis tentang Mahkota baharu: "It is a new crown made to the Sultan's design, the old one [Mahkota 1918] having disappeared since the last Coronation."
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 6 месяцев назад
Mahkota 1924 tu rupanya sangat sama dengan perhiasan kepala bagi pengantin wanita Brunei pada majlis malam berbedak. Mengenai mahkota yang lama lalu disumpah tu dahulu saya pernah bertemu dengan seseorang dari Kampong Ayer, yang mengetahui akan cerita Mahkota yang lama itu, menurut beliau: "Setiap Sultan yang akan dipuspakan menjadi Sultan dan yang dipertuan bagi Negara Brunei ini, akan dimahkotakan, mahkota ini dibuat dalam masa 3 bulan, dimana mahkota ani ketika ia siap sahaja, maka ia akan dicuci dengan air2 sungai Brunei dimana dipercayai sebagai tempat persinggahan sultan Muhammad Shah sebelum baginda sampai ke Brunei ini. Dan pada setiap malam Juma'at, maka mahkota itu akan "ditangas" ataupun diasapi dengan kayu kulimpapa yang dimandikan dalam "Air Wangi", lalu akan dibacakan dengan "Puja Mahkota" iaitu suatu mantera atau baca2an untuk memasukkan "Daulat" kedalam mahkota itu supaya Sultan itu akan berdaulat selagi berada di atas takhta. Maka dengan itu, mahkota itu akan diikat dengan sumpah, seandainya ia jatuh dan menyentuh tanah atau jatuh dengan tidak sopan, maka mahkota itu akan disumpah dengan daulat Sultan2 dahulu, jadilah mahkota itu tidak dapat diperolehi lagi, dan barangsiapa yang cuba membuat satu lagi mahkota dengan ciri2 yang sama dengan mahkota yang disumpah itu, maka adalah Mahkota itu akan menghilang dari tempat asalnya dan menyertai mahkota yang hilang itu atau ia akan mengambil nyawa pembuat2 mahkota itu sebagai ganti. Sebab itulah jika suatu mahkota itu telah disumpah, maka adalah diwajibkan untuk membuat suatu mahkota yang langsung tiada ciri2 yang sama dengan mahkota yang disumpah itu, sementara mahkota yang disumpah itu, tidak akan pernah terdampar di pulau , bahkan akan terus pergi menjauh dari Negara Brunei Darussalam ini."
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 6 месяцев назад
Ketika Perpuspaan Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien, baginda telah dimahkotakan dengan mahkota yang sederhana, iaitu songkok baginda yang dipasang hiasan2 lorekan emas ukiran bunga ayer muleh dan bentuk panji2 diraja Brunei di tengah2 depan songkok baginda. Dari inilah, Sultan Omar Ali Saifuddien III iaitu adinda kepada baginda, mengambil inspirasi dari mahkota kekandanya, namun baginda tidak mahu diubahsuai songkok baginda menjadi mahkota. Suatu hari, ketika baginda sedang beriadah di Bandar Seri Begawan (baginda dahulu dikenali sebagai seseorang yang rapat dengan rakyat), baginda terjumpa dengan seorang saudagar atau peniaga yang mengenakan suatu topi yang rupanya seperti songkok tetapi tidak serupa dengannya, orang itu lalu mengenalkannya kepada baginda bahawa topi itu dipanggil sebagai "tarbus", dimana dalam bahasa sekarang disebut "fez", baginda lalu meminjam tarbus itu lalu dibawanya ke Istana persemayaman baginda, disana, baginda lalu memanggil Pengiran Bendahara Di-gadong untuk mengadap, lalu beliau ditugaskan untuk mereka bentuk suatu mahkota berdasarkan bentuk tarbus itu, maka lama2, beliau mendapat ilham untuk membuat mahkota itu. Beliau lalu meminta kepada tukang pembuat songkok pada ketika itu untuk membuat tarbus bewarna hitam dan sedikit pendek, lalu beliau meminta seorang ahli pembuat emas untuk melapiskan diluar tarbus itu dengan hiasan emas berukiran bunga2 Brunei seperti Ayer Muleh dan Bunga Simpur, tarbus itu lalu dijahit dan dilekatkan ke dalam lingkaran emas itu, lalu dipasanglah panji2 ditengah2 nya, sebagai menambah unsur2 serban (Baginda paduka SOAS dikenali suka berserban gaya orang2 arab) dibawah mahkota, maka dengan itu, siaplah baginda dengan mahkota yang baru itu. Mahkota ini lalu diguna semula dalam Istiadat Pemasyhuran Duli Pengiran Muda Mahkota Haji Abdul Muhtadee Billah pada 1995.
@calaf1307
@calaf1307 6 месяцев назад
​​@@HelmiAbdRahmanShah1756 Sangat menarik. Terima kasih atas maklumat tersebut. Professor Marie-Sybille de Vienne ada menulis tentang hal ini dalam kajian beliau mengenai Istiadat Perpuspaan Brunei. "Puspa" itu sendiri digunakan untuk wanita sahaja (nama). Di Indonesia juga, penari tradisional memakai perhiasan kepala yang mempunyai ciri-ciri / elemen sama dengan Mahkota Brunei itu.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 6 месяцев назад
@@calaf1307bercakap mengenai Penari wanita tradisional, membuatkan saya teringat akan Ulek Mayang, suatu lagu yang mempunyai aura, apabila dilakukan suatu "teater" atau persembahan wayang di dekat pantai, maka ribut akan melanda, sama dengan lagu Puteri Laila Menchanai, resident Brunei Malcolm McArthur ada menceritakan mengenainya dalam jurnal beliau; "...in the olden days, folks in Brunei would usually gather up at the theater house, which was built nearby the Brunei River, they would have performed Brunei traditional folk dances, one of them was a folk music named Lela Mencanai, the dance was a story based on the love story of Sultan Bolkiah and his wife Lela Mencanai, right when the dancers were performing the part where the Sultan died, the sky turned dark, and winds blew hard. After this occurence, locals decided that the folk dance should not be performed near the river, due to a curse.." Berdasarkan cerita daripada kisah2 orang2 lama dahulu, lagu Laila Menchanai mempunyai sumpahan, juga berkaitan dengan sungai, dimana kisahnya, ketika Puteri Laila Menchanai membunuh dirinya dengan keris milik Sultan Bolkiah, maka seluruh perairan Brunei khususnya sungai Brunei berombak tinggi dan cuaca berubah menjadi ribut yang sangat ganas secara mendadak, sehingga beberapa rumah hanyut kerana banjir dan beberapa lagi hancur diterpa angin. Oleh itulah, sampai sekarang, jika diadakan panggung wayang seperti itu, maka adalah dilarang sekeras2nya dibuat dekat sungai di Negara Brunei ini. Kisah Laila Menchanai juga berkaitan dengan Naubat Diraja, dimana Jurulaki ketika itu iaitu Jurulaki Awang Haji Metusin, telah ditugaskan bersama2 dengan pegandang2 yang lain oleh Orang Kaya Shahbandar untuk mengelilingi Sungai Brunei sebanyak 7 kali sambil menitirkan Gendang Arak Arakan disertai irama Sangga Bunuh dengan sayu2nya, sambil Orang Kaya Shahbandar serta Pengiran Bendahara menaburkan bunga2 cempaka ke sungai kerana bunga itu merupakan bunga kesayangan Puteri Laila Menchanai. Alasan ditugaskan Jurulaki Awang Haji Metusin untuk menitirkan Gendang Arak Arakan sambil mengelilingi Sungai Brunei dengan Orang Kaya Shahbandar dan Pengiran Bendahara ialah dikeranakan peristiwa misteri, yang berlaku setiap Malam Jum'at, setelah beberapa hari Kemangkatan kedua Sultan Bolkiah dan Laila Menchanai, dimana peralatan2 Naubat itu, akan bermain sendiri, irama serunainya pun sedih dan mendayu, sehingga siapa yang lalu di kawasan peralatan Naubat itu disimpan, maka mereka akan jatuh dan menangis, seakan ketika mendengar serunai itu, mereka terkenang akan Sultan Bolkiah, oleh itu, Pengiran Orang Kaya Shahbandar lalu menyuruh Jurulaki Awang Haji Metusin dan pegandang2 untuk menyertai beliau melakukan "Istiadat Muleh Sungai".
@calaf1307
@calaf1307 6 месяцев назад
​@@HelmiAbdRahmanShah1756 Terima kasih tuan atas maklumat sangat berharga yang baru saya ketahui. Dalam Bahasa Inggeris, tuan adalah "treasure trove of information".
Далее
Cat Corn?! 🙀 #cat #cute #catlover
00:54
Просмотров 5 млн